Di KISAS, semasa di tingkatan 5 saya mula menjadi naqibah yang lebih baik. Hasil tarbiah yang telah diterima semasa di tingkatan 4 mengajar saya beberapa perkara penting dalam menjadi naqibah dan mengemudi usrah dengan lebih baik. Ditambah dengan bantuan 'alat bantuan usrah' seperti silibus yang komprehensif, liqa penyelarasan nuqaba yang tersusun, adik-adik usrah yang memang 'telah sedia baik' menjadikan saya lebih mudah untuk mengendalikan usrah tersebut. Fatrah semasa saya menjadi naqibah di tingkatan 6 pula menjadikan saya lebih 'kaya' dengan pengalaman dari segi ilmu dan skill-skill mengendalikan usrah. Namun, saya masih dengan cara dan gaya tradisi usrah, terikat dengan silibus, terkejar-kejar nak habiskan usrah dan juga statik dengan cara usrah bulatan kat musolla dengan anak-anak usrah tersengguk-sengguk mendengar pengisian saya.
Di UIAM, awal2nya saya diberi taklifan memegang usrah untuk adik-adik generasi yang ke-4. Saya sangat bersemangat untuk melakukan banyak perubahan. Saya target untuk usrah saya kali ini ada kelainan. Namun usia usrah kami tak berpanjangan selepas pihak lajnah tarbiah seterusnya merombak usrah untuk menggunakan sistem baru untuk usrah. Tak banyak impak yang mampu saya beri kepada adik-adik usrah saya ini.
Kali ini, sekali lagi saya diberikan peluang. Dan kali ini semangat saya untuk benar-benar berperanan sebagai naqibah yang baik dan mengendalikan usrah ini sehingga mampu memberikan kesan yang mendalam kepada semua ahli usrah sangat berkobar-kobar. Malah saya meletakkan harapan agar usrah saya ini akan dirasai kehadirannya di peringkat UIA hingga ke peringkat nasional dan hingga ke peringkat negara juga. Kepala otak saya ni tak henti-henti asyik terfikir2 pelbagai step yang ingin saya ambil untuk mencorakkan usrah saya kali ini sejak dari pertama kali saya mendapat listname ahli usrah saya dari AJK Lajnah Tarbiah. Malah saya dengan semangatnya menulis kat atas listname tersebut, " This is MY BIG PROJECT ". Beberapa garis panduan penting yang telah saya letakkan dalam mengendalikan usrah kali ini antaranya ialah :
2) Usrah kami adalah usrah yang 'haraki' yang tidak statik yang akan sentiasa merintis jalan menjadi 'solution' kepada setiap permasalahan umat dalam UIAM mahupun di luar. Usrah kami adalah usrah yang sentiasa akan subur dengan sesi-sesi 'brainstorming', mencari idea-idea segar untuk ditawarkan. Usrah kami juga bersedia untuk menjadi tenaga kerja menggerakkan mana-mana program dalam UIAM mahupun diluar. Usrah kami menawarkan 'perkhidmatan' ini kepada semua.
3) Usrah kami akan melahirkan aktivis-aktivis intelek yang akan terus berjuang, berjuang dan berjuang. Budaya membaca adalah budaya yang paling penting dan utama dalam usrah kami. Akan lahir dari usrah kami ini, aktivis intelek yang bergerak berdasarkan daya intelektual yang tinggi.
4) Kami juga akan melahirkan pakar-pakar dalam bidang undang-undang, ekonomi dan bahasa arab yang akan mara ke lapangan umat dalam bidang seperti politik, keusahawanan (business) dan juga academician yang akan menjadi tempat rujukan umat.
5) Usrah kami akan menggunakan 'approach' yang pelbagai, unik dan kreatif demi meningkatkan potensi diri masing-masing dalam satu platform strategik yang bernama usrah.
USRAH PERTAMA ZAINAB AL-GHAZALI
I = Ikhtilaf
N = Nusus
A = Awlawiat
M = Muwazanat
P = Perubahan ( Taqhyir )
Alhamdulillah, tasawur awal yang diberikan memudahkan kami untuk menelaah satu persatu fiqh tersebut dalam sesi-sesi usrