Saturday, August 22, 2009

Kami Berbeza Tapi Bersama

Suami saya dua tiga kali merungut pada saya,menyuruh saya meng'update' blog yg dah agak lama tidak di'update'. Beliau pun mulalah menukilkan kata-kata yang dah 3,4 kali saya mendengarnya.

" Kalau ayg tak update blog, ayg akan 'membunuh' peminat blog ayg "

Saya sekadar mendengarnya, mengangguk-angguk dua tiga kali. Kemudian hilanglah pesanan tersebut dari minda ini. Saya bukannya orang yang jenis suka buat sesuatu benda kerana paksaan atau kerana suatu rutin atau undang-undang. Walaupun saya pelajar undang-undang, tetapi undang-undang manusia yang tak kena dan tak 'masuk' dalam hati saya, saya tak akan mengikutnya.

Dua tiga hari ni ni dan semenjak dua menjak ini memang malas sangat nak menulis. Hatta pernah dalam satu brainstorming gerakan muslimat UIAM saya mencadangkan agar skill penulisan dalam gagasan MP3 untuk muslimat tak perlulah diberi perhatian sangat. Sebab pada ketika itu saya memang malas menulis. ;-)

Lagipun, blog saya ni bukannya ada peminat sangat pun. Lain lah blog rijal82.blogspot.com yang ada peminat berduyun-duyun dan terus menerus pemilik blog tersebut menjaga prestasi dan kualiti blognya :-) . Saya ada terjumpa dengan 3,4 orang adik-adik dari universiti lain di muktamar GAMIS yang lalu yang menyuruh saya update blog. Ada juga orang yang minat blog saya rupanya. Saya mohon maaf kepada semua. Saya menulis bila saya rasa perlu dan mahu. Saya dulunya cukup kurang berkenan blog-blog muslimat yang suka tulis perkara-perkara peribadi, jadi kadang-kadang bila saya terasa mahu menulis tentang peribadi, saya terfikir pulak mesti ramai juga yang tak suka posting peribadi sebegini apatah lagi muslimin. Kadang-kadang ini menyebabkan terbatal niat nak posting. Tapi selalunya suami saya akan bagi galakan. Blog kita, ikutlah kita nak tulis apapun selagi tak timbulkan kemudaratan.

Kali ini saya sekadar ingin mencoret serba sedikit tentang pengalaman kami sepanjang mendirikan Baitul Muslim Haraki ini sejak bulan 12 tahun lepas. Moga ada manfaatnya untuk pejuang-pejuang Islam yang bercita-cita untuk membina Baitul Muslim impian juga nanti. Kami bukan yang terbaik, sekadar ambillah apa yang baik.

Sebelum berkahwin, saya sedaya upaya cuba menghabiskan beberapa buku penting tentang alam perkhawinan. Kebanyakan buku tersebut ada dalam rak khusus ruangan Baitul Muslim di Perpustakaan Syaari Nurul di Darul Syuhada no.36. Selepas perkahwinan, ada lagi 2,3 orang sahabat yang turut menghadiahkan buku-buku ber'genre' perkahwinan. Menambahkan lagi koleksi buku kami dalam genre Baitul Muslim.

Antara buku menarik yang saya baca setelah mendapat rekomen dari Ustaz Hasrizal sendiri adalah buku "Men Are From Mars And Women From Venus". Buku yang ditulis oleh John Gray ini mungkin tidak terdapat dalam list buku bacaan pejuang-pejuang haraki. Buku yang mendedahkan tentang beberapa perbezaan antara lelaki dan perempuan dan cara untuk 'cope' dengan situasi tersebut berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan sebenarnya cukup bermanfaat untuk dibaca. Apatah lagi sebagai persediaan untuk menuju ke gerbang Baitul Muslim. Hatta dalam gerak kerja organisasi seharian antara lelaki dan perempuan juga buku ini cukup berguna dijadikan rujukan. Kadang-kadang selalu timbul masalah gerak kerja dalam lajnah mahupun secretariat antara rais, raisah lajnah mahupun antara AJK yang berlainan jantina yang disebabkan oleh masalah komunikasi yang remeh sahaja sebenarnya. Akibatnya kadang-kadang gerak kerja terbengkalai, perjuangan Islam juga yang rugi. Kadang-kadang, masalah seperti ini boleh dielakkan dengan bahan bacaan seperti ini.


Lelaki dan perempuan sememangnya diciptakan tidak sama untuk berbeza. Untuk saling melengkapi antara satu sama lain, untuk saling bekerjasama, bertoleransi untuk menghasilkan impak yang minima. Begitu juga dalam Baitul Muslim. Perbezaan antara suami dan isteri satu kelebihan yang perlu sentiasa dimanfaatkan. Syaratnya kena jelas titik persamaan dan ultimate goal dalam kehidupan.

Contoh yang paling saya rasai adalah antara saya dan suami yang sebenarnya berbeza. Kadang-kadang mungkin ada yang nampak kami macam banyak persamaan dari segi luarannya, tetapi dalam kehidupan seharian kami berbeza sebenarnya. Ini dibuktikan dengan ujian yang telah kami lakukan baru-baru ini. Suami saya dah lama buat ujian ni, kemudian beliau mencadangkan saya pula. Walaupun mungkin ini hanya sekadar ujian personaliti yang biasa yang sememangnya dah terlalu banyak dalam dunia ni, tetapi penemuan ini agak menarik untuk kami benar-benar lebih mengenali diri sendiri dan pasangan yang akan sehidup semati bersama.

Click to view my Personality Profile pageClick to view my Personality Profile page

Saya selama ini memang jenis orang yang tak boleh duduk sorang-sorang kat rumah. Saya suka berjalan-jalan, bergerak ke sana sini. Bertemu dengan orang ramai, 'crowd' yang ramai adalah satu kebahagiaan buat saya. Apatah lagi kalau dapat bersembang-sembang bersama-sama. Memang seharian saya boleh hidup macam tu. Sebab tu sepanjang kami kahwin ni, sayalah yang akan sentiasa meng'usul'kan kami pergi berjalan-jalan. Kawasan Kuala Lumpur,Masjid Jamek, Jalan Masjid India, shopping-shopping complex adalah antara tempat yang saya suka pergi walaupun bukan untuk membeli barang-barang. Berada bersama orang ramai adalah satu kepuasan buat saya.

Suami @ Ustaz Syaari ni pulak sebenarnya bukanlah orang yang suka ke tempat-tempat awam yang ramai orang. Puas saya memujuk dan merengek, baru beliau akan bersetuju untuk keluar. Apatah lagi kalau sesaja nak bertegur sapa dengan orang lain yang baru berjumpa. Walau nampak beliau macam boleh 'bersosial', tetapi sikap sebenar dan dalaman beliau adalah seorang yang suka bersendiri, suka diam jika tak memerlukan beliau bercakap, malah sangat suka duduk kat rumah ataupun pejabat beliau yang dah jadi rumah ke-2 beliau dari keluar berjalan-jalan di luar rumah dan bercampur dengan orang ramai.

Hasil ujian ini membuktikan perbezaan ketara kami ini. Saya adalah seorang yang intraverted manakala beliau seorang yang introverted.

Dalam melakukan kerja pula, saya jenis yang memang susah nak fokus dan duduk diam dalam masa yang lama. Paling kuat pun 5,10 minit saya boleh duduk statik dan buat kerja. Lepas tu, saya memang akan mula bergerak-gerak dan buat hal lain. Saya memang jenis yang suka main dan suka alat-alatan ni. Kalau dalam kelas, saya akan sentiasa ada benda di tangan saya untuk main. Jika tak, saya akan tidur dalam kelas.

Suami saya pula orang yang cukup fokus dan gigih dalam buat kerja. Percaya atau tidak, beliau boleh duduk diam atas kerusi selama berjam-jam dan seharian walaupun tanpa makan. Selalunya kalau beliau dah mula 'gila' buat kerja, terutamanya kalau buat multimedia, beliau akan kekal berada di kerusi dan mengadap laptop selama berjam-jam dan hanya berhenti untuk sembahyang sahaja. Sebarang gangguan yang mendatang, beliau akan ketepikan. Malah, kehadiran saya juga akan tidak dirasainya tatkala beliau 'gila kerja'.

Saya pula hanya boleh kekal atas kerusi study selama lebih kurang 10 minit, kemudiannya pelbagai aksi lain akan saya buat kerana saya cepat boring dan tak boleh duduk diam. Saya sangat suka sukan, suka bersukan, tak kisahlah sukan apa sekalipun. Tetapi suami pula lebih suka main game FIFA@PES 2009 di laptop beliau dari turun ke padang bermain bola yang betul. Sangat susah dan beliau sangat 'liat' bila diajak bersukan.

Buktinya, rupanya saya memang jenis yang kinesthetic tetapi suami saya sangat rendah % kinesthetic beliau. Beliau dalam bekerja juga adalah jenis yang intrapersonal, yang lebih suka kerja sendirian dari berkumpulan.

Subhanallah, betapa cantiknya perancangan Allah Taala menemukan kami berdua dan saya teramat sangat bersyukur. Disebalik perbezaan tersebut, kami memang juga ada persamaan yang kami jadikan sebagai titik pertemuan asas segala kerjasama dan kekuatan. Gabungan kami adalah satu 'synergi' untuk gerakan Islam. Itulah harapan dan impian kami. Doakan kami.


Buat semua pejuang-pejuang Islam di luar sana, manfaatkan segala kelebihan dan kekuatan yang ada pada diri masing-masing. Kelemahan yang ada, tukarkan agar menjadi kekuatan untuk perjuangan Islam. Dan jangan lupa mencari 'pasangan' synergi untuk menguatkan lagi gerakan Islam :-) . Takbir !




8 comments:

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid said...

salam juang..
masya Allah tabarakallah..
hebat perancangan Allah..
teringat pula keadaan abg syaari mmg suka duk dlm blk meeting kt ipm..
mmg klu dtg kt dia, khusyu' sgt bekerja..
'ala kulli hal, kita saling lengkap melengkapi..
ramadhan yang sama, natijah yang berbeza..

hanisah said...

mantap sahabat ana ni..terus berjuang sahabatku..

moga mmperoleh barakah diatas baitulmuslim yang terbina..

ana skrg dah bkerja di srdang...uruskan projk DR.HALIMAH ALI..impian ana dah tercapai nak bekerja dibawahnya..

hanisah said...

ayah ana dan mak ana pun suka berjalan..em,patutlah agaknya ana pun dan semua adik2 ana suka berjalan..sampai ayah ana pulak yang pening tgk adik saifullah ana tak reti duk diam...hehhe

A. MUCHLIS said...

Assalamualaikum

Haha. Tergelak pembuluh hati saya membaca entry kak pada kali ini.

Mmg sinergy!

Anonymous said...

salam buat awak..

saya nih, ppn bese jer.. kalau aku kenal pun mesti cam tak suke.. sebab saya nampak slumber +++... huhuhu..

tp, utk pengetahuan awk, saya cukup suke untuk baca blog awak sebab saya suke untuk menjadikan awak sebagai idola saya... awak ada benda yang saya tak ada dan susah nak ada..

seorang ppn yang cukup kuat pegangan agamanya luaran dan InsyaAllah dalaman...

percayalah, blog awak, bukan sahaja dibaca oleh orang2 macam awak.. tapi juga diminati oleh orang2 macam saya nih...

InsyaAllah, saya nantikan entri2 awak yang akan datang...

selamat berjuang.. !!! ;>

izyan said...

amboi bersyg mayang kakakku nie...tak tau org lelaki nie mcmane..yang tau yang selalu pernah jumpa..panas baran!

umi_sofea said...

Perkahwinan adalah untuk saling melengkapi. Isteri akan menampung kelemahan suami. Begitu juga sebaliknya.

Itulah antara hikmah perkahwinan daripada jutaan hikmah sebuah teratak iman tarbiyyah.

ayesha said...

Kita peminat blog nurul~ blog nurul antara yg kte "bookmarked"..teruskan menulis!