Sunday, January 23, 2011
YaALLAH,rindunya pada blog ini..
Suami saya dah lama asyik memerli, "blog orang tu tak habis-habis dengan Jom Bertadarus dengan Nisa' Gombak". Memang itulah posting terakhir saya bulan Ogos 2010 yang lepas. Telah beberapa bulan berlalu. Saya rasakan macam dah nak setahun pula saya tak menulis disini. Sampai passwordnya pun saya hampir terlupa.
Sepanjang saya mengandung, inilah kali pertama saya menulis kembali disini. Banyak perkara yang ingin dikongsi namun tak tertulis disini. Moga-moga catatan ringkas ini menjadi permulaan yang baik untuk saya kembali menulis disini. Saya tak kesah ada orang membaca ataupun tidak blog saya ini, yang penting moga ianya boleh menjadi memori catatan untuk saya sendiri dan memberi sedikit manfaat kepada yang masih sudi membaca.
Perubahan dalam hidup saya terasa begitu 'major' sejak saya mengandung. Masuk minggu ini minggu yang ke-22 saya mengandung. Ada perubahan fizikal dan perasaan yang saya alami. Namun, perasaan yang paling 'major' adalah saya sangat-sangat BERSYUKUR. Sangat BERSYUKUR dengan segala yang saya alami kini.
Ada 2 sifat yang saya cuba sedaya upayanya untuk pastikan melekat dan sebati dalam diri saya sejak mengandung ni. Sifat SYUKUR dan SABAR. Diambil dari hadis Rasulullah S.A.W :
"Sungguh, amat mengagumkan keadaan orang mukmin itu, karena semua urusannya itu baik baginya. Bila ia mendapat nikmat (kebahagiaan), dia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan bila ditimpah musibah, dia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya." (HR. Muslim).
Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang bersyukur dan bersabar..
Monday, April 19, 2010
Memperbaharui Momentum Sebuah Perjuangan

Semasa saya bersembang-sembang dengan beberapa orang sahabat dan adik-adik usrah saya, ramai yang mengakui dan bersetuju, gelombang facebook yang mengganas di mana-mana sahaja kini antara penyebab ada dikalangan kami yang dulunya blogger yang aktif, kini menjadi begitu pasif, blog terbiar sepi tanpa sebarang update terkini. Facebook sudah menjadi alternatif mudah,ringkas dan efektif untuk meng'update' status diri. Tak perlu bersusah payah memerah idea, menyusun ayat yang rapi untuk membuat sebuah posting di blog, cukup sekadar beberapa ayat ringkas di facebook. Kalau blog,masakan nak posting satu entry hanya sekadar dengan beberapa ayat sahaja.Letih orang buka blog kita semata-mata hanya ingin menatap posting yang berbunyi, "Saya ke Melaka hari ni,doakan perjalanan selamat". Facebook juga membolehkan kita berinteraksi dengan beratus-ratus orang serentak dalam masa yang sama berbincang sesuatu isu atau persoalan tanpa ada batasan jaringan.
Saya mungkin antara golongan yang mula meng'anaktiri'kan blog tatkala begitu asyik dengan facebook. Fitrah manusia,sukakan sesuatu yang baru dan lebih mudah. Hendak membuka blog sendiri rasa susah,sampaikan hampir saja saya terlupa password blog sendiri! Suami saya mencadangkan saya menukar template blog dan masukkan benda-benda baru dalam blog.Baru akan rasa lebih bersemangat katanya. Beliau memang "pendesak tegar" saya untuk meng'update' blog.Saya mencubanya dan hasilnya agak memberansangkan.Saya mula menaip posting ini sejurus sahaja selesai menukar template blog!
Tiba-tiba saya teringatkan peristiwa Hijrah Nabi Muhammad S.A.W dan juga peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Dua skrip penting dalam sejarah Islam yang menjadi 'tipping point' dalam perjuangan Rasulullah menyebarkan agama Islam. Dua peristiwa yang mendatangkan impak yang cukup dasyat dalam perjuangan Rasulullan S.A.W. walau hanya sekadar dengan nama sebuah perpindahan dan perjanjian.
Dalam hidup kita yang hanya sekali ini,jangan mudah mengalah melakukan sesuatu yang baik,jangan mudah menyerah dalam perjuangan. Sentiasa mencari jalan dan alternatif untuk sentiasa mampu menyelesaikan sebarang masalah yang kita hadapi dan bersemangat menempuh hidup.Perbaharuilah niat,perbaharuilah momentum sebuah perjuangan walau hanya sekadar dengan menukar template blog!
Saya hanya manusia biasa yang ingin menulis di blog ini,untuk peringatan dan perkongsian bermanfaat buat diri dan sesiapa yang sudi.Hakikatnya,kita hidup untuk agenda Allah!
Blog ini masih under construction,tanpa bantuan suami (sebab dia sangat sibuk) saya memang agak terkial-kial menguruskan blog ini. Namun kerana momentum semangat yang ada kini,saya meredah apa sahaja yang ada walau sangat susah untuk saya memahami html code dan sebagainya. Nampaknya saya perlukan sedikit bantuan muakhah saya jika gagal dalam redahan ;-)
Hari ni ke Sekolah Menengah Seksyen 19 bersama suami dan krew IP MINDA,esok rancangnya ingin berada di Hulu Selangor bersama ibu mertua yang dah seminggu di sana!
Friday, January 15, 2010
.............................
Kebetulan malam ni Alhamdulillah kami berdua ada kelapangan masa, tak perlu nak bekejar-kejar ke program kuliah mahupun ceramah ataupun meeting. Jadi masa bersama yang ada ni terlalu bermakna. Jiwa saya terasa agak kosong minggu ni, macam-macam cuba saya lakukan tetapi selalunya berakhir dengan kekecewaan. Sebagai pelajar final year kuliah undang-undang syariah di UIAM, bebanan kerja tugasan semakin bertambah. Saya makin berserabut dengan assignment, case review, drafting, presentation, investigation paper CPC, dan bermacam-macam lagi. Apatah lagi di musim PRK begini. Terasa diri tunggang langgang. Peruntukan masa untuk diri, akademik, perjuangan, suami bercelaru tak tersusun. Ditambah dengan kehilangan planner kesayangan saya pada hari Khamis yang lalu, saya makin tak keruan.
Masa yang ada bersama suami tadi antara Maghrib dan Isyak saya cuba guna sepenuhnya untuk kumpulkan kembali kekuatan. Apatah lagi aura ketenangan solat berjemaah, berzikir dan berdoa bersama tadi cukup berbekas di hati, Alhamdulillah.
Saya mintak pada suami bagi tazkirah tentang ruhiyyah dan hati pada mulanya. Beliau agak keberatan mulanya, susah nak cakap pasal ruhiyyah ni katanya. Memang benar. Sangat susah. Ruhiyyah ni adalah rahsia kita dengan Allah. Rahsia hati dan detik naluri. Terzahir dengan ibadah kepada Allah. Kemudian saya mohon beliau ceritakan kepada saya tentang kisah Nabi-nabi. Saya sangat suka dengan kisah dan cerita. Terutamanya kisah Nabi-nabi. Manusia-manusia pilihan Allah. Suami menceritakan tentang Nabi Sulaiman. Tapi entah bagaimana akhirnya beliau ter'masuk' cerita tentang konspirasi Yahudi Illuminati dan pelbagai rancangan mereka. Saya hanya tersenyum dan mendengar, saya faham sangat suami saya ni dan 'kegilaan' research beliau kini.
Hakikatnya, kita perlukan Allah sebagai sumber kekuatan kita yang mutlak. Allah segala-galanya. Walau isu tentang kalimah Allah kini hangat terus diperdebatkan dengan pelbagai insiden serangan gereja dan sebagainya, cukuplah buat masa ini kita muhasabah sama ada Allah yang kita pertahankan itu wujud atau tidak dalam diri dan hati kita kini? Kita makin dekat atau makin jauh dengan Allah? Muhasabah buat diri saya yang sering alpa dan leka.
Alhamdulillah, rasa makin tenang setelah usai solat Isya' berjemaah sebentar tadi. Rasa lebih bersemangat meneruskan kehidupan sementara ini.
Ya Allah, mudahkan pengaturan dan pengurusan segala urusan dunia kami, jadikan semuanya saham buat kami di akhirat nanti, bekalan untuk bertemu MU ya Allah..
Friday, December 11, 2009
Self-Projection

Ketika saya masih belum bergelar pelajar tahun akhir, saya telah mengikuti program-program yang disediakan untuk pelajar tahun akhir. Ketika saya masih berbaki setahun untuk graduate, saya telah mengikuti tamrin tahun akhir. Alasannya mudah kerana saya agak 'terlambat' berbanding dengan sahabat-sahabat lain yang sama batch dengan saya. Demi menjaga binding sesama batch, saya mengikut sahaja mereka.
Saya bukanlah pelajar UIAM yang datang dari Pusat Matrikulasi, saya adalah pelajar 'direct intake' (istilah di UIAM) untuk pelajar yang direct masuk ke Gombak tanpa perlu ke Matrikulasi. Ini kerana saya mengambil STPM di KISAS setelah tamat SPM di sana. Bila masuk ke UIAM, satu semester saya terpaksa ambil 'language' @ bahasa. Satu semester saya mendapat tarbiah 'bahasa' dalam siri manhaj pengajian di UIAM yang unik. Ini menjadikan saya agak 'terlambat' dari sudut pengajian berbanding dengan sahabat-sahabat saya satu batch yang lain. Saya merasakan satu kelemahan dan kekurangan pada mulanya, tapi kini saya terasa 'hikmahnya'.
Sebelum berkahwin, setelah confirm ikatan taqdim antara saya dan suami kini (bakal suami ketika itu), saya telah diasak oleh beliau untuk menyiapkan self projection saya sendiri 20 tahun akan datang. Terkial-kial saya membuat draf perancangan dari pelbagai sudut; karier, keluarga dan penglibatan dalam jemaah serta perjuangan. Saya yang baru bergelar peljar 1st year pada ketika itu, rasa kabur dengan masa depan. Tak tahu nak buat self projection macam mana, tak tahu hala tujuan dan impian hidup bersifat long term yang ingin dicapai. Blur. Sudahlah 2,3 kali self projection saya itu di'reject' kerana tidak bersifat specific dan measureable. Saya akur dalam protes ketika itu. Kini saya sedar betapa berguna dan bermanfaatnya self projection statement yang telah dibuat itu. Alhamdulillah.
Kini, ketika pengajian saya masih berbaki satu semester, Allah telah memberi saya peluang untuk terdedah dan terlibat secara langsung sedikit demi sedikit dengan realiti sebenar perjuangan di luar yang nyata amat berbeza dengan alam serba sempurna dan ideal dalam perjuangan kampus. Saya pernah terlibat secara tidak langsung dalam gerakan mahasiswa peringkat nasional satu ketika dulu, sedikit sebanyak membantu saya untuk cepat menyesuaikan diri bila mula terlibat dengan Nisa' Malaysia kini.

Dalam Nisa' Malaysia yang baru sangat saya melibatkan diri, saya rasa cukup teruja dan rasa seronok berjuang bersama sebuah team yang cukup bersemangat dan gigih melaksana agenda diketuai oleh Kak Rosni @ Dr. Rosni yang cukup dihormati. Walaupun dulunya saya ada sedikit persepsi yang Nisa' ni tidak sesuai untuk orang yang berfikrah apatah lagi pimpinan kampus, kini persepsi tersebut telah berubah. Apatah lagi Nisa' bakal melakar orientasi baru gerakan tidak lama lagi. Saya dalam Nisa' memegang Unit Muslimat Muda, khusus untuk training ground pemimpin pelapis dewan muslimat. Walau kewujudan dan core business unit ini masih di peringkat draf perancangan, saya bersemangat waja ingin menjayakannya. Apatah lagi sangat inline dengan suami saya yang kebetulan memegang jawatan sebagai Setiausaha, Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) Dewan Pemuda Pas Pusat. Mudah kerja kami berdua kerana masing-masing memegang portfolio yang hampir sama untuk Pemuda dan juga Dewan Muslimat. Darul Syuhada dan kereta al-Fateh kami menjadi tempat strategik untuk sesi pemyelarasan maklumat dan juga brainstorm.
Saya juga insyaAllah akan terlibat dengan satu projek Youth Parliament di bawah kelolaan Senator Mumtaz yang merupakan idola saya. Peluang yang Allah berikan ini cukup-cukup saya syukuri dan saya bertanggungjawab penuh untuk benar-benar itqan dan all-out untuk semua komitmen ini. Moga apa yang Allah telah taqdirkan buat saya adalah yang terbaik buat saya dan perjuangan Islam ini.
Ternyata self projection yang telah saya buat telah dimudahkan oleh Allah S.W.T executionnya walau ada juga yang tersasar. Sekurang-kurangnya saya ada sebuah impian yang terlakar atas sebuah kertas buat panduan dan rujukan saya sendiri. Saya boleh sentiasa membuat retreat untuk memastikan saya sentiasa on track.
Semenjak 2,3 minggu ni juga saya asyik terdedah dengan bengkel-bengkel pengurusan organisasi sama ada menjadi peserta bengkel mahupun pengendali bengkel ataupun menjadi brainstormer dalam brainstorm mengurus organisasi. Rasa seperti ingin terpecah kepala dengan pelbagai teori-teori pengurusan bermula dengan VMO,MBO,SWOT hinggalah ke teori keseimbangan,law of attraction dll, pening dengan pelbagai istilah seperti 4dx dalam pengurusan pelaksanaan strategik, celaru dengan macam-macam konsep vision centrix,konsep 165 dll.
Semalam saya dan suami di UPM mengendalikan slot pengurusan organisasi di UPM. Kita selalu terdedah dengan teori-teori pengurusan organisasi, tapi kita jarang nak menggunakan teori-teori tersebut untuk kegunaan pengurusan diri kita sendiri. Apakah Vision kita dalam hidup ini? Apakah Mission kita? Apa strategi-strategi yang kita gunakan untuk mencapai mission n vssion hidup kita? Apakah S.W.O.T diri kita?
Ibn Khaldun menyebut bahawa individu-individu akan membentuk sebuah masyarakat. Jika individu gagal untuk mengurus diri, maka apakah gagasan untuk membentuk sebuah masyarakat Islami dan organisasi yang hebat mampu tercapai. Imam Hassan Al-Banna juga menggagaskan pembinaan Fardi Muslim sebelum ke Baitul Muslim dan sebelum ke Mujtama' Muslim. Ternyata step pertama pembinaan diri ini sangat penting. Ramai dikalangan kita gagal mengurus dan membina diri.
Jika Yahudi Illuminati membuat perancangan sudah begitu lama untuk menguasai dunia, mereka cermat dan teliti merencana agenda, adakah kita yang menggelarkan diri sebagai pejuang Islam, tidak pernah membuat perancangan 'self projection' sendiri.
Sekadar sebuah tulisan catatan buat peringatan diri dan siapa yang sudi diperingati...
