Friday, August 28, 2009

Maknakan Ramadhan Masing-Masing

Dah ramai yang menulis dalam blog masing-masing tentang Ramadhan, saya mungkin sedikit ketinggalan. Kelainan Ramadhan yang saya rasai pada kali ini meneggelamkan saya dalam bulan yang mulia ini, leka diulik keasyikaannya.

Ramadhan kali ini terlalu tenang buat saya. Setelah hampir 7 hari melaluinya, cukup-cukup tenang saya rasakan. Moga saya dipanjangkan umur untuk terus mengecapi nikmat Ramadhan ini.

Ramadhan kali ini dengan bergelar 'isteri', hati saya seolah-olah sudah terlepas dari terus menanggung 'dosa hati' yang cukup halus, yang saya rasakan ramai dikalangan kita yang mendapat tarbiah ini pernah merasainya. Malah mungkin sedang melaluinya. Salam mujahadah saya ucapkan. Jadikan Ramadhan ini medan sebaiknya untuk terus tingkatkan mujahadah.


Indahnya saat berbuka dan bersahur bersama, apatah lagi cukup nikmat terasa bila qiam bersama di Ramadhan mulia ini. Tarawikh kami pula sentiasa di tempat yang berbeza-beza. Setiap malam kami berhijrah dari satu masjid ke masjid yang lain di sekitar Gombak ini. Taman Melewar juga tidak dilupa. Disitu ada 'tazkirah haraki' yang cukup kena dengan jiwa kami. Siapa yang berminat, jemputlah datang merasai.

Rasa ingin menitis airmata mengenang semua nikmat Allah ini. Doakan moga Ramadhan ini iman taqwa kita meningkat.

Salam Ramadhan Al-Mubarak,
Selamat Berpuasa,
Selamat Memburu Lailatul Qadar...






2 comments:

sis Khadijah said...

salam. Seronoknya dapat menghayati Ramadhan dan beramal ibadah bersama zauj. Bagaimana nak wujudkan suasana dan amalan ini jika zauj tidak bersemangat untuk meraih pahala ibadah pada bulan ini malah tidak merasa kerugian kerana tidak melaksanakannya..... Moga diberi petunjuk olehNYA agar ramadhan tahun depan kami dapat menghidupkan ramadhan pada tahun hadapan..lemah rasanya nak menyambut hari raya kerana tidak puas hati dengan prestasi puasa dan amalan di bulan puasa pada kali ini...

mImInazIra said...

salam ukhti...
lama xdengar cerita..
kenal mimi lagi x kak?
sma masa kat KISAS dulu..
rasanya belum terlmbat..
tahniah atas pernikahan..
moge kekal sampai ke akhir hayat..
tengok akak...teringat semua memori di Kisas...