Saturday, December 12, 2009

Semangat Tun Fatimah dan Dato' PG Lim Meresap Dalam Diriku

Hari Khamis, 10hb Disember yang lepas, saya bersama team Nisa' Malaysia dengan diketuai oleh Dr. Rosni telah menghadiri satu jemputan Tea Reception in The Honour of the Recipients of The Merdeka Award 2009 anjuran NIEW.

Team Nisa' Malaysia diketuai Dr. Rosni

Saya rasa ramai dikalangan kita yang tidak mengenali dan tidak tahu tentang NIEW dan juga Merdeka Award ini. Sedikit preview tentang NIEW dari website rasmi NIEW :

The Proposal to establish NAM Centre on Gender and Development was announced by the Rt. Hon. Prime Minister of Malaysia in his Keynote Address at the First NAM Ministerial Meeting on the Advancement of Women held in 2005. To realise the vision, NAM Institute for the Empowerment of Women (NIEW) was officially established on the 1st of July 2006 under the purview of the Ministry of Women, Family and Community Development.

NIEW has been organising programmes on training and capacity building for NAM Member Countries in critical areas which have been identified as crucial to the empowerment of women such as Women in Politics and Economy, Women in Education and ICT, Women in Health and Violence Against Women.

# Increase the awareness of the public and obtain their commitment to facilitate the process of women’s empowerment;
# Increase the number of empowered women;
# Increase the commitment of the target groups, people who are involved and can contribute to the empowerment of women; and
# Increase the number of countries, government agencies, organisations, corporations and individuals willing to finance women’s empowerment programmes.


Alhamdulillah, kesempatan yang ada ini benar-benar memberi manfaat dan pulangan yang besar kepada saya dan sesiapa yang mengambil manfaat dari event yang seperti ini. Walau pada mulanya saya macam agak keberatan untuk menghadirkan diri, namun suami saya terus memberi galakan.

"Pergilah, ambil spirit dari tokoh-tokoh wanita tersebut disamping boleh kuatkan engagement dengan sahabat-sahabat Nisa' dan juga tokoh-tokoh penting. Isteri abg ni kan nak jadi Senator nanti". Pujuk beliau sehingga beliau sanggup menghantar dan menjemput saya pada petang itu.

Event seperi ini membuka mata saya untuk melihat potensi sebenar makhluk yang dinamakan Allah sebagai 'wanita'. Event ini memberi penghargaan kepada tiga tokoh wanita yang telah mendapat anugerah "Merdeka Award 2009" pada bulan Ogos yang lalu. Saya membelek-belek buku Merdeka Award yang diberikan kepada setiap seorang dari kami. Barulah saya memahami apa itu Merdeka Award.

"The Merdeka Award aims to promote thought leadership and innovation, foster a culture of excellence, encourages a world view, thereby enhancing Malaysia's standing as dynamic, competitive 21st Century Global Player in all key sectors from science and technology to the arts".

Ada 2 tokoh wanita yang benar-benar membakar semangat saya pada hari itu. Semangat mereka meresap masuk ke dalam diri saya.

Tun Fatimah Hashim

Bersama Tun Fatimah Hashim (Tun Fatimah tak tengok camera pulak.huhu)

Antaranya tidak lain dan tidak bukan penerima anugerah Merdeka Award ini untuk kategori "Education And Community" ialah Tun Fatimah Hashim.

Masa saya sekolah di KISAS dulu, saya ada beberapa orang rakan baik dari STF (Sekolah Tun Fatimah). Malah dalam saingan debat Bahasa Melayu yang saya sertai dulu pun STF antara saingan sengit kami. Tapi saya langsung tidak menyangka yang pada hari itu saya boleh bertemu bertentang mata dengan Tun Fatimah Hashim. Seorang wanita ulung yang STF itu diberi nama sempena nama beliau. Saya bagaikan bermimpi.

Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim lahir pada 25 Disember 1924. Beliau ialah Menteri Kebajikan Am Malaysia antara 20 Mei 1969 hingga 28 Februari 1973 serta wanita pertama Malaysia dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia.

Beliau telah terlibat dengan politik semenjak berumur 21 tahun. Sepanjang karier beliau dalam bidang politik, beliau telah memegang pelbagai jawatan sehinggalah akhirnya beliau dilantik menjadi Menteri dan merupakan wanita pertama yang dilantik menjadi menteri setelah beliau memenangi kerusi pilhanraya Jitra-Padang Terap 3 kali berturut-turut.

Beliau juga aktif dengan pelbagai persatuan yang membela hak wanita antaranya Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita (National Council of Women’s Organisations, NCWO) ditubuhkan. NCWO merupakan sebuah badan gabungan pertubuhan-pertubuhan wanita yang bertujuan, antara lain, untuk dijadikan urusetia perayaan Hari Wanita di samping menangani persoalan-persoalan wanita semasa. Sebagai Presiden NCWO, Tun Fatimah telah mengikuti beberapa persidangan wanita antarabangsa. Tun Fatimah dipilih sebagai Timbalan yang Dipertua bagi penggal pertama (1962-1965), dan menerajui NCWO selama 24 tahun sehingga bersara daripada jawatan pada tahun 1989.

Bakal Tun Fatimah ke-2 Malaysia ;-)

Antara perkara yang paling bermakna yang saya perolehi pada petang tersebut ialah dalam slot Citation Speech yang diberikan, pembentang ada menceritakan bagaimana suami Tun Fatimah, Tan Sri Abd Kadir Yusuf sudah dapat mengesan bakat kepimpinan yang ada pada Tun Fatimah sejak dari awal lagi. Tan Sri Abd Kadir yang juga merupakan Peguam Negara pertama yang dilantik selepas negara mencapai kemerdekaan merupakan seorang peguam yang berprinsip tinggi dan bersifat adil. Beliau mengatakan bahawa "Tun Fatimah is a born leader". Justeru, beliau menggalakkan Tun Fatimah untuk terlibat dengan politik. Tan Sri Kadir merupakan orang kuat yang sentiasa menyokong Tun Fatimah.

Meskipun kini sedang meniti usia emas, kredibiliti beliau masih terserlah. Walau kini terpaksa berkerusi roda, semangatnya masih waja.

Saya memasang azam sendiri untuk menjadi insan yang berguna dan bermanfaat untuk masyarakat dan ummah seperti Tun Fatimah. Banyak jasa yang telah beliau taburkan terutamanya kepada golongan wanita. Kepimpinan, karismatik, kredibiliti dan kemampuan beliau sangat luar biasa. Beliau menjadi wanita yang lain dari yang lain pada zaman beliau.

Dalam ucapan beliau, beliau mengatakan bahawa tak ada apa sangat yang beliau lakukan. Beliau bersyukur dan berterima kasih kerana dihargai. Betapa rendah dirinya beliau padahal jasa yang ditaburkan telah mendapat pengiktirafan negara. Pada tahun 1958 lagi beliau telah dianugerahkan gelaran Panglima Mangku Negara (P.M.N) oleh Sri Paduka Baginda Yang Di-Petuan Agong yang membawa gelaran 'Tan Sri'.

Beliau juga bertuah kerana mempunyai suami yang sentiasa menyokong beliau. Alhamdulillah, Allah juga kurniakan saya dengan seorang suami yang cukup memahami dan sentiasa menyokong dan memberi galakan kepada saya. Mengenangkan ini semua, saya semakin bersemangat untuk terus meningkatkan potensi diri demi untuk disumbangkan kepada perjuangan Islam.


Dato' Lim Phaik Gan

Selain itu, seorang lagi penerima anugerah Merdeka Award yang membekas di hati saya adalah Dato' Lim Phaik Gan atau Dato' PG Lim.

Beliau merupakan seorang wanita yang dilahirkan di England namun mendapat pendidikan rendah di Penang Convent School. Beliau merupakan antara wanita pertama Malaysia yang berjaya mendapat Masters in Law di Cambridge University.

Bekas peguam, feminis dan diplomat terkemuka negara ini merupakan seorang wanita yang tegas dan berpendirian teguh. Anak sulung kelahiran pasangan peguam, Lim Cheng Ean dan isterinya, Rosalind Ho-Lim ini bukan sahaja telah memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat malah pernah berjuang untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang bernasib baik.

Beliau diterima sebagai peguam di English Bar, Lincoln's Inn pada tahun 1948 dan merupakan wanita Malaysia terawal yang memperoleh Ijazah Sarjana Undang-Undang daripada sebuah universiti tersohor di London.

Pada tahun 1955, Phaik Gan menyandang jawatan Setiausaha Majlis Peguam Malaya dan beliau kemudian dilantik sebagai wakil Majlis Peguam ke Persidangan Undang-Undang Komanwel di Sydney, Australia pada tahun 1965. Kerjaya Phaik Gan berkembang merentasi dua era iaitu sewaktu Tanah Melayu di bawah penjajahan British dan Malaya yang mencapai kemerdekaan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.

Bersama Dato' PG Lim & Kak Munawirah

Tidak banyak wanita Malaysia yang mampu mencapai kejayaan dan mencontohi pencapaian beliau dalam bidang perundangan, politik dan arena diplomatik. Pada tahun 1971, Phaik Gan mencipta sejarah negara apabila menjadi duta wanita pertama Malaysia ke PBB dan beliau masih menjadi ikon kepada rakyat Malaysia sehingga ke hari ini.

Beliau mengukir nama dan reputasi sebagai seorang peguam bela yang tegas dengan membela nasib pekerja-pekerja yang mendapat bayaran rendah serta hilang hak mengundi dalam kesatuan pekerja.Bagi Phaik Gan, tiada apa yang lebih penting daripada menggunakan pengetahuan perundangannya untuk membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik.

Beliau tidak pernah mengimpikan publisiti sebaliknya berpegang kepada prinsip kemanusiaan yang menjadi pendorong dalam hidupnya.

"Saya berdepan dengan banyak cabaran terutamanya ketika menjadi seorang peguam. Saya terpaksa berhujah dan meyakinkan peguam serta hakim British, malah ada sesetengah pihak yang menganggap saya berhaluan kiri kerana menyertai Barisan Sosialis dan bukannya MCA atau parti-parti politik lain," katanya.

Phaik Gan mengakui, kejayaan tidak akan datang dengan sendiri tanpa usaha dan kerja keras kerana kehidupan ini bukannya mudah serta penuh dengan rintangan. Justeru semua orang perlu berdepan dan mengharungi cabaran untuk maju ke hadapan.

Saya benar-benar tersentuh dan tersentak bila membaca biografi Dato' PG Lim ini. Beliau merupakan seorang wanita yang memanfaatkan bidang perundangan yang menjadi kepakaran beliau untuk masyarakat. Bagaimana pula dengan saya yang juga turut menceburi bidang perundangan ini? Hati saya kelu.

Sempat bergambar dengan Wan Zaleha yang menjadi MCpada petang tersebut ;-)

Bersama 'Iron Lady', Dato' Maznah Hamid, usahawan terkemuka wanita di Malaysia. CEO Securiforce

Pada petang tersebut, bukan saya sahaja yang begitu teruja berjumpa dengan tokoh-tokoh ini. Saya bersama Kak Munawirah (ex SU GAMIS) , dan juga Fariza UM (juga ex-exco GAMIS) terus menerus menerjah tokoh-tokoh ini untuk bergambar, bersalam dan bertanya khabar dan mengcungkil rahsia mereka. Alhamdulillah. Betapa bermaknanya pertemuan kami pada petang tersebut. Moga-moga ada manfaat yang banyak untuk kami sebagai bekalan untuk menjadi srikandi pejuang agama kini dan akan datang nanti.

3 srikandi yang bakal menggegarkan Malaysia suatu hari nanti. Bakal menggantikan 3 tokoh wanita dalam bunting tersebut ;-)

Friday, December 11, 2009

Self-Projection


Ketika saya masih belum bergelar pelajar tahun akhir, saya telah mengikuti program-program yang disediakan untuk pelajar tahun akhir. Ketika saya masih berbaki setahun untuk graduate, saya telah mengikuti tamrin tahun akhir. Alasannya mudah kerana saya agak 'terlambat' berbanding dengan sahabat-sahabat lain yang sama batch dengan saya. Demi menjaga binding sesama batch, saya mengikut sahaja mereka.

Saya bukanlah pelajar UIAM yang datang dari Pusat Matrikulasi, saya adalah pelajar 'direct intake' (istilah di UIAM) untuk pelajar yang direct masuk ke Gombak tanpa perlu ke Matrikulasi. Ini kerana saya mengambil STPM di KISAS setelah tamat SPM di sana. Bila masuk ke UIAM, satu semester saya terpaksa ambil 'language' @ bahasa. Satu semester saya mendapat tarbiah 'bahasa' dalam siri manhaj pengajian di UIAM yang unik. Ini menjadikan saya agak 'terlambat' dari sudut pengajian berbanding dengan sahabat-sahabat saya satu batch yang lain. Saya merasakan satu kelemahan dan kekurangan pada mulanya, tapi kini saya terasa 'hikmahnya'.

Sebelum berkahwin, setelah confirm ikatan taqdim antara saya dan suami kini (bakal suami ketika itu), saya telah diasak oleh beliau untuk menyiapkan self projection saya sendiri 20 tahun akan datang. Terkial-kial saya membuat draf perancangan dari pelbagai sudut; karier, keluarga dan penglibatan dalam jemaah serta perjuangan. Saya yang baru bergelar peljar 1st year pada ketika itu, rasa kabur dengan masa depan. Tak tahu nak buat self projection macam mana, tak tahu hala tujuan dan impian hidup bersifat long term yang ingin dicapai. Blur. Sudahlah 2,3 kali self projection saya itu di'reject' kerana tidak bersifat specific dan measureable. Saya akur dalam protes ketika itu. Kini saya sedar betapa berguna dan bermanfaatnya self projection statement yang telah dibuat itu. Alhamdulillah.

Kini, ketika pengajian saya masih berbaki satu semester, Allah telah memberi saya peluang untuk terdedah dan terlibat secara langsung sedikit demi sedikit dengan realiti sebenar perjuangan di luar yang nyata amat berbeza dengan alam serba sempurna dan ideal dalam perjuangan kampus. Saya pernah terlibat secara tidak langsung dalam gerakan mahasiswa peringkat nasional satu ketika dulu, sedikit sebanyak membantu saya untuk cepat menyesuaikan diri bila mula terlibat dengan Nisa' Malaysia kini.


Dalam Nisa' Malaysia yang baru sangat saya melibatkan diri, saya rasa cukup teruja dan rasa seronok berjuang bersama sebuah team yang cukup bersemangat dan gigih melaksana agenda diketuai oleh Kak Rosni @ Dr. Rosni yang cukup dihormati. Walaupun dulunya saya ada sedikit persepsi yang Nisa' ni tidak sesuai untuk orang yang berfikrah apatah lagi pimpinan kampus, kini persepsi tersebut telah berubah. Apatah lagi Nisa' bakal melakar orientasi baru gerakan tidak lama lagi. Saya dalam Nisa' memegang Unit Muslimat Muda, khusus untuk training ground pemimpin pelapis dewan muslimat. Walau kewujudan dan core business unit ini masih di peringkat draf perancangan, saya bersemangat waja ingin menjayakannya. Apatah lagi sangat inline dengan suami saya yang kebetulan memegang jawatan sebagai Setiausaha, Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) Dewan Pemuda Pas Pusat. Mudah kerja kami berdua kerana masing-masing memegang portfolio yang hampir sama untuk Pemuda dan juga Dewan Muslimat. Darul Syuhada dan kereta al-Fateh kami menjadi tempat strategik untuk sesi pemyelarasan maklumat dan juga brainstorm.

Saya juga insyaAllah akan terlibat dengan satu projek Youth Parliament di bawah kelolaan Senator Mumtaz yang merupakan idola saya. Peluang yang Allah berikan ini cukup-cukup saya syukuri dan saya bertanggungjawab penuh untuk benar-benar itqan dan all-out untuk semua komitmen ini. Moga apa yang Allah telah taqdirkan buat saya adalah yang terbaik buat saya dan perjuangan Islam ini.

Bersama Ayong (SU Nisa' Malaysia) dan Kak Raihana (3N merangkap zaujah Ust Dzul Khairi) dlm satu event yang disertai Nisa' baru-baru ni.

Ternyata self projection yang telah saya buat telah dimudahkan oleh Allah S.W.T executionnya walau ada juga yang tersasar. Sekurang-kurangnya saya ada sebuah impian yang terlakar atas sebuah kertas buat panduan dan rujukan saya sendiri. Saya boleh sentiasa membuat retreat untuk memastikan saya sentiasa on track.

Semenjak 2,3 minggu ni juga saya asyik terdedah dengan bengkel-bengkel pengurusan organisasi sama ada menjadi peserta bengkel mahupun pengendali bengkel ataupun menjadi brainstormer dalam brainstorm mengurus organisasi. Rasa seperti ingin terpecah kepala dengan pelbagai teori-teori pengurusan bermula dengan VMO,MBO,SWOT hinggalah ke teori keseimbangan,law of attraction dll, pening dengan pelbagai istilah seperti 4dx dalam pengurusan pelaksanaan strategik, celaru dengan macam-macam konsep vision centrix,konsep 165 dll.

Semalam saya dan suami di UPM mengendalikan slot pengurusan organisasi di UPM. Kita selalu terdedah dengan teori-teori pengurusan organisasi, tapi kita jarang nak menggunakan teori-teori tersebut untuk kegunaan pengurusan diri kita sendiri. Apakah Vision kita dalam hidup ini? Apakah Mission kita? Apa strategi-strategi yang kita gunakan untuk mencapai mission n vssion hidup kita? Apakah S.W.O.T diri kita?

Ibn Khaldun menyebut bahawa individu-individu akan membentuk sebuah masyarakat. Jika individu gagal untuk mengurus diri, maka apakah gagasan untuk membentuk sebuah masyarakat Islami dan organisasi yang hebat mampu tercapai. Imam Hassan Al-Banna juga menggagaskan pembinaan Fardi Muslim sebelum ke Baitul Muslim dan sebelum ke Mujtama' Muslim. Ternyata step pertama pembinaan diri ini sangat penting. Ramai dikalangan kita gagal mengurus dan membina diri.