Catatan Lama, Kenangan EidulAdha
Saya rasa kita semua biasa menonton drama melayu di kaca TV yang memaparkan tentang konflik dan perselisihan yang berlaku antara suami dan isteri tatkala berdepan dengan Hari Raya. Puncanya mudah sahaja iaitu hendak beraya di kampung mana pada raya kali ini. Sama ada di kampung si suami atau si isteri. Kalau yang sudah tidak ada kampung kerana sudah kehilangan mak dan ayah ataupun kampung kedua-duanya memang di tempat yang sama, mudah kerjanya. Tak perlu berfikir panjang atau bergaduh bertengkar berjam-jam.
Saya dulunya selalu meremehkan aspek ini. Pada pemikiran saya suatu ketika dulu, kenapalah sampai nak gaduh-gaduh dengan hanya hal sekecil ini sekadar kes hendak beraya di kampung mana dulu. Bukanlah isu besar sangat pun, bukanlah beza sangat pun raya di mana-mana pun. Bincanglah elok-elok suami isteri. Nama pun suami isteri, takkan lah sampai tak boleh berbincang.
Tapi, bila terkena kat atas batang hidung sendiri, barulah saya tersentak, tersedar langit tu tinggi ke rendah. Benarlah fitrah manusia ni susah nak terasa melainkan bila dah terkena atas batang hidung sendiri. Macam dalam kes gejala sosial remaja kita yang tak pernah sudah, mahupun kes penderaan kanak-kanak dan wanita yang makin bertambah-tambah, susah kita nak merasa ‘keperitan’ nya. Kes kemiskinan tegar di Negara 1 Malaysia ini juga masih di tahap yang sama. Kita buat tak endah kerana bukannya kita yang merasa. Bukannya suami,isteri dan anak-anak kita. Bukannya adik beradik dan saudara mara kita. Kita bersaudara sesama Islam hanya teori bukan praktikal lagi.
Raya Haji yang lalu sekali lagi saya merasakan asakan perasaan bila berdepan dengan saat-saat perlu membuat keputusan hendak beraya di mana. Saya tidak ada masalah dengan keluarga mertua, malah saya sangat-sangat sukakan Kelantan. Saya rasa tenang berada di Kelantan. Namun, sebagai anak bongsu dalam keluarga saya, apatah lagi Raya Haji kali ni semua kakak-kakak dan abang akan beraya di Kedah kecuali kakak saya yang berada di Australia, hati saya meruntun-runtun nak beraya di Kedah juga. Kebetulan, di Kelantan juga ada majlis Kurban & Aqiqah akan diadakan pada hari raya pertama malamnya. Saya makin tak keruan.
Bukan mudah rupanya nak terima hakikat tidak dapat beraya di rumah dan kampung sendiri. Setelah hampir 23 tahun hidup, susah jugak rupanya nak beraya bukan di rumah sendiri, walaupun di rumah suami sendiri, rumah mertua. Saya pula ada sentimen 'kemanjaan' dengan keluarga sendiri yang agak lebih terutamanya mak ayah, makin sukar saya rasakan nak raya di tempat lain.
Inilah sekelumit pengalaman realiti di alam perkahwinan yang saya hadapi. Walau berstatus Baitul Muslim, jangan impikan semuanya senang dan mudah seperti kisah-kisah dalam cerpen dan novel. Ada realiti tersendiri yang perlu kita hadapi.
Sekadar sebuah catatan ringkas perjalanan realiti dalam rumahtangga. Siapa yang tak suka dengan tulisan genre sebegini, usahlah memaksa diri membaca. Saya menulis buat mereka yang mahu dan sudi sahaja.
Membersihkan Sawang
Entah alasan apa yang patut saya berikan. Saya malas nak mencari dan berfikir mengenainya. Yang pasti saya agak gagal mengurus masa sendiri. Itu saja.
Medium blog ini boleh dilihat dengan pelbagai persepsi dan tafsiran tersendiri mengikut kerangka pemikiran sendiri. Mungkin ada kalanya saya juga terasa bosan dengan blog ini. Adakalanya kecewa dengan blog srikandi ini yang tak mampu menjadi sebuah blog ilmiah yang pernah saya cita-citakan. Adakalanya kekangan masa membataskan. Adakalanya kekeringan dan kekontangan idea ingin mencoret apa. Saya bukanlah seorang penulis yang baik, saya masih dalam usaha meningkatkan mutu dan gaya penulisan. Saya rasa saya lebih baik dalam aspek bercakap dan kurang sedikit dari sudut penulisan. Allah S.W.T sudah kurniakan kepada setiap kita ini kelebihan dan kekurangan masing-masing.
BLOG DAN GERAKAN MUSLIMAT
Saya selalu menyebut dalam siri-siri perjumpaan saya bersama adik-adik muslimat pejuang di kampus UIAM dan juga di kampus-kampus lain termasuk matrikulasi bahawa blog ini adalah antara medium yang boleh digunakan oleh muslimat untuk mengasah bakat penulisan dan meningkatkan daya intelektual masing-masing atau 'tsaqafah' dalam bahasa harakinya.Mungkin ada muslimat yang memang jenis susah nak menjadi ‘public figure’, tidak suka ke depan, malu untuk bercakap di khalayak ramai, rasa kurang yakin pada diri sendiri. Maka dunia blog adalah antara medium yang boleh digunakan sebagai first training ground untuk muslimat yang ada masalah sebegini. Dunia ‘senyap’ blog yang tidak memerlukan kita untuk tampil dihadapan khalayak, bercakap, berhujah dan memberi idea. Dunia blog begitu complacent untuk muslimat yang masih di tahap pembinaan tampil memberikan hujah dan pandangan dalam pelbagai isu dalam bentuk tulisan tanpa dikenali identiti mereka sekalipun. Blog juga boleh digunakan sebagai medan catatan nota-nota penting kehidupan yang significant untuk perjuangan.
Kita boleh mula belajar dan berjinak-jinak dengan isu semasa bila kita mula menjadi blogger. Janganlah hanya menjadi blog jumper yang suka singgah di blog-blog yang hanya bersifat catatan peribadi semata-mata, singgah dan jenguklah blog-blog politik dan ilmiah juga yang berjuta-juta wujud di laman maya ini. Mulakan sedikit demi sedikit, lama-lama akan terbiasa. Kita tidak akan biasa dengan perkara yang luarbiasa jika kita tidak cuba membiasakannya.
Walau ada dikalangan kita yang mungkin berpendirian blog ini tidak penting dan kita tidak perlu pun kepada blog ini untuk tingkatkan momentum perjuangan, terserahlah. Masing-masing melihat dari perspektif yang berbeza.
Ini adalah sebuah catatan nota penting buat saya untuk terus komited dengan dunia blog ini. Moga Allah tsabatkan kita semua dalam jalan perjuangan ini.
Tuesday, September 29, 2009
Idulfitri Yang Bermakna
Lebaran Syawal yang penuh makna tiba juga, setelah sayu dan pilu terpaksa meninggalkan Ramadhan pergi yang kita sendiri tak pasti adakah akan bertemu lagi nanti. Dalam kesedihan ditinggal Ramadhan, tak mampu disembunyikan juga kemeriahan Syawal yang menggamit rasa. Apatah lagi raya kali ni terpaksa berkongsi kasih dengan 'orang baru', terpaksa juga balik ke 2 kampung berbeza negeri.
Umi, insan hebat yang terlalu istimewa, wanita tabah dan gagah yang menjadi inspirasiku setiap masa. Kalau sebelum kawin dulu, macam-macam cerita negatif dan positif yang saya dengar tentang karenah mak mertua dan keluarga mertua. Rasa seram sejuk je dengar cerita-cerita yang macam-macam. Drama kat TV pun tak kurang memaparkan pelbagai ragam dan rencam jalan cerita tentang mertua. Sikit sebanyak jadi takut nak kawin.
Perkahwinan bukanlah sekadar penyatuan dua jiwa, tapi penyatuan dua keluarga, dua generasi yang berbeza. Konsep inilah yang sentiasa saya sematkan dalam diri sebagai bekalan menjalani alam rumahtangga. Terlalu amat penting untuk ada hubungan yang baik dengan keluarga mertua terutama ibu bapa mertua. Mak mertua ni tarafnya macam mak sendiri. Kena hormat dan sayang. Ini antara pesanan azimat dari mak kandung saya sendiri. Mak saya ibu saya, umi juga ibu saya. Sebelum berkahwin, eloklah berkenalan dan bertaaruf, jalinkan hubungan yang baik dengan bakal ibu bapa mertua. Ini antara persediaan penting demi keharmonian rumahtangga seterusnya. Mana mungkin rumahtangga kita tenang jika ada masalah dengan mertua. Kita bukan sekadar berkahwin dengan anaknya, tetapi juga ibu bapanya sekali. Dan untuk bakal-bakal isteri dan isteri, ranking kita jatuh no.2 disisi seorang suami setelah ibu kandungnya sendiri. Justeru, bahagiakanlah suami dengan membahagiakan ibu kandungnya.
Itu cerita dan pengajaran di Kelantan, berpuasa bersama umi dan adik-adik. Sejak kawin ni, saya dapat 5 orang adik sekaligus :-) Di Kedah, tak kurang hebatnya juga kenangan di sana.
Saya tak mungkin dapat mengharungi 1 Syawal tanpa mak dan ayah. Sebab tu awal-awal lagi dah berbincang dengan suami, buat proposal dan bagi faktor-faktor pendesak kami kena raya kat Kedah ;-) Alhamdulillah, malam 1 Syawal tersebut terlalu bermakna bila laungan takbir raya bergema dalam rumah kami. Bukan dari TV @ Radio, tapi oleh menantu-menantu mak saya dan anak-anak saudara saya yang lelaki. Memang telah menjadi kebiasaan dan rutin setiap kali raya, setelah solat Maghrib berjemaah, kemudian tunggu pengumuman Raya di TV. Setelah sahih esoknya raya, maka bergemalah laungan takbir raya di rumah secara manual. Didendangkan bergilir-gilir oleh semua menantu dan anak-anak saudara lelaki. Indahnya saat tu hanya Tuhan yang tahu. Apatah lagi pada tahun ni menyaksikan suami saya turut ada bersama bertakbir. Laungan takbirnya sayu, mungkin sedih tinggalkan Ramadhan, mungkin sedih teringatkan keluarganya di Kelantan.
Pagi 1 Syawal, ke masjid dan ziarah ke kubur. Kemudiannya agenda salam dan saling bermaafan bermula. Seterusnya, agenda ziarah menziarahi keluarga terdekat mengambil tempat.
Hari raya ke-3, kami kembali ke Kelantan. Walau suasana raya dah semakin pudar, namun event gathering family sambil bakar ayam memang sangat meriah dan happening.
Alhamdulillah, syukur padaMu Ya ALLAH..
Indah dan bermakna sungguh rayaku kali ini...
Saturday, August 22, 2009
Kami Berbeza Tapi Bersama
" Kalau ayg tak update blog, ayg akan 'membunuh' peminat blog ayg "
Saya sekadar mendengarnya, mengangguk-angguk dua tiga kali. Kemudian hilanglah pesanan tersebut dari minda ini. Saya bukannya orang yang jenis suka buat sesuatu benda kerana paksaan atau kerana suatu rutin atau undang-undang. Walaupun saya pelajar undang-undang, tetapi undang-undang manusia yang tak kena dan tak 'masuk' dalam hati saya, saya tak akan mengikutnya.
Dua tiga hari ni ni dan semenjak dua menjak ini memang malas sangat nak menulis. Hatta pernah dalam satu brainstorming gerakan muslimat UIAM saya mencadangkan agar skill penulisan dalam gagasan MP3 untuk muslimat tak perlulah diberi perhatian sangat. Sebab pada ketika itu saya memang malas menulis. ;-)
Lagipun, blog saya ni bukannya ada peminat sangat pun. Lain lah blog rijal82.blogspot.com yang ada peminat berduyun-duyun dan terus menerus pemilik blog tersebut menjaga prestasi dan kualiti blognya :-) . Saya ada terjumpa dengan 3,4 orang adik-adik dari universiti lain di muktamar GAMIS yang lalu yang menyuruh saya update blog. Ada juga orang yang minat blog saya rupanya. Saya mohon maaf kepada semua. Saya menulis bila saya rasa perlu dan mahu. Saya dulunya cukup kurang berkenan blog-blog muslimat yang suka tulis perkara-perkara peribadi, jadi kadang-kadang bila saya terasa mahu menulis tentang peribadi, saya terfikir pulak mesti ramai juga yang tak suka posting peribadi sebegini apatah lagi muslimin. Kadang-kadang ini menyebabkan terbatal niat nak posting. Tapi selalunya suami saya akan bagi galakan. Blog kita, ikutlah kita nak tulis apapun selagi tak timbulkan kemudaratan.
Kali ini saya sekadar ingin mencoret serba sedikit tentang pengalaman kami sepanjang mendirikan Baitul Muslim Haraki ini sejak bulan 12 tahun lepas. Moga ada manfaatnya untuk pejuang-pejuang Islam yang bercita-cita untuk membina Baitul Muslim impian juga nanti. Kami bukan yang terbaik, sekadar ambillah apa yang baik.
Sebelum berkahwin, saya sedaya upaya cuba menghabiskan beberapa buku penting tentang alam perkhawinan. Kebanyakan buku tersebut ada dalam rak khusus ruangan Baitul Muslim di Perpustakaan Syaari Nurul di Darul Syuhada no.36. Selepas perkahwinan, ada lagi 2,3 orang sahabat yang turut menghadiahkan buku-buku ber'genre' perkahwinan. Menambahkan lagi koleksi buku kami dalam genre Baitul Muslim.
Antara buku menarik yang saya baca setelah mendapat rekomen dari Ustaz Hasrizal sendiri adalah buku "Men Are From Mars And Women From Venus". Buku yang ditulis oleh John Gray ini mungkin tidak terdapat dalam list buku bacaan pejuang-pejuang haraki. Buku yang mendedahkan tentang beberapa perbezaan antara lelaki dan perempuan dan cara untuk 'cope' dengan situasi tersebut berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan sebenarnya cukup bermanfaat untuk dibaca. Apatah lagi sebagai persediaan untuk menuju ke gerbang Baitul Muslim. Hatta dalam gerak kerja organisasi seharian antara lelaki dan perempuan juga buku ini cukup berguna dijadikan rujukan. Kadang-kadang selalu timbul masalah gerak kerja dalam lajnah mahupun secretariat antara rais, raisah lajnah mahupun antara AJK yang berlainan jantina yang disebabkan oleh masalah komunikasi yang remeh sahaja sebenarnya. Akibatnya kadang-kadang gerak kerja terbengkalai, perjuangan Islam juga yang rugi. Kadang-kadang, masalah seperti ini boleh dielakkan dengan bahan bacaan seperti ini.

Lelaki dan perempuan sememangnya diciptakan tidak sama untuk berbeza. Untuk saling melengkapi antara satu sama lain, untuk saling bekerjasama, bertoleransi untuk menghasilkan impak yang minima. Begitu juga dalam Baitul Muslim. Perbezaan antara suami dan isteri satu kelebihan yang perlu sentiasa dimanfaatkan. Syaratnya kena jelas titik persamaan dan ultimate goal dalam kehidupan.