Jika Yahudi Illuminati membuat perancangan sudah begitu lama untuk menguasai dunia, mereka cermat dan teliti merencana agenda, adakah kita yang menggelarkan diri sebagai pejuang Islam, tidak pernah membuat perancangan 'self projection' sendiri.

Sekadar sebuah tulisan catatan buat peringatan diri dan siapa yang sudi diperingati...

Catatan Lama, Kenangan EidulAdha

Kenangan pagi raya di Kedah

Saya rasa kita semua biasa menonton drama melayu di kaca TV yang memaparkan tentang konflik dan perselisihan yang berlaku antara suami dan isteri tatkala berdepan dengan Hari Raya. Puncanya mudah sahaja iaitu hendak beraya di kampung mana pada raya kali ini. Sama ada di kampung si suami atau si isteri. Kalau yang sudah tidak ada kampung kerana sudah kehilangan mak dan ayah ataupun kampung kedua-duanya memang di tempat yang sama, mudah kerjanya. Tak perlu berfikir panjang atau bergaduh bertengkar berjam-jam.

Saya dulunya selalu meremehkan aspek ini. Pada pemikiran saya suatu ketika dulu, kenapalah sampai nak gaduh-gaduh dengan hanya hal sekecil ini sekadar kes hendak beraya di kampung mana dulu. Bukanlah isu besar sangat pun, bukanlah beza sangat pun raya di mana-mana pun. Bincanglah elok-elok suami isteri. Nama pun suami isteri, takkan lah sampai tak boleh berbincang.

Suami dikerumuni anak-anak saudara. Ni baru suku dari jumlah keseluruhan anak saudara saya.Semuanya menyukai 'pakcik' mereka ini.

Tapi, bila terkena kat atas batang hidung sendiri, barulah saya tersentak, tersedar langit tu tinggi ke rendah. Benarlah fitrah manusia ni susah nak terasa melainkan bila dah terkena atas batang hidung sendiri. Macam dalam kes gejala sosial remaja kita yang tak pernah sudah, mahupun kes penderaan kanak-kanak dan wanita yang makin bertambah-tambah, susah kita nak merasa ‘keperitan’ nya. Kes kemiskinan tegar di Negara 1 Malaysia ini juga masih di tahap yang sama. Kita buat tak endah kerana bukannya kita yang merasa. Bukannya suami,isteri dan anak-anak kita. Bukannya adik beradik dan saudara mara kita. Kita bersaudara sesama Islam hanya teori bukan praktikal lagi.

Raya Haji yang lalu sekali lagi saya merasakan asakan perasaan bila berdepan dengan saat-saat perlu membuat keputusan hendak beraya di mana. Saya tidak ada masalah dengan keluarga mertua, malah saya sangat-sangat sukakan Kelantan. Saya rasa tenang berada di Kelantan. Namun, sebagai anak bongsu dalam keluarga saya, apatah lagi Raya Haji kali ni semua kakak-kakak dan abang akan beraya di Kedah kecuali kakak saya yang berada di Australia, hati saya meruntun-runtun nak beraya di Kedah juga. Kebetulan, di Kelantan juga ada majlis Kurban & Aqiqah akan diadakan pada hari raya pertama malamnya. Saya makin tak keruan.

Kenduri Korban & Aqiqah di Tumpat, Kelantan

Bukan mudah rupanya nak terima hakikat tidak dapat beraya di rumah dan kampung sendiri. Setelah hampir 23 tahun hidup, susah jugak rupanya nak beraya bukan di rumah sendiri, walaupun di rumah suami sendiri, rumah mertua. Saya pula ada sentimen 'kemanjaan' dengan keluarga sendiri yang agak lebih terutamanya mak ayah, makin sukar saya rasakan nak raya di tempat lain.

Perbincangan demi perbincangan bersama suami dilakukan. Dari Plan A sampai ke Plan D kami lakarkan. Namun, pada mulanya kedua-dua masih belum berpuas hati kerana masing-masing nak raya di kampung sendiri dengan alasan tersendiri!

Inilah sekelumit pengalaman realiti di alam perkahwinan yang saya hadapi. Walau berstatus Baitul Muslim, jangan impikan semuanya senang dan mudah seperti kisah-kisah dalam cerpen dan novel. Ada realiti tersendiri yang perlu kita hadapi.

Kenangan bermain bowling dengan semua ketujuh2 adik beradik suami saya. Seronok kami berentap sesama sendiri.

Akhirnya, setelah solat hajat & istikhorah dilakukan, kami mencapai keputusan sepakat untuk beraya di Kedah pada hari pertama raya dan pada tengahari tersebut bertolak ke Kelantan untuk menghadiri majlis di sana pada malamnya. Alhamdulillah, kami berpuas hati dan rumahtangga setahun jagung kami ini berjaya mengharungi konflik ini dengan sedikit ilmu pengurusan konflik dan bantuan serta petunjuk dari Allah S.W.T..

Sekadar sebuah catatan ringkas perjalanan realiti dalam rumahtangga. Siapa yang tak suka dengan tulisan genre sebegini, usahlah memaksa diri membaca. Saya menulis buat mereka yang mahu dan sudi sahaja.

Kenangan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat

Membersihkan Sawang


Subhanallah, saya hampir tak sedar rupanya sudah begitu lama blog ini tidak di update. Hinggakan saya sendiri segan ingin menatap blog ini. Ada juga yang bertanya, ada yang mengingatkan tak kurang juga ada yang merungut menyuruh saya update blog. Saya mohon maaf pada semua yang cakna pada blog srikandi ini atas kelemahan saya ini.

Entah alasan apa yang patut saya berikan. Saya malas nak mencari dan berfikir mengenainya. Yang pasti saya agak gagal mengurus masa sendiri. Itu saja.

Medium blog ini boleh dilihat dengan pelbagai persepsi dan tafsiran tersendiri mengikut kerangka pemikiran sendiri. Mungkin ada kalanya saya juga terasa bosan dengan blog ini. Adakalanya kecewa dengan blog srikandi ini yang tak mampu menjadi sebuah blog ilmiah yang pernah saya cita-citakan. Adakalanya kekangan masa membataskan. Adakalanya kekeringan dan kekontangan idea ingin mencoret apa. Saya bukanlah seorang penulis yang baik, saya masih dalam usaha meningkatkan mutu dan gaya penulisan. Saya rasa saya lebih baik dalam aspek bercakap dan kurang sedikit dari sudut penulisan. Allah S.W.T sudah kurniakan kepada setiap kita ini kelebihan dan kekurangan masing-masing.



BLOG DAN GERAKAN MUSLIMAT

Saya selalu menyebut dalam siri-siri perjumpaan saya bersama adik-adik muslimat pejuang di kampus UIAM dan juga di kampus-kampus lain termasuk matrikulasi bahawa blog ini adalah antara medium yang boleh digunakan oleh muslimat untuk mengasah bakat penulisan dan meningkatkan daya intelektual masing-masing atau 'tsaqafah' dalam bahasa harakinya.

Mungkin ada muslimat yang memang jenis susah nak menjadi ‘public figure’, tidak suka ke depan, malu untuk bercakap di khalayak ramai, rasa kurang yakin pada diri sendiri. Maka dunia blog adalah antara medium yang boleh digunakan sebagai first training ground untuk muslimat yang ada masalah sebegini. Dunia ‘senyap’ blog yang tidak memerlukan kita untuk tampil dihadapan khalayak, bercakap, berhujah dan memberi idea. Dunia blog begitu complacent untuk muslimat yang masih di tahap pembinaan tampil memberikan hujah dan pandangan dalam pelbagai isu dalam bentuk tulisan tanpa dikenali identiti mereka sekalipun. Blog juga boleh digunakan sebagai medan catatan nota-nota penting kehidupan yang significant untuk perjuangan.

Kita boleh mula belajar dan berjinak-jinak dengan isu semasa bila kita mula menjadi blogger. Janganlah hanya menjadi blog jumper yang suka singgah di blog-blog yang hanya bersifat catatan peribadi semata-mata, singgah dan jenguklah blog-blog politik dan ilmiah juga yang berjuta-juta wujud di laman maya ini. Mulakan sedikit demi sedikit, lama-lama akan terbiasa. Kita tidak akan biasa dengan perkara yang luarbiasa jika kita tidak cuba membiasakannya.

Walau ada dikalangan kita yang mungkin berpendirian blog ini tidak penting dan kita tidak perlu pun kepada blog ini untuk tingkatkan momentum perjuangan, terserahlah. Masing-masing melihat dari perspektif yang berbeza.

Ini adalah sebuah catatan nota penting buat saya untuk terus komited dengan dunia blog ini. Moga Allah tsabatkan kita semua dalam jalan perjuangan ini.



Wednesday, November 4, 2009

Suamiku Menggugat di QIYAMAH 2012


Alhamdulillah, disaat-saat peperiksaan akhir semester (Final Exam Sem 1 2009/2010) ini menjelma, saya masih diberi kesempatan untuk mengikuti beberapa program menarik bersama suami selain mengadap buku-buku dan nota-nota subjek yang menimbun.

Tanggal 2hb November yang lepas, saya telah menjalani satu kertas peperiksaan Administrative Law. Subjek kegemaran saya walaupun saya terpaksa melakukan pecutan terakhir last minute, namun Alhamdulillah dengan bantuan dari Allah S.W.T saya merasakan yang saya telah dapat menjawab dengan baik untuk subjek tersebut. Alhamdulillah. Bila saya menelefon mak saya pada petangnya, mak seperti selalu sentiasa mendoakan saya. Malah, saat saya menghadapi peperiksaan tersebut, mak dan ayah sama-sama membacakan Yaasin dan solat hajat pada malam sebelumnya. Ya Allah, betapa bertuahnya saya dikurniakan mak dan ayah yang cukup baik dan beriman, yang sentiasa mendoakan saya siang dan malam. Walau saya sudah bersuami kini, kasih sayang mereka tidak pernah berkurang buat saya. Ya Allah, saya cukup bersyukur. Berilah kekuatan pada saya untuk menjadi anak solehah mereka dan mampu membalas segala jasa mereka Ya Allah..

Malamnya saya mengikut suami ke UIA PJ kerana beliau dijemput untuk menyampaikan sebuah talk yang bertajuk "QIYAMAH 2012". Buat pertama kalinya dalam sejarah sepanjang saya mengikuti suami memberi kuliah dan ceramah, saya melihat kehadiran audiens yang begitu ramai. MasyaAllah. Terkejut saya pada mulanya. Sampai melimpah ruah di Dewan Malik Faisal Pusat Asasi UIA PJ pada malam tersebut.


Alhamdulillah, talk anjuran Persatuan Pelajar Pre-Sains @ PRESSS (Pre-Science Students' Society) tersebut berjalan lancar. Saya yang selayaknya dan sepatutnya dah boring mendengar ceramah suami saya ini tak berkelip mata pada malam tersebut. Saya terlalu asyik dan teruja dengan pelbagai video menarik dan pendedahan demi pendedahan tentang Iluminati yang disampaikan oleh suami saya. Tahniah buat Ust Syaari yang telah berjaya menyampaikan talk tersebut dengan baik setelah berpenat lelah membuat research 2,3 hari sebelumnya. Kalau nak tahu lanjut, nantikan posting suami saya di blog beliau nanti :-)


Terima kasih saya ucapkan kepada semua adik-adik tenaga penganjur pada malam tersebut. Terutama kepada 'kawan' baru saya, Kak Fi (Kak Safiyah) dan Kak Fatin, advisor PRESSS yang juga merupakan lecturer muda ni UIA PJ. Kepada adik-adik komiti yang telibat yang cukup baik melayan saya dan suami. Saya sangat-sangat gembira pada malam tersebut. Terima kasih sangat pada semua dan tahniah kerana berjaya menganjurkan sebuah program yang cukup menarik. Moga segala amal kita mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T.




Sunday, November 1, 2009

Usrah UZA Menyinggung Masa Depan Gerakan Islam Malaysia


Terima kasih buat semua ahli usrah UZA dan suami saya yang sudi berkongsi sesuatu yang sangat bermakna dalam membumikan tajuk usrah Fiqhul Waqi kali ini. Semoga perbincangan Fiqh Taghyiir yang dilakarkan Ustaz Syaari di papan putih tersebut memberikan makna yang besar dalam worldview perjuangan Islam kita di masa akan datang. Salam menggapai kecemerlangan Imtihan buat seluruh ahli usrah UZA.

Menokok nambah lakaran suami di papan putih

Gambaran besar perbincangan menyinggung pengajaran dari Bagan Pinang dan isu EGM

Mendefinisi akar masalah dalam gerakan

Jauhnya perjalanan perjuangan dan keperluan kematangan membaca politik di 'pertengahan' jalan

Risiko kesilapan perhitungan gerakan

"Social mandate" adalah mesej dari 3 peringkat dakwah Nabi

Finding di Bagan Pinang dan 'kesilapan' kita.

Sindrom yang berbahaya dalam strategi gerakan

Saturday, October 31, 2009

Nur Fatimah Pulang Ke Rahmatullah di Pangkuan Ibunya


NUR FATIMAH MILIK ALLAH

“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa di muka bumi dan tidak pula pada dirimu melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sungguh, yang demikian itu sangat mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) agar kamu tidak berdukacita terhadap apa yang luput darimu dan supaya kamu tidak terlalu bergembira terhadap apa yang Dia berikan kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Surah Al-Hadid : 22-23

“ Tidak ada satu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Surah at-Taghaabun : 11

“ Tidak ada seorang pun yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan : Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, Allahumma’jurnii fi mushibatii wa akhliflii khoirom-minha ( Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku ini dan gantilah aku dengan yang lebih baik darinya) kecuali Allah akan memberi pahala atas musibah yang menimpanya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik darinya.”

Muslim 2/233

“ Allah berfirman : “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang beriman jika Aku mengambil (mewafatkan) orang yang dicintainya di antara penduduk dunia ini, lalu dia mengharap pahala atas musibah ini kecuali syurga”

Al-Bukhari dalam al-Fath : 11/242

“ Rasulullah SAW berkata kepada seseorang yang ditinggal mati anak lelakinya, “ Apa kamu tidak suka bila kamu masuk salah satu pintu syurga sedang engkau mendapati anakmu itu sudah menantimu?”

Ahmad dan an-Nasa’i. Sanad sesuai syarat as-shahih serta ditashihkan oleh al-Hakim dan Ibnu Hibban. Lihat Fathul-Bari : 11/243


Ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith inilah yang sentiasa membantu kami tenang sepanjang tempoh Nur Fatimah di ICU dan melihat sendiri puteri kami berhenti bernafas.. Ibu ayah mana yang tidak sayangkan anaknya dan sedih melihat penderitaan kesakitan anaknya, namun janji-janji Allah yang sentiasa mendamaikan dan membantu kami tabah dan redha.. Syukur pada Allah yang memberikan kami kekuatan, ketabahan dan redha dengan segala yang berlaku..Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mendoakan kami..


PENGHARGAAN BUAT KELUARGA DAN SAHABAT

Kesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kaum keluarga, mak, mama, baba, abang2, kakak2, adik2, sanak saudara dekat dan jauh serta sahabat-sahabat dekat dan jauh atas segala bentuk sokongan, doa dan ziarah dari awal Nur Fatimah dimasukkan ke wad kanak-kanak, ICU dan sepanjang jenazahnya di Masjid UPM dan dikebumikan. Kami amat menghargai segala susah payah mak, mama, baba dan adik-beradik yang bersama-sama menjaga Nur Fatimah, mengalunkan bacaan Al-Quran untuknya, berulang dari Johor dan Pulau Pinang yang bukannya dekat untuk memberi sokongan, menjaga dan mendoakan Nur Fatimah, juga sanak saudara yang tidak putus-putus berziarah, membawa makanan kepada kami, membantu urusan jenazah dan sentiasa memberikan sokongan yang tidak mampu kami balasnya melainkan Allah sebaik2 Pemberi Balasan..

Kami juga sangat terharu dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan, datang berziarah, menelefon, SMS, memberi sokongan material dan emosi sehinggalah ke hari ini. Sukar untuk kami menyebutkan satu persatu nama sahabat kerana bimbang ada yang tertinggal, cukuplah nama sahabat2 semua berada dalam hati kami dan Allah akan membalasnya.

Begitu juga ucapan terima kasih buat pengurusan Hospital Putrajaya, Doktor-Doktor Pakar di Hospital Putrajaya, Hospital Kuala Lumpur, PPUM dan nurse yang sentiasa sabar dan berdedikasi dalam kerjaya dan membantu sepanjang merawat anak kami.


HARI-HARI YANG MENDEBARKAN

Sukar untuk saya mengingat kembali detik-detik penuh cemas dan mendebarkan, kerana pasti saya akan terbayang-bayangkan nya. Setiap kali sahabat dan sanak saudara bertanya tentang punca dan kejadian semasa berlaku dan pertanyaan-pertanya an mengapa, apa dan bagaimana, saya berusaha untuk menjawabnya sebaik mungkin walaupun di hati ini berasa tidak senang dan letih untuk menjawabnya lantaran berulangkali dan menyebabkan teringat perkara-perkara yang menyedihkan. Namun saya faham keprihatinan family dan sahabat-sahabat semua kepada kami.

Bermula dengan menghantar Nur Fatimah ke Nursery dengan gelak tawa yang cukup menghiburkan, mendapat panggilan dari pengasuh bahawa setelah lama menangis, tiba-tiba Nur Fatimah lemah, saya terus ke Nursery dengan linangan air mata dan melihat Nur Fatimah berda dalam dakapan owner Nursery yang sampai dahulu dari saya. Menyangka Nur Fatimah inginkan ibunya, saya terus mendakap dan ingin menyusukannya, namun takut di hati apabila Nur Fatimah tidak membuka matanya dan kejang seperti sawan dan terus menghantarnya ke Hospital An-Nur tempat kelahirannya dan dipindahkan ke wad kanak-kanak di Hospital Putrajaya lebih kurang pukul 3 petang Khamis 9 Oktober 2009. Sepanjang perjalanan ke Hospital An-Nur, saya tidak putus-putus membacakan Fatihah, Ayat Kursi dan ‘Bismillahillazi La Yadurru...’ kepadanya. Beberapa kali Nur Fatimah kekejangan di kereta dan juga di wad kanak-kanak walaupun telah dimasukkan ubat anti sawan. Setelah otak discan dan diambil air tulang belakangnya di wad kanak-kanak, dalam pukul 1pagi Jumaat, saya melihat wajah Nur Fatimah dan ketika itu tiba-tiba matanya terbuka dan kemudian tertutup, seolah-olah malaikat telah menjemputnya pergi, kemudian alat pengukur kandungan oksigen menunjukkan penurunan mendadak oksigen dalam badan namun kemudiannya normal.

Setelah nurse pergi, saya melihat kembali wajah Nur Fatimah, namun terkejut melihat tiada tanda-tanda pernafasan di badannya dan melihat mulutnya seperti menyedut udara. Saya panggil doktor dan doktor sudah ‘standby’ dengan ‘alat renjat’, namun tidak digunakan kerana setelah mengepam bantuan pernafasan, jantung Nur Fatimah kembali berdenyut. Setelah dimasukkan ke ICU, di luar ICU, suami mengangkat tangan berdoa dan saya mengaminkan dengan sedu sedan menangis.. “ Ya Allah, berikanlah yang terbaik untuk Nur Fatimah dunia dan akhiratnya, sekiranya hidup itu lebih baik baginya, Engkau sembuhkanlah Ya Allah, sekiranya kematian itu lebih baik baginya, maka Engkau bantulah kami untuk sabar dan redha” antara doa yang diingati.

“ Kita doa yang terbaik untuknya ya,” dengan mata merah, abang mengingatkan saya.. Benar, kekuatan abang menyebabkan saya berusaha untuk tabah dan redha..

14 HARI DI ICU

Sepanjang tempoh ini, perkara paling menakutkan kami adalah apabila berjumpa dengan doktor. Sejak dari mula lagi doktor telah mengingatkan dan memberikan segala sebab musabbab realiti agar kami bersedia.

” Nur Fatimah mengalami kecederaan otak yang sangat teruk. Dari scan kedua, memang nampak lebih teruk lagi. Mengikut pengalaman kami, dari dua kes terdahulu, memang berakhir dengan kematian. Saya minta maaf sangat, tetapi kami berusaha yang terbaik, memang kita perlu berusaha dan bersangka baik, dengan izin Allah ada miracle, tetapi kita perlu tahu juga realitinya mengikut ilmu perubatan.”

Bertanya kepada Doktor Arini, pakar kanak-kanak Hospital Putrajaya, pelbagai perkara, simptom, punca dan sebagainya, namun hakikatnya, benar semuanya adalah musabbab yang Allah berikan. ” Biasanya terjadi di nursery, mak ayah jangan salahkan diri, saya faham mak ayah risau, lagipun anak pertama, baby nangis banyak takkan terjadi kecederaan sebegini, biasanya terjadi dengan sebab goncangan yang kuat biasanya dengan sebab kemarahan, atau hayunan buaian kuat menyebabkan gegaran di kepala.” Air mata tidak boleh ditahan-tahan lagi untuk keluar kerana memikirkan takut-takut kesalahan saya menyebabkan Nur Fatimah begitu. Berulangkali Doktor menjelaskan kepada kami kerana berulangkali juga kami bertanya sama ada boleh tak terjadi sekiranya kerana berjalan jauh semasa raya, takut nur fatimah penat atau kerana banyak sangat nangis sehingga kata-kata orang menyebabkan kurang oksigen sampai ke kepala.

14 hari di ICU juga tidak putus-putus kami membaca Fatihah, Ayat Kursi dan Yasiin kepada Nur Fatimah dengan niat supaya menjadi penawar, syifa’ kepadanya, sehingga suami sempat bergurau, ”nanti kalau Nur Fatimah sihat, mesti dia dah hafal surah Yasin.” 14 hari di ICU juga, pelbagai masjid menunaikan solat hajat, sanak saudara dan sahabat pula tidak putus-putus berkunjung, terima kasih diucapkan. Setiap kali bertemu Nur Fatimah, hati rasa bersemangat kembali walaupun masih tidur. Ucapan kami tidak putus-putus pada telinga Nur Fatimah, ” Mama Baba sayang sangat pada Nur Fatimah, Mama Baba minta maaf segala salah silap mama baba pada Nur Fatimah ye, Mama Baba doakan yang terbaik untuk Nur Fatimah, Nur Fatimah bukalah mata, baliklah dengan mama baba kat rumah”Juga berusaha pelbagai perkara, selain ubat doktor, ubat-ubat lain yang dibenarkan juga beserta air zam-zam serta air penawar juga diberikan, berusaha sedaya mungkin kerana kita tidak tahu taqdir yang Allah tentukan padanya, harapan kami tentulah puteri Nur Fatimah sihat dan sembuh...

12 Oktober 2009 merupakan genap setahun pernikahan kami, namun Allah menguji kami dengan ujian berat ini, Nur Fatimah masih ’tidur’ di ICU. SMS baba pada kami : ”Abg dan Djah! Setahun berlalu abg dan Djah bergelar suami isteri. Sudah 3bulan menjadi ayah dan ibu kepada puteri Nur Fatimah. Ulangtahun abang dan Djah dikalong ujian dari Allah, putri cucu ba dan ma , ’tidur’ tenang. Luruh segala kudrat, kering air mata, sebak melanda jiwa, cucu ba dalam ujian Ilahi. Yang terdaya cumalah munajat yang sarat dengan hajat, agar Nur segera sihat. Abg n Djah, la tahzan! Ba, Ma dan adik-adik ucapkan ’tahniah’ sempena setahun berijab qabul. Kami terlalu sayang pada abang n kak Khadijah, dan sekuntum melur cantik, Nur Fatimah! Ba sebak dalam tangisan!”


3 Zulkaedah 1430H, 22 Oktober 2009, ALLAH LEBIH SAYANGKAN NUR FATIMAH

Pukul 4.30pagi Khamis, nurse di ICU call minta datang ke ICU, heartbit semakin menurun. Bergegas ke ICU, pukul 4.55 pagi, kami sampai dengan emak yang tidur bersama di rumah. Sesampainya di sana, heartbit dan tekanan darah semakin lemah. Kami berulang kali membaca Yasiin, Surah Al-Ikhlas, Surah Fatihah dan ayat Kursi serta membisikkan syahadah kepada Nur Fatimah. Benar, janji Allah pasti berlaku. Sesudah kami menunaikan solat Subuh, saya mohon pada Doktor untuk memangku dan memeluk Nur Fatimah, doktor izinkan. Dengan masih bantuan pernafasan di mulut, Nur Fatimah berhenti bernafas di pangkuan, sebagaimana kata doktor, lama-lama jantung tidak akan larat juga untuk mengepam walaupun ada bantuan pernafasan. Nur Fatimah ’tidur selama-lamanya’ di pangkuan mama bersama baba dan nenek. Air mata masih lagi laju seperti tidak mahu berhenti, namun mulut masih lagi membisikkan laa Ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah kepada Nur Fatimah. ” Tenanglah sayang, Allah lebih sayang pada Nur Fatimah.

” Itu yang terbaik pada Nur Fatimah, abang masih lagi ada Khadijah” kata-kata abang bagai menyimbah air di hati. Benar, apa yang berlaku, itulah yang terbaik untuk Nur Fatimah, dunia dan akhiratnya. Syukur pada Allah yang mencampakkan rasa ketenangan dan redha dalam hati sepanjang hari itu. Hati rasa puas dapat menjaga Nur Fatimah, dapat membaca Al-Quran bersamanya dan dapat mengalirkan susu di dalam badannya walaupun melalui tiub. Ketika mengambilkan wudhu’ ke badan Nur Fatimah selepas memandikannya, membasuh tangan Nur Fatimah sambil berkata dalam hati,” Nur Fatimah, nanti pegang tangan mama baba kuat-kuat ye sayang dalam syurga, tolong mama baba dapat sama-sama di syurga.” Ketika membasuhkan kakinya, ” Nur Fatimah, tunggulah mama baba sama-sama di syurga ya!”

Talkin yang baba baca di perkuburan menyebabkan air mata tumpah lagi, ”pasti cucu baba sedang bermain-main di syurga, jumpa tok ismail, tok piah.” begitulah yang selalu tok wan baba cakap. ”Title datuk dah ditarik balik nampaknya!”wan baba kata pada kawannya. ”Mak, cucu mak dah tinggal 8orang balik, ain je cucu perempuan mak” abang kata pada mak.

JAULAH PUTRAJAYA

Hari sabtu, 2 hari kemudian, kepala semakin lapang dapat berjalan-jalan sambil bergambar di putrajaya bersama baba,mama dan adik-adik. ” Kalau Nur Fatimah ada mesti dia yang jadi subject kita ambil gambar.”

Banyak benar pengajaran dan ingatan Allah kepada hamba-Nya yang sememangnya lemah ini, yang kadangkala melupaiNya. Nyawa kita berada dalam genggaman-Nya. Perlu sentiasa bertaubat lantaran kadang-kadang hati kita mungkin terlupa dengan kekuasaanNya, bangga diri atau takbur dengan pemberianNya, melupai bahawa Allahlah penjaga makhlukNya. Ujian Allah sebenarnya menjinakkan kembali hati dan menguatkan kembali rohani, moga-moga Allah mengampunkan segala dosa-dosa dan memberikan yang lebih baik lagi di kemudian hari..