Contoh yang paling saya rasai adalah antara saya dan suami yang sebenarnya berbeza. Kadang-kadang mungkin ada yang nampak kami macam banyak persamaan dari segi luarannya, tetapi dalam kehidupan seharian kami berbeza sebenarnya. Ini dibuktikan dengan ujian yang telah kami lakukan baru-baru ini. Suami saya dah lama buat ujian ni, kemudian beliau mencadangkan saya pula. Walaupun mungkin ini hanya sekadar ujian personaliti yang biasa yang sememangnya dah terlalu banyak dalam dunia ni, tetapi penemuan ini agak menarik untuk kami benar-benar lebih mengenali diri sendiri dan pasangan yang akan sehidup semati bersama.


Suami @ Ustaz Syaari ni pulak sebenarnya bukanlah orang yang suka ke tempat-tempat awam yang ramai orang. Puas saya memujuk dan merengek, baru beliau akan bersetuju untuk keluar. Apatah lagi kalau sesaja nak bertegur sapa dengan orang lain yang baru berjumpa. Walau nampak beliau macam boleh 'bersosial', tetapi sikap sebenar dan dalaman beliau adalah seorang yang suka bersendiri, suka diam jika tak memerlukan beliau bercakap, malah sangat suka duduk kat rumah ataupun pejabat beliau yang dah jadi rumah ke-2 beliau dari keluar berjalan-jalan di luar rumah dan bercampur dengan orang ramai.
Hasil ujian ini membuktikan perbezaan ketara kami ini. Saya adalah seorang yang intraverted manakala beliau seorang yang introverted.
Dalam melakukan kerja pula, saya jenis yang memang susah nak fokus dan duduk diam dalam masa yang lama. Paling kuat pun 5,10 minit saya boleh duduk statik dan buat kerja. Lepas tu, saya memang akan mula bergerak-gerak dan buat hal lain. Saya memang jenis yang suka main dan suka alat-alatan ni. Kalau dalam kelas, saya akan sentiasa ada benda di tangan saya untuk main. Jika tak, saya akan tidur dalam kelas.
Suami saya pula orang yang cukup fokus dan gigih dalam buat kerja. Percaya atau tidak, beliau boleh duduk diam atas kerusi selama berjam-jam dan seharian walaupun tanpa makan. Selalunya kalau beliau dah mula 'gila' buat kerja, terutamanya kalau buat multimedia, beliau akan kekal berada di kerusi dan mengadap laptop selama berjam-jam dan hanya berhenti untuk sembahyang sahaja. Sebarang gangguan yang mendatang, beliau akan ketepikan. Malah, kehadiran saya juga akan tidak dirasainya tatkala beliau 'gila kerja'.
Saya pula hanya boleh kekal atas kerusi study selama lebih kurang 10 minit, kemudiannya pelbagai aksi lain akan saya buat kerana saya cepat boring dan tak boleh duduk diam. Saya sangat suka sukan, suka bersukan, tak kisahlah sukan apa sekalipun. Tetapi suami pula lebih suka main game FIFA@PES 2009 di laptop beliau dari turun ke padang bermain bola yang betul. Sangat susah dan beliau sangat 'liat' bila diajak bersukan.
Buktinya, rupanya saya memang jenis yang kinesthetic tetapi suami saya sangat rendah % kinesthetic beliau. Beliau dalam bekerja juga adalah jenis yang intrapersonal, yang lebih suka kerja sendirian dari berkumpulan.
Subhanallah, betapa cantiknya perancangan Allah Taala menemukan kami berdua dan saya teramat sangat bersyukur. Disebalik perbezaan tersebut, kami memang juga ada persamaan yang kami jadikan sebagai titik pertemuan asas segala kerjasama dan kekuatan. Gabungan kami adalah satu 'synergi' untuk gerakan Islam. Itulah harapan dan impian kami. Doakan kami.
Buat semua pejuang-pejuang Islam di luar sana, manfaatkan segala kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri masing-masing. Kelemahan yang ada, tukarkan agar menjadi kekuatan untuk perjuangan Islam. Dan jangan lupa mencari 'pasangan' synergi untuk menguatkan lagi gerakan Islam :-) . Takbir !
Monday, July 20, 2009
Selamat Hari Lahir Suamiku..
Selama beberapa minggu ni, saya sendiri 'takut' untuk membuka blog saya sendiri. Dek kerana penuh bersawang, tidak dikemaskini, tidak di'update'. Ada yang menghantar mesej, tinggalkan pesanan di shoutbox supaya saya update blog srikandi ini, namun, hanya inilah yang termampu saat ini.
Banyak alasan kekalutan boleh diguna pakai, masalah 'broadband' kami yang makin tidak 'ok' line nya di rumah, dengan masalah laptop saya @ 'kak ngah' yang rosak agak parah, terpaksa saya menumpang abg long (laptop my hubby) untuk melakukan kerja-kerja saya memungkinkan saya yang agak kurang semangat nak menulis akhir-akhir ini terus tak tertulis apa-apa pun.
Cuma hari ni hari yang cukup istimewa untuk saya. Hari ni hari lahir suami tersayang. Tanggal 20 Julai, tanggal yang cukup istimewa buat saya. Kalau dulu saya sendiri antara orang yang agak 'tidak suka', rasa rimas membaca posting-posting peribadi wish Hari Lahir yang macam ni dekat blog-blog khususnya blog mahasiswi @ muslimat. Apatah lagi wish seorang isteri kepada suami. Rasa geli geleman pun ada masa tu. Maklumlah, masa tu hati sekeras batu, susah nak romantika tak tentu pasal ni. Namun, bila bergelar 'isteri' secara realitinya, saya merasai sendiri, dan saya makin memahami. Benarlah kata seorang pakar motivasi, hanya elemen 'rasa' yang mampu mencetus kesedaran sebenar.
Buat suamiku, mujahidku, jantung hatiku, kunci syurgaku..
Selamat hari lahir yang ke- 27 . .
Pertamanya, didoakan moga dirimu terus dalam jagaan rapi dan pemerhatian istimewa Allah Taala. Moga iman dan taqwamu terus meningkat seiring peningkatan usia yang makin bertambah, makin menghampiri 30-an, makin menghampiri Allah hendaknya.
Keduanya, didoakan moga dirimu terus tsabat dalam alam perjuangan dakwah tarbiah dan harakah ini. Kerana inilah kekuatanmu yang telah menyebabkan diri yang lemah ini terasa teringin menjadi teman perjuangan sehidup sematimu, ingin jadikan dirimu tempat berpaut.
Seterusnya, moga segala impian, angan-angan, cita-citamu semuanya menjadi kenyataan, dimudahkan Allah Taala segala urusanmu. Hargailah seorang insan istimewa luar biasa yang telah mendidik dan membesarkanmu, Ummi, yang tiada galang gantinya. Malah diri ini rasa terlalu kerdil berbanding dengan ummi yang sememangnya layak dan berautoriti terhadap kasih sayangmu.
Moga Baitul Muslim kita terus gagah menempuh segala dugaan dan cabaran, terus kukuh dalam arena perjuangan, terus mendapat kasih sayang dari Ar- Rahim. Kita bukan berkahwin seperti orang lain, kita pasangan yang luar biasa yang memestikan cinta kepada tarbiah, dakwah dan perjuangan ini melebihi cinta antara kita.
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala-galanya. Hampir 7 bulan, 1 minggu, 4 hari bahtera baitul muslim kita belayar, tidak pernah sesaat pun diri ini merasa menyesal kerana telah berkahwin dengan insan yang bernama Muhd Syaari Ab Rahman ini. Terlalu banyak tunjuk ajar, pengorbanan, kasih cinta yang telah dikau curahkan. Terima kasih kerana terus sudi melayani karenah isterimu yang masih mentah kebudak-budakan, yang terlalu banyak salah silap ini. Mohan maaf dan mohon dihalalkan segala-galanya..
Maaf juga atas kejutan @ 'prank' yang telah dijayakan semalam. Sekadar ingin lebih memaknakan hari lahirmu :-) Terima kasih kepada Huda, Izzatie, muakhahku Shahidat, adik2 usrahku dan semua pimpinan yang lain yang telah memberikan kerjasama yang agak baik menjayakan misi ini.
SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU..
Dirimulah Al-Fateh buatku..
DI JALAN DAKWAH INI KITA MENIKAH...
Bersama Buku-Buku...
Kali ini sasaran dan tumpuan kami adalah kepada buku-buku yang berbentuk dakwah dan tarbiah yang diterbitkan oleh pustaka-pustaka di Indonesia karangan penulis-penulis tersohor Indonesia. Kadang-kadang saya alami masalah juga membaca buku-buku dalam bahasa Indonesia ni, namun bila semakin biasa semakin seronok rasanya. Buku-buku keluaran Indonesia ni agak kreatif dalam persembahannya, tidak stereotaip dan tipikal. Malah kandungannya juga hebat-hebat, mengkaji persoalan dakwah dan tarbiah dari pelbagai aspek.
Sekadar berceloteh tentang buku-buku kali ini...
Monday, June 29, 2009
Debat Diteruskan Di Rumah No.36
Sebenarnya, tak ade ape pun yang kecoh sangat saya rasa. Suami saya pun tenang je, masih meneruskan rutin hidup kami seperti biasa. Masih dengan 'kegilaan' beliau yang makin menjadi-jadi terhadap Sultan Muhammad Al-Fateh. Kami masih lagi giat menjual buku hebat karangan Ust Dzul. Semua seperti biasa. Ust Dzul pun saya rasa begitu. Beliau masih ber'sms' dengan suami saya seperti biasa. Tulisan di blog beliau pun masih seperti biasa, masih 'Ust Dzul'. Secara peribadinya, saya cukup menghormati dan mengagumi Ust Dzulkhairi, beliau cuba merintis sesuatu yang baru. Biasalah bila jadi perintis ni banyak cabaran dan dugaannya.
Biasalah berbeza pandangan ni. Asalkan masih dalam kawalan dan tak timbulkan perpecahan. Apatah lagi antara muslimin vs muslimin. Memang dah ma'ruf sifat mereka ini. Masing-masing 'keras'. Berbeza sedikit dengan muslimat, lebih lembut.
A man's sense of self is defined through his ability to achieve result. A women's sense of self is defined through her feelings and the quality of her relationships - John Gray, Men Are From Mars, Women Are From Venus
Saya dan suami sendiri sebenarnya berada di pihak yang berbeza dalam isu kerajaan perpaduan ini. Walau kami telah hidup bersama hampir 6 bulan, bersatu dengan aqad yang suci, tapi kami berbeza pandangan. Malah pernah berdebat dalam kereta dalam perjalanan balik dari satu usrah politik yang membincangkan tentang isu ini. Seterusnya kami masing-masing teruja mengumpul fakta dan maklumat tentang isu kerajaan perpaduan ini. Bila berbincang isu ini, mulalah masing-masing mengeluarkan hujah intelek di pihak masing-masing. Debat intelek yang tak jadi antara Ust Meor dan Ust Dzul telah terjadi di rumah kami di Darul Syuhada no. 36. Syaari vs Syuhada ;-)
Saya yakin isu ini akan berlalu dibawa angin, meninggalkan hikmah dan nostalgia dalam chapter perjuangan GAMIS. Ramai orang yang sangat menyayangi GAMIS ni sebenarnya. Buktinya ramai yang peduli, yang kritik dan puji. GAMIS bakal dipimpin pimpinan baru, bakal membuka lembaran sejarah baru. Justeru saya menyeru kita sama-sama tingkatkan kecaknaan kepada isu-isu ummah yang lebih utama. Kurangkan kontrovesi, tingkatkan prestasi !
Sekadar coretan dari satu-satunya isteri kepada Syaari..
Thursday, June 18, 2009
ISA 7 : Harga Yang Perlu Dibayar Untuk Perjuangan Mahasiswa

Pagi ini saya hampir menitiskan airmata tatkala melihat salah seorang daripada 7 mangsa kes 7 mahasiswa yang ditangkap pada 08 Jun 2001 yang lalu atau lebih dikenali sebagai kes "ISA 7 "di Mahkamah Majistret Jenayah 4 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Setelah disabitkan bersalah oleh mahkamah majistret tersebut, dan setelah hukuman dijatuhkan beliau mula menelefon saudara mara dan sahabat-sahabat memohon bantuan kewangan untuk membayar denda RM 3900 yang telah dikenakan kepada beliau dan rakan-rakan yang lain. Hanya seorang iaitu Saudara Helman Sanuddin yang disabitkan tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut. Kemudian beliau mengeluarkan semua kad ATM yang ada dalam dompet beliau, memberikannya kepada rakan beliau mohon dikeluarkan semua duit yang ada dalam kad-kad ATM tersebut. Melihatkan kepada gaya pemakaian, dengan t-shirt yang agak lusuh, jenis hset yang saya rasa antara yang termurah di pasaran, saya dapat mengagak yang beliau tidak berkemampuan untuk membayar RM 3900 sekaligus pada waktu tersebut. Hukuman yang dikenakan adalah denda RM 3900 atau penjara selama 3 bulan.
Hati saya tersentak dan tersentuh melihat situasi sebegini. Inilah antara secebis ujian yang perlu mereka hadapi. Harga sebuah perjuangan aktivis mahasiswa yang perlu dibayar oleh mereka.
Kes ISA 7 ini bukanlah kes baru tetapi kes yang sudah hampir 8 tahun dahulu berlaku yang pernah ditangguhkan perbicaraannya hampir 2 tahun. Kes ISA 7 ini melibatkan penangkapan terhadap 7 orang mahasiswa yang menghadiri Perhimpunan Aman Mansuhkan ISA di hadapan Masjid Negara. Ketujuh-tujuh mahasiswa itu terdiri daripada 2 orang penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta seorang penuntut daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Mereka telah ditangkap di parkarangan Masjid Negara pada 8 Jun 2001 yang saban tahun dijadikan tarikh ini sebagai Hari Hak Asasi Mahasiswa Malaysia.
Akibat daripada penangkapan dan pendakwaan ini, mereka telah digantung pengajian dari universiti masing-masing sehingga kini walaupun ada salah seorang daripada mereka yang dapat meneruskan pengajian. Ada di antara mereka yang telah pun berada di tahun akhir pengajian dan hanya perlu menghabiskan baki lagi satu semester sahaja pada ketika itu. Namun hak mereka telah dinafikan tanpa belas ehsan dari pihak universiti sendiri dengan alasan mereka telah melanggar AUKU. Bayangkan bagaimana perasaan mereka, ibu bapa dan keluarga mereka pada saat 'hukuman' gantung dari universiti yang telah dijatuhkan tersebut sebelum mereka disabitkan bersalah di mahkamah. Sebagai mahasiswa, saya yakin kita dapat menyelami perasaan bagaimana andainya kita tidak dapat meneruskan pengajian dalam bidang masing-masing di universiti, pada saat itu sudah tentu rasa seolah-olah telah gelap masa depan kita, hancur hati, putus asa dengan hidup mungkin.