”Nur Fatimah, mama baba sayang sangat pada Nur Fatimah, tapi Allah lebih sayangkan Nur Fatimah! Nur Fatimah tetap permata hati mama baba, anak sulong mama baba! Doakan mama baba dapat bersama-sama Nur Fatimah di syurga, jangan lupakan mama baba...”


Ya Allah, kami mohon yang lebih baik dari-Mu, Engkau yang Maha Mengetahui yang lebih baik dan terbaik, bantulah kami sentiasa mengingatiMU, mensyukuri nikmatMu dan memperbaiki amalan kami semata-mata keranaMU... Syukur padaMu Ya Allah kerana memberikan kami zuriat selama 108hari, menatap wajahnya, menyusukannya dan menjaganya, Maha Suci Engkau dan Maha Penyayangnya Engkau kepada hamba-hambaMu, pandanglah kami dan janganlah Engkau tinggalkan kami, bantulah kami dalam segala urusan kami, wahai Allah, Tuhan yang Maha Memberi..
Alhamdulillah. ...

Coretan Ukthi Khadijah binti Ismail

Monday, October 26, 2009

Tarbiah Berorganisasi (Laws Of Leadership) Dalam Maruf Club

Sebak juga hati saya tatkala Presiden Maruf Club (ketika itu), Faridzul mengumumkan secara rasmi 'dissolution of office bearers Maruf Club session 2008/2009' pada malam AGM Maruf Club Jumaat lepas. Saya tidak menyangkakan saya akan rasa sesebak itu. Rasa asakan di dada. Terasa macam tak percaya yang dah habis masa satu tenure kepimpinan MC. Terasa terlalu banyak lagi benda yang tak selesai, amanah yang tak tertunai, cita-cita yang tak kesampaian. Saat itu juga lah saya terkenangkan keadaan kita di akhirat nanti tatkala akan menyesal kerana tidak benar-benar beramal di dunia ini. Seperti firman Allah Taala dalam Surah Sajdah,ayat 12 :

"Dan, jika sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): "Ya Tuhan kami, kami Telah melihat dan mendengar, Maka kembalikanlah kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal saleh, Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin."

Apapun, setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNYA dapat jua saya dan sahabat seperjuangan yang lain menggalas amanah kepimpinan ini hingga ke akhirnya. Terlalu banyak pelajaran dan pengajaran yang telah saya perolehi.

Dahulunya Maruf Club bukanlah antara sasaran organisasi yang saya berminat untuk bergelumang di dalamnya. Tidak pernah berimpian untuk menjadi pimpinan Maruf Club apatah lagi untuk menjadi Vice President II, jawatan no.1 untuk bahagian muslimat@sister ini. Saya jauh lebih berminat dan cenderung untuk menimba pengalaman di Law Students’ Society (LAWSOC). Namun, ternyata percaturan Allah Taala dan keputusan syura itu jauh lebih baik dan berkat dari keinginan dan ‘projection’ saya sendiri.

Tarbiah berorganisasi ( Laws Of Leadership ) yang saya dapat sepanjang memimpin Maruf Club sesi kali ini cukup bermakna dan berbekas di hati saya. Semuanya menjadi pengalaman berharga, memori yang boleh dijadikan rujukan pada masa depan. Mungkin ini jugalah pengalaman terakhir yang mampu saya kutip dalam memimpin organisasi di alam mahasiswa ini. Antara ‘mutiara-mutiara’ berharga yang telah saya perolehi,

1. Pentingnya setiap pemimpin organisasi memahami grand design dan hala tuju organisasi yang dipacu
"Anyone can steer the ship, but it takes a leader to chart the course"- The Law Of Navigation
(The 21 Irrefutable Laws Of Leadership)

Sejak di awal tenure kepimpinan, kami bersama-sama meletakkan batu asas kepada gerakan Maruf Club. Kami mengimpikan agar Maruf Club mampu memainkan peranan seperti sebuah “Persatuan Mahasiswa Islam” yang komprehensif membawa ketiga-tiga elemen penting gerakan dari sudut tarbiah, dakwah dan siasah. Grand design tersebut kami mulakan dengan usaha untuk menaikkan nama Maruf Club di mata mahasiswa UIAM agar mereka ‘kenal’ siapa Maruf Club. Tekad kami agar mereka ‘kenal’ dan ada ‘persepsi’ yang baik terhadap Maruf Club. Sesudah mereka kenal, barulah mereka berhak untuk membuat keputusan samaada mahu menyokong atau menyanggah Maruf Club. Jika selama ini persepsi negatif yang membelengu mereka, maka wajarlah jika judgement mereka juga cenderung menjadi negatif. Betapa pentingnya untuk kita benar-benar ‘mengurus persepsi’.

Kami mungkin telah berjaya merintis sedikit ‘jalan’ kearah mencapai dream ini, namun kami tak berjaya untuk benar-benar melengkapkan aspirasi ini. Kami tinggalkan kepada kepimpinan baru untuk menganalis, seterusnya melengkapkan agenda ini andai dipersetujui.

Aspirasi dan dream ini perlulah dijiwai oleh setiap pimpinan untuk memastikan momentum kerja ke arahnya laju dan tangkas. Tetapi jika hanya dijiwai dan dirasai oleh 3,4 orang, agak lambat agenda ini mampu dijayakan.

President dan Vice President I MC sedang merenung 'dream' MC


2. Perlunya kepada kemahiran ‘public relation’ dan etika kerja professional yang amat baik
"People naturally follow leaders stronger than themselves" - Law of Respect

Menjadi pemimpin sebuah organisasi yang membawa agenda dakwah,amar makruf nahi mungkar seperti ini bukanlah mudah. Betapa setiap inci perkataan dan perlakuan kadang-kadang menjadi perhatian.Keperluan untuk menguasai kemahiran public relation dengan baik amatlah mendesak. Disinilah training ground yang cukup baik untuk menjadi future leader, negarawan yang boleh diterima oleh kawan dan lawan.

Dalam Maruf Club ini saya belajar untuk deal dan engage dengan pihak pentadbir UIAM terutama bahagian S-DEV (Student Development). Jika dulu saya bergelumang dengan kerja belakang tabir dan kerja pakai ‘jalan belakang’, kini saya ditarbiah untuk menjadi seorang professional dan perlu mengikut procedure dan formality tertentu. Kadang-kadang ‘rimas’ dan ‘letih’ juga. Tapi inilah antara mutiara berharga yang saya dapat. Bukan mudah untuk berurusan dengan pihak atasan, bukan mudah nak dapat kelulusan sesuatu program. Tidak semudah yang kita lihat dari jauh sebelum ini. Sebab itulah cukup penting untuk seorang mahasiswa yang bercita-cita untuk menjadi negarawan mendapat training ini agar mahasiswa yang dilahirkan bukanlah sekadar ‘jaguh kampung’ yang hanya mampu berpencak sesama sendiri di halaman kampung sendiri sahaja

Kenangan bersama seorang sahabat foreigner di booth MC

3. Kepentingan ‘brainstorming’ untuk kekalkan momentum
" Momentum is a leader's best friend"- The Law of The Big Mo

Saya merasakan sepanjang menjadi VP II Maruf Club ini, kami dikalangan mainboard MC lebih banyak mengadakan sesi brainstorming berbanding dengan formal meeting. Disinilah idea-idea dicambahkan, idea-idea yang tak relevan kedengaran, malah disini jualah tempat mendapat semangat kembali. Brainstorming ini menyebabkan program yang sebenarnya biasa menjadi luar biasa, pendekatan,approach yang baru dan fresh dilahirkan. Ada 2,3 program biasa Maruf yang kami re-branding contohnya seperti MC Open Day, MC Sport Day. Selalunya Faridzul lah initiator nya, selalu tempat pilihannya ialah di library UIAM :-)

Kenangan di MC's Open Day


4. Pentingnya ada golongan yang ‘idealis’ dan ‘realis’ dalam satu team kepimpinan
"Leaders find a way for the team to win" - The Law Of Victory

Saya secara peribadi merasakan bahawa ‘synergi’ yang saling melengkapi sangat penting. Dalam team mainboard kali ini, saya sebenarnya sangat bergantung kepada Huda, Asisstant Secretary Maruf Club yang juga merupakan teman rapat dan teman gaduh saya. Ini kerana bagi saya Huda merupakan ‘resource person’ yang sangat penting kepada saya dan juga kami di mainboard. Huda yang sudah cukup ‘menguasai’ susuk tubuh MC, menguasai segala jenis peraturan dan procedure dalam pengurusan MC cukup membantu kami. Beliau juga cukup ‘realistik’ dan praktikal. Beliau tak kesah walau terpaksa banyak melakukan kerja-kerja teknikal yang kadang-kadang tak semua orang sanggup buat. Selalunya beliaulah yang akan me’neutral’kan idea Farid dan saya yang kadang-kadang terlalu idealis. Seolah-olah ada banyak aliran pemikiran dalam team mainborad kami. Ini menjadikan ‘synergi’ yang agak baik. Terima kasih yang tidak terhingga buat Huda. Beliau yang paling banyak bertungkus lumus untuk MC kali ini.

Bersama Huda,Qayah dan Sulia di studio selepas penggambaran Exco MC


5. Persepsi yang orang dah kahwin tak mampu jadi pemimpin organisasi
"Leadership develops daily, not in a day"- The Law Of Process

Saya tidaklah mengatakan yang saya telah berjaya menunaikan amanah kepimpinan ini dengan baik dengan status dan kapasiti saya yang telah bergelar seorang isteri. Namun, saya berpuas hati yang saya telah cuba buat yang termampu. Mungkin ada juga yang tidak berpuas hati dengan komitmen saya, saya terimanya sebagai teguran membina. Ini merupakan satu percubaan saya, merintis jalan untuk membuktikan bahawa walaupun sudah berkahwin, saya masih boleh terus aktif berorganisasi. Kerana hakikatnya di luar nanti, itulah yang akan terjadi. Semua ada impian dan cita-cita untuk berkahwin, dan diluar sana nanti juga sudah pasti ada tanggungjwab dan peranan yang perlu disumbangkan kepada organisasi mahupun parti. Jika beralasan sudah berkahwin tidak boleh terlibat aktif, maka bagaimana di luar nanti? Adakah kita hanya ingin berjuang di alam kampus sahaja? Alhamdulillah, Allah beri saya kesempatan ini untuk melatih diri berdepan dunia realityi di luar kampus nanti. Terima kasih buat suami yang cukup memahami. Disinilah pentingnya pasangan yang memahami dan menjiwai.



Jika ingin dinukilkan, masih terlalu banyak pelajaran dan pengajaran yang saya dapat. Jika ingin dicoret kelemahan dan rasa tidak puas hati juga terlalu banyak sepanjang saya memegang jawatan dalam MC ini. Sebab itu rasa sebak dan sedih, rasa terlalu banyak kelemahan diri ini yang menyumbang kepada kelemahan dalam MC. Terutamanya bila 2 projek terakhir MC tak mampu dilaksanakan. Hanya Allah yang tahu betapa kecewanya diri ini.

Namun segalanya telah berakhir. Saya pasrah dan redho apa yang terjadi. Saya ambil kesempatan ini untuk menghargai semua insan yang telah bersama-sama saya memacu MC. Mereka juga telah banyak menagajar saya. Terima kasih buat Mr. Presiden yang dihormati, merangkap sahabat seperjuangan sejak di KISAS lagi, Faridzul. Ana doakan anta menjadi ‘negarawan sejati’ di masa depan nanti.Buat Huda yang terlalu amat banyak membantu,terima kasih sangat. Maaf banyak menyusahkan anti. Buat Zaki,Amin dan Suffian yang menjadi pelengkap team mainboard MC kali ini.Kalianlah agen ‘check n balance’ yang cukup significant dan efisyen. Tanpa kalian, tempang pengurusan MC.Tak dilupa untuk semua secretariat MC yang meng’hidup’kan MC kali ni. Fakhrul Zaki dan Ruqayyah, adik muakhahku Shahidat dan Ridhuan,Hafriz dan Kak Ida, Mun’em dan Sulia, Cikgu Helmi dan Suraya, Rauf dan Paji. Juga jutaan terima kasih dinukilkan buat semua orang kuat belakang tabir MC, Izzatie, Hafiz Basri, Nabilah, Ust Syuhadak, Tamim, Radziah, G.ah, Buyo, Hakimi, Fazilah, Busra, Huzaifah dan Maziyah.Semuanya komited melaksanakan jobscope masing-masing. Terima kasih atas segala kerjasama dan maaf atas segala khilaf. Juga tak dilupakan terima kasih yang tak terhingga kepada semua members MC yang menyokong MC selama ini yang tak mampu disebut nama kesemuanya disini. Moga semua memperoleh 'saham' masing-masing di akhirat nanti atas usaha dakwah yang telah dijayakan.

Bergambar kenangan terakhir di malam AGM MC

Akhirnya, salam perjuangan buat bakal pimpinan Maruf Club yang akan datang.Memetik kata-kata mantan Presiden MC, "Perjuangan wajib diperkemas".

"It takes a leader to raise up a leader" - The Law Of Reproduction
"A leader's lasting value is measured by succession"- The Law Of Legacy

Monday, October 19, 2009

Kisah Forum FEMINA 2009


Akhirnya saya kalah. Kalah pada suami saya sendiri. Walau penuh tekad dan azam saya bersemangat pada awalnya, namun patah semangat di penghujungnya. Jika tidak kerana suami saya, semangat saya untuk update blog akan terus berkubur kerana himpitan assignment dan exam. Bukanlah saya mahu katakan suami saya segala-galanya. Tapi, beliau berperanan cukup penting dalam hidup saya.

Sebenarnya, saya kalah dengan beliau dari sudut 'kecepatan' untuk hasilkan posting terbaru dalam blog berkaitan dengan aktiviti yang kami lalui pada hari Sabtu yang lepas. Kami terpisah berasingan tapi bersama di hati. Beliau mencabar saya, jom berlumba siapa paling cepat akan update blog. Saya semangat sangat pada mulanya, walau pada hari Sabtu tersebut saya tidak membawa digicam bersama kerana suami saya terlebih dahulu 'menyambarnya', saya mohon pertolongan adik Liyana dari UM untuk segera menghantar gambar-gambar saya melalui emel. Beliau menghantarnya segera. Terima kasih sangat dik. Tapi akak kalah ni. Huhu.

Sebenarnya, hari Sabtu yang lepas, saya dijemput untuk menjadi Moderator kepada salah satu forum yang dianjurkan dalam Festival Mahasiswi Universiti Malaya 2009 ( FEMINA 2009 ). Forum yang bertajuk "Wanita dan Realiti Di Malaysia" tersebut sepatutnya dikendalikan oleh seorang penceramah dan penulis buku motivasi terkenal, Saudara Ahmad Fadzly Yusof. Namun di saat-saat akhir beliau tidak dapat hadir. Setelah mencuba beberapa orang yang lain, akhirnya saya dijemput untuk menjadi moderator. Mulanya saya agak ragu-ragu nak terima, tapi setelah dipujuk dan disokong oleh suami, saya terima. Kira macam bidang terjun jugaklah saya ni. Sebab itulah lain macam sikit 'terjunan' nya.

Pada saya, saya sedikit kecewa dengan persembahan saya dalam mengendalikan forum pada pagi tersebut. Saya rasa saya boleh buat lebih baik dari itu sebenarnya. Walau saya tidak ada pengalaman sebagai moderator, tapi saya pernah menjadi ahli panel forum dan debator di sekolah dulu. Tapi, yang terjadi di forum tersebut tak menggambarkan yang sepatutnya,pada pandangan sayalah. Ada banyak faktor yang mempengaruhi semua itu terjadi. Antaranya mungkin kerana saya sebenarnya tidak pernah ada pengalaman menjadi moderator dalam forum seperti itu, apatah lagi dibarisi dengan panelis hebat seperti Profesor Madya Dr. Mariani Binti Md Nor (Pensyarah Fakulti Pendidikan UM) , Encik Kamal Affendi Hashim (Penganalisis Jenayah) dan Puan Norlina Alwi, (YDP Yayasan Darul Iman Malaysia). Saya jadi gugup.

Apatah lagi, semalaman tersebut saya tak berkesempatan untuk tidur kerana pada malam sebelumnya saya terpaksa menghadiri mesyuarat penting membincangkan bakal line-up kepimpinan Maruf Club yang akan datang yang mesyuaratnya hanya tamat jam 5 pagi. Sudah la saya kurang bersedia, saya pula tidak tidur pada malamnya. Sepanjang memandu ke UM pada pagi tersebut, rasa macam terawang-awang tidak jejak ke bumi. Saya bukan tak cukup tidur, tapi saya tak tidur langsung malam tersebut.

Hendak dijadikan cerita juga, saya mendapat emel dari pihak komiti program bahawa forum tersebut bermula pada jam 9.30 pagi. Jadi saya bertolak dalam pukul 8.45pagi dengan harapan sempat untuk interview para panelis dan bersedia sedikit sebanyak di sana. Ruapanya yang terjadi dan hakikatnya, forum tersebut patutnya bermula pada jam 9 pagi. Bila dihubingi oleh AJK program ketika saya dalam perjalanan, saya jadi semakin kalut dan gelabah. Saya cuba bertenang sedayanya. Sampai di sana, macam-macam perasaan ada dalam diri. Akhirnya saya menjerit dalam hati, "xpe, redah je ! Tawakkal ! ".


Begitulah lebih kurang pengalaman yang saya lalui. Penuh dengan pelbagai ragam dan rencam pagi tersebut. Dengan masa yang cukup sempit, cacamerba rasanya saya kendalikan forum tersebut. Tak terurus jadinya. Nasib baik ahli panel memang hebat-hebat belaka, sedikit sebanyak menutup kelemahan saya yang begitu major. Saya berazam dan berjanji dengan suami saya untuk buat yang terbaik, tetapi setakat itu sajalah yang saya mampu dengan pelbagai ujian teknikal yang melanda.

Petang itu saya agak 'down' sebenarnya. Tapi suami saya tak henti-henti memotivasikan diri saya, memberi semangat dan dorongan. Saya jadi sangat gembira. Pengalaman seperti ini cukup bermakna buat saya, banyak pengajaran yang saya dapat. Saya dalam usaha untuk membentuk diri, meningkatkan kualiti dan prestasi, justeru, saya tak boleh menyerah lagi. Terlalu banyak lagi benda yang perlu dipelajari dan diselami dirasai. Teringat saya pada satu kata-kata motivasi yang saya baca dalam buku muakhah saya, Shahidat.

"Do not just learn from experience, but learn POSITIVE"

Kalau saya sekadar nak ambil pengalaman, saya mesti rasa serik dah nak jadi moderator. Tapi, bila saya ambil semuanya sebagai sesuatu yang POSITIF, saya kembali bersemangat. Saya bukan sekadar nak jadi moderator, saya nak jadi ikon ORATOR terbaik muslimat suatu hari nanti !

Antara pengalaman berharga yang saya dapat dalam kenangan di forum ini adalah apabila dapat mengenali satu persatu personaliti panelis hebat yang terlibat dalam forum ini. Dalam bilik menunggu, saya mengenali dengan lebih dekat Dr Mariani, seorang pensyarah yang cukup hebat, cukup aktif menjadi mentor kepada PAKK ( Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak) di UM. Beliau juga beberapa kali telah muncul di kaca TV bercakap tentang psikologi. Beliau menceritakan bagaimana dengan keadaan beliau yang menghadapi masalah kesihatan, namun masih mampu cemerlang dalam pelajaran dan kini cemerlang dalam kerjaya dan rumahtangga.

Puan Norlina pula telah menyebabkan saya dan audience yang hadir menangis mendengar cerita beliau yang berusaha untuk membesarkan dan mendidik hampir 43 orang kanak-kanak yang merupakan anak kepada pesakit HIV AIDS. Ceritanya cukup sayu dan pilu. Saya terfikir betapa Agungnya Allah yang mengurniakan perasaan 'keibuan' yang sebegitu hebat kepada Puan Norlina. Disebalik pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada beliau, beliau terus tabah. Beliau minta kepada suami beliau untuk mengandung anak yang ke-6 semata-mata supaya beliau dapat menyusukan salah seorang anak pesakit HIV AIDS yang beliau pelihara yang ketika itu masih kecil. Begitulah 'kaya'nya perasaan Puan Norlina, hebatnya pengorbanan beliau.

En Kamal Affandi pula seperti yang kita kenal di kaca TV, memang pakar menganalisis jenayah. Dalam masa yang sama juga, beliau juga pakar membuat lawak. Di bilik menunggu, pecah perut saya dibuatnya. Cukup kelakar sampai saya terkonfius, betul ke dia ni penganalisis jenayah? ;-)


Di kesempatan ini, jutaan penghargaan dan terima kasih penuh kasih dan cinta buat suami tersayang yag terlalu banyak memberi tunjuk ajar, semangat dan dorongan. Saya cukup bertuah memiliki beliau. Pada saya, susah nak jumpa muslimin yang mengikuti jalan tarbiah ini, yang redho dan sokong isterinya menjadi 'public figure'. Suami saya bukan sekadar redho dan izinkan malah beliau kini sedang 'membentuk' saya ke arah itu. Kata-kata yang selalu dituturnya, "abg nak ayg jadi negarawan", "abg nak ayg jd hebat macam Senator Mumtaz". Ya Allah, kekalkan kami terus bersama dalam ketaqwaan dalam jalan perjuangan ini.

Tidak dilupa, khusus buat adinda saya yang saya yakin beliau juga bakal menjadi insan hebat di masa depan, adik Shah Rizul Ayuni Zulkiply, Pengarah FEMINA 09 merangkap Setiausaha MPPUM atas kesudian menjemput saya. Mohon maaf sangat atas segala kekurangan. Maaf juga kerana tidak mampu terlibat secara 'full' dalam FEMINA, tuntutan yg lebih awla mendesak. Saya sangat kecewa tidak dapat lama berada di FEMINA. Saya cukup-cukup menyanjung tinggi usaha yang telah dilakukan oleh semua pencetus idea dan penggerak FEMINA. Pada saya, ini sesuatu yang menakjubkan. Letak ketepi sebentar segala kelemahan, kerana yang dasarnya FEMINA cukup hebat.


Terima kasih juga pada sahabat seperjuangan yang disayangi, Izzatie merangkap Timb Pengerusi SIGMA kerana sudi menemani saya ke sana dan bersama-sama di FEMINA. Terima kasih juga kepada Kak Fasihah, Pengerusi SIGMA atas layanan yang diberikan.

Tidak dilupa kepada semua adik-adik penggerak FEMINA yang sempat kita berkenalan hari tu. Liyana, Iffah, Maryam dan ramai lagi yang tak mampu disebutkan semua. Alhamdulillah, memang cukup bermakna saya ke FEMINA.

Wednesday, October 14, 2009

Kuatkan Semangatmu Kak Khadijah, Ustaz Ramadhan...(edited version)


Tidak semua Baitmuslim dilalui dengan penuh kenangan manis. Kekadang ujian Allah datang dengan tidak diduga, penuh hikmah petanda Allah mahu melihat ketabahan hamba-Nya yang telah terbukti sebelum ini thabat dalam perjuangan gerakan Islam.

Idola saya dan suami, Ustaz Ramadhan Fitri bersama isteri beliau sedang melalui ujian Tuhan yang sangat mencabar. Ujian Baitmuslim seperti ini jarang kedengaran berlaku pada mantan ketua aktivis mahasiswa Islam yang "always walk the talk" dengan qudwah bukan sekadar di pentas aktivisme PMIUM-GAMIS-SMM, bahkan di pentas akademik pengajian Islam dan kerjaya perbankan.

Semoga Allah memberikan kesejahteraan kepada Nur Fatimah, cahaya mata kesayangan mereka yang baru berusia 3 bulan namun kini sedang koma ICU, Hospital Putrajaya sejak Jumaat lepas dan pernah berhenti bernafas seketika. Maklumat yang diperolehi Nur Fatimah mengalami pendarahan di otak akibat gegaran ketika dalam buaian di nursery An-Nur, Bangi.


15 Oktober 2009

Alhamdulillah, setelah 2,3 hari merancang, akhirnya pada petang tadi saya dan suami beserta sahabat-sahabat pimpinan UIAM sempat untuk bertandang ke Hospital Putrajaya untuk menziarahi sendiri anak Ust Ramadhan dan Kak Khadijah, Nur Fatimah.

Setelah suami saya mendapat sms dari Ust Ramadhan sendiri pada tengahari tersebut yang mengatakan anak beliau makin kritikal dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, kami terus bergegas ke sana. Alhamdulillah, perjalanan dimudahkan dan kami selamat sampai.

Di depan pintu ICU tersebut, Ust Ramadhan sedang berdiri melayani beberapa orang tetamu lagi yang juga datang untuk menziarahi anak beliau. Kak Khadijah pula sudah kelihatan agak letih dan penat, sedang duduk di bilik menunggu. Beliau kesejukan setelah beberapa hari berada di hospital tersebut.

Saya betulkan kenyataan yang saya buat sebelum ini yang saya mendapat maklumat bahawa Nur Fatimah mengalami pendarahan di otak akibat gegaran ketika dalam buaian di nursery An-Nur, Bangi. Bila ditanya sendiri pada Ust Ramadhan, sebenarnya doktor sendiri hingga ke saat ini masih tidak dapat mengenal pasti apakah 'punca' sebenar Fatimah yang sihat dan ceria pada pagi Khamis yang lepas ketika dihantar ke nurseri tersebut pada waktu pagi, tiba-tiba boleh mengalami kekejangan dan kemudian terus tidak sedarkan diri pada tengahari hari yang sama. Dalam masa 3 jam sahaja, Fatimah berubah keadaannya. Beberapa siri ujian yang dilakukan oleh doktor setakat ini, masih belum dapat mengesan punca sebenar apa yang terjadi kepada Nur Fatimah.


Cuma, setakat yang doktor suspek, Fatimah mungkin ada mengalami gegaran di otak sama ada akibat hentakan buaian yang kuat, atau goncangan yang kuat ketika didukung dan sebagainya ataupun kerana tersedak susu. Inilah antara maklumat yang kami perolehi ketika bersembang-sembang dengan ibu Ust Ramadhan sendiri merangkap isteri Ust Ellias Zakaria yang cukup kami kagumi.



Sama-samalah kita mendoakan agar Nur Fatimah selamat dan tabah menghadapi ujian sakit ini. Tubuh beliau terlalu kecil untuk menanggung kesakitan yang seperti ini. Pedih dan pilu hati ini melihat si kecil tersebut terlantar sakit, berwayar-wayar dicucuk ke sana sini di tubuh kecil beliau.

Moga Ust Ramadhan, Kak Khadijah, Ustazah Fauziah sekeluarga terus tabah menghadapi ujian ini. Saya secara peribadi amat kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh Kak Khadijah. Beliau nampak tenang dan kuat menghadapi semua ini. Teladan yang cukup baik telah beliau tunjukkan, mungkin inilah hasil tarbiah yang cukup kuat mengcengkam hati srikandi yang berjaya menawan hati Ust Ramadhan ini.

Saya dan suami cukup tersentuh dengan ziarah kami kali ini. Hanya Allah sahajalah sebaik-baik tempat pergantungan...