Namun alhamdulillah, mendengar hujahan justifikasi yang disampaikan oleh para peguam pembela sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman, rata-rata dikalangan mereka kini sudah mempunyai pekerjaan sendiri dan telah berkeluarga. Walau berpendapatan sederhana dan ada yang sekadar bergaji bawah RM 1 ribu sebulan, namun mereka terus gagah meneruskan hidup masing-masing. Benarlah, rezeki ini di tangan Allah, bumi Allah ini luas. Yang penting ikhlaskan hati berjuang. Namun, keadilan dan hak mereka untuk meneruskan pengajian dalam tempoh hampir 6 tahun bukanlah satu perkara yang remeh yang boleh diketepikan dan dipandang enteng. Andai hak mereka untuk meneruskan pengajian tidak dinafikan, tidak mustahil mereka kini mempunyai prospek kerjaya yang lebih baik dari apa yang mereka miliki kini.
Seperti yang dihujahkan oleh peguam pembela, Amir Hamzah dan Latheefa Koya, kesalahan yang mereka lakukan bukanlah kesalahan jenayah yang melibatkan mangsa atau 'against personal body'. Mereka hanya menghadiri satu perhimpunan aman membantah ISA 8 tahun yang lalu. Pada ketika itu, mereka masih bergelar mahasiswa. Perhimpunan ini jugak tidak melibatkan sebarang insiden yang membahayakan atau mengancam keamanan masyarakat. Walau pihak pendakwa cuba berhujah dengan hujah 'public interest', namun pandangan saya secara peribaadi pihak peguam bela telah menghujah balas dengan baik. Malah Latheefa Koya membidas pendakwa raya yang acap kali menggunakan perkataan 'mereka telah melakukan jenayah' sedangkan mereka didakwa bawah seksyen 27 Akta Polis 1967 bukanlah Akta Kanun Keseksaan dan perkataan 'jenayah' bukanlah perkataan sesuai yang boleh digunakan.
Mahasiswi sedang mengumpul sumbangan duit

Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS turut hadir, sedang berikhtiar mencukupkan duit untuk membayar hukuman denda
Kes ISA 7 ini menjadi antara chapter penting dalam episod perjuangan aktivisme mahasiswa.Kes ini tak mungkin dapat dilupakan, dapat menjadi pembakar semangat mahasiswa untuk terus berjuang, malah boleh juga menjadi sebaliknya. Isu tentang AUKU dan ISA ini merupakan isu yang releven untuk terus diperjuangkan. Disebalik isu-isu politik yang terlalu kuat mendominasi minda kita kini, moga mahasiswa tidak terus alpa dan leka tentang perjuangan bersifat jangka panjang yang amat penting, isu AUKU dan ISA.
Tuesday, May 12, 2009
Drama Perak dan "My Dream"
Drama politik Malaysia makin dasyat. Kadang-kadang rasa muak dan jelek dengan apa yang berlaku. Tetapi inilah politik. Disebalik kemuakkan dan kejelekan itu, disitulah terletaknya satu kuasa untuk memerintah yang menjadi tuntutan buat kita untuk merebutnya kerana tuntutan syariat untuk menegakkan syariatullah dan kalimah Allah di muka bumi ini.
Saya yakin, Datuk Seri Ir Nizar sendiri, isteri beliau, Datin Seri Fatimah dan keluarga beliau sendiri sudah tentu sudah amat letih berdepan dengan pelbagai ujian dan sandiwara dalam lingkaran politik Perak yang masih tak berkesudahan ini. Kita yang tidak ada kaitan secara langsung inipun terasa 'berat' dan 'letih' melihat sandiwara perebutan ini, apatah lagi yang melalui, yang menanggungya. "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul".
Tetapi, seperti yang telah diulas oleh suami saya dalam blognya, Datuk Seri Ir Nizar bukanlah sebarangan orang. Walau ramai yang melihat 'figure' ini tiba-tiba muncul dalam kemelut politik Perak, namun kewibawaan, kekuatan, ketabahan beliau mentadbir Perak sebelum ini dan rentak dan aksi beliau dalam melalui ujian rampasan kuasa ini adalah satu testimoni yang jelas untuk menjadi bukti bahawa insan ini bukanlah 'accidentally figure' yang muncul kerana tekanan dan terdesak. Kita perlu melahirkan lebih ramai Ir Nizar dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
Saya dan suami sejak dari membaca keputusan mahkamah semalam asyik bercakap tentang isu ini, membuat andaian, 'prediction' terhadap apa yang terjadi dan apa yang bakal terjadi seterusnya. Mungkinkah semua ini sudah dalam perancangan pihak-pihak tertentu ataupun ianya terjadi kerana 'out of control' sesetengah pihak yang terbabit. Ataupun mungkinkah benar institusi kehakiman yang agak diragui sebelum ini telah dapat 'dijernihkan' kembali? Ataupun inipun sekadar tempelan kosmetik terhadap perancangan grand design yang lebih dasyat yang ingin dilaksanakan? Manusia hanya mampu membuat andaian dan jangkaan, tetapi suratan Allah telah tetap tersusun kemas menanti masa untuk dipersembahkan kepada hamba-hambaNya yang lemah.
Iktibar buat saya juga, betapa pentingnya saya benar-benar menguasai displin ilmu yang sedang saya ceburi kini iaitu bidang Undang-undang. Kadang-kadang tak dapat dinafikan, rasa begitu lelah menelaah matapelajaran demi matapelajaran yang terpaksa saya hadapi dalam setiap semester. Keputusan peperiksaan, CGPA pun nampaknya kini makin tidak memuaskan, menghadapi masalah fokus tumpuan yang agak mencapah menyebabkan ada aspek yang terlepas pandang gagal diambil kisah dengan baik. Semuanya ini terjadi bila semangat mulai luntur, matlamat mula jadi kabur. Maka proses re-energizing perlu dilakukan segera.
Dalam krisis Perak yang sebegini, institusi kehakiman, mahkamah dan perundangan terus hangat diperkatakan. Malah dalam banyak hal, apa-apa hal sekalipun, isu perundangan ini terus relevan kerana bidang inilah bidang yang dapat membuat final judgement di atas dunia yang fana ini. Saya kadang-kadang terkial-kial jugak menjawab persoalan demi persoalan yang dilontarkan rakan-rakan yang mahu mengetahui lanjut dari aspek perundangan mengenai sesuatu isu. Mungkin kerana penguasaan saya terhadap bidang yang saya ceburi ini belum begitu baik. Justeru, seruan buat saya dan semua terutamanya golongan mahasiswa, kuasai dan jadilah pakar dalam bidang disiplin ilmu yang telah kita ceburi. Kerana disinilah kunci penting kita mampu berperanan dan memberi sumbangan yang optimum kepada gerakan dan perjuangan Islam yang kita intima'. Jangan sekadar menjadi orang 'biasa-biasa' sahaja dalam bidang kita sendiri. Dah rumah kita, kita lah kena jadi tuan rumah.
Saya melihat bagaimana beberapa tokoh penting dalam bidang perundangan seperti Prof Aziz Bari, Sulaiman Abdullah, Hanipa Miaden, Zulkifli Nordin dan lain-lain terus diperlukan dalam perjuangan ini dek kerana kekuatan dan kepakaran dalam bidang perundangan yang mereka ada. Generasi muda kini seharusnya bersiap sedia untuk menggantikan generasi mereka ini yang pastinya akan pergi suatu hari nanti. Kita kena letakkan matlamat yang jelas, kemana haluan perjuangan kita selepas ini. Kena juga sentiasa 'check' matlamat ni dan 'up to date'.
Masa saya ditemuramah oleh Kak Hidayah a.k.a Ustazah Engineer tentang aspek kepimpinan muslimat muda yang tak sempat lagi saya nak kongsikan sepenuhnya disini, saya diasak oleh beliau untuk benar-benar spesifik dan measureable dalam mengatakan sesuatu. Saya ingat selama ni memang suami saya dah selalu 'train' saya bercakap spesifik dan jelas tentang sesuatu. Rupanya tak cukup lagi, dan terima kasih sangat pada Kak Dayah yang telah mengajar saya sesuatu yang berharga. Pernah suami saya kata, dia cukup tak berkenan dengan muslimat yang bila bercakap suka bercakap atas angin, tak mampu bagi huraian jelas dan contoh spesifik tentang sesuatu. Paling beliau pantang, suka sangat sebut 'dan lain-lain','dan sebagainya' dan yang seangkatan dengannya. Jadi, bila saya berhujah dan berbahas dengan suami tentang sesuatu isu, saya selalu diingatkan beliau tentang aspek ini.
Saya sahut seruan Kak Dayah untuk letakkan matlamat yang spesifik untuk 'self projection' saya masa akan datang. Saya benar-benar ingin menjadi seorang pakar dalam bidang perundangan spesifiknya undang-undang perlembagaan. Sebelum umur saya mencecah 40 tahun, saya meletakkan target, saya dah boleh jadi macam salah seorang idola dan pensyarah saya yang cukup terkenal dalam imu perlembagaan ini, iaitu Prof Aziz Bari. Saya sudah mampu menjadi rujukan dalam negara ini dalam ilmu perlembagaan sebelum umur saya 40 tahun, insyaAllah.

Tuliskan matlamat dan 'dream' kita, bukan untuk riak, tetapi sebagai satu cetusan semangat buat kita. Bila kita baca, kita akan ingat kembali. Saya takut juga nak tulis pasal dream ni mulanya. Yelah, kalau tak jadi, malulah saya. Tapi ketepikan semua tu dulu. Berfikiran positif. Redah je..
Catatan muhasabah ringkas buat diri ini..
Monday, April 27, 2009
Catatan Hari Pertama ; Secebis Bingkisan Buat Muslimat
Hari pertama bekerja (attachmnet@praktikal) di Tetuan Radzi & Abdullah hari ini adalah antara pengalaman baru yang saya kecapi dalam hidup. Dari semalam hati berdebar-debar, akhirnya menjengah jugak hari siang. Setelah selesai bersiap-siap, dengan pakaian rasmi hitam putih seorang peguam, beserta handbag hitam dan beg laptop, terasa diri macam wanita bekerjaya pulak hari ni !
"Zaujah abang dah nak keja dah esok.."
Dari semalam lagi, inilah ungkapan yang tak habis-habis cik abang saya tuturkan. Macam saya ni nak masuk sekolah hari pertama masa darjah satu plak lagaknya. Kami berdua berkongsi debaran yang sama walau jasad berbeza. Siap saya dihantar dan diiring hingga ke bilik tempat saya ditempatkan di firma ini. Terasa sungguh istimewa diri ini. Terima kasih suamiku, kunci syurgaku.
Hari pertama di firma guaman ni, pada mulanya tak banyak kerja dan tugasan lagi yang diberikan. Masih boleh 'goyang kaki' sikit-sikit. Tapi menjelang selepas zohor, kerja mula bertimbun dan makin banyak hingga tak sempat nak habiskan semua. Terpaksa tangguhkan ke esok pula.
Masa lapang yang ada saya gunakan sebaik-baiknya. Bila tengah mengemas-ngemas isi kandungan 'kak ngah' ni, (nama laptop saya,laptop suami nama abg long) terjumpa beberapa keping gambar yang diambil masa satu sesi brainstorming gerakan muslimat bulan lepas kalau tak silap. Teringat beberapa perangkaan penting yang pernah kami gagaskan ketika itu.
Muslimat Serikandi Gerakan
Rentetan tentang posting saya sebelum ini bertajuk "Gerakan Feminisme Islamik", saya melihat aspek pemerkasaan gerakan muslimat pada masa kini amat penting. Melihat komen yang diberikan oleh MarBu dalam posting tersebut, menyebabkan saya terus memaksa diri memikirkan dengan serius agenda pemerkasaan ini. Namun, izinkan saya berkongsi gagasan idea tersebut pada posting yang akan datang dek kerana kesuntukan masa yang ada saat ini untuk sedikit 'research', menambahbaik gagasan idea tersebut. Posting ini, sekadar 'intro' (set induksi) sahaja. Meluah apa yang rasa.
Salah satu sebab muslimat terus terkebelakang antaranya kerana inilah. Tak tahan dengan penangan dan kerenah muslimin yang jenis ni. Tapi hakikatnya, sebab ini bukanlah 'real problem' kepada kelesuan gerakan muslimat, tapi hanya sekadar 'presented problem'. Realnya muslimat selalu berdepan dengan masalah krisis keyakinan diri, rasa rendah diri (inferior) yang tak bertempat, malu yang tak perlu dan juga dibuat-buat. Pergi lebih dalam lagi, muslimat sebenarnya selalunya sangat kurang membaca, kurang kemahiran. Inilah antara penyebab utama pada pandangan saya, gerakan muslimat tak boleh sekencang gerakan feminisme liberal yang lain, tak mampu pergi jauh memimpin dan membuat perubahan.
Justeru, muslimat perlu 'sedar' dan 'terasa' akan hakikat ini. Saya sendiri sebenarnya cukup-cukup terasa. Saya tahu ada insan-insan diluar sana yang mengatakan yang muslimat "POYO" , bercakap je lebih dari tindakan. Bercakap pulak kosong, tak berisi. Itupun kalau bercakap, berdozen-dozen muslimat hanya mampu menjadi tukang angguk dan tukang geleng sahaja dalam mesyuarat-mesyuarat penting, hingga kadang kehadiran mereka tak dirasai pun. Inilah antara agenda-agenda ujian yang menguji gerakan muslimat.
Pada saya, tak salah muslimat bermula dengan satu gagasan berjiwa besar terlebih dahulu, walau hanya sekadar slogan seperti "Muslimat POWER, POWER, POWER !!! " yang dilaungkan bermula dari STIGMA ( Simposium Tindakan Gerakan MUslimat Muda ) anjuran GAMIS tak lama dahulu. Tak mengapa mencetus semangat dahulu. Yang penting, langkah seterusnya adalah mencetus 'kesedaran', eleme 'rasa' ini amat penting untuk kekalkan momentum agar ianya boleh melekatlama dalam hati dan minda , bukan sekadar tempelan semangat yang boleh pergi bila-bila masa sahaja. Dan seterusnya gunakanlah akal yang bijak untuk bertindak.
Sekadar sedikit luahan rasa saya buat semua muslimat,srikandi gerakan. Kita boleh melangkah jauh, yang penting sedar kenapa kita perlu melangkah, ke mana hendak melangkah dan bagaimana hendak melangkah. Mulakan dengan langkah yang pertama hari ini...

Saya attachment di firma guaman di Jalan Ipoh KL, tapi kerana semangat suami saya yang berkobar-kobar, dibawaknya saya ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur semata-mata untuk bergambar, untuk memberi semangat pada saya meneruskan attachment ini selama 3 bulan. Isteri mana yang tak terharu bila suami yang dihormati buat macam ni. Syukur sangat-sangat padaMu ya Allah, atas kurniaanMu, pinjamanMu, seorang suami yang cukup penyayang dan memahami untuk diriku..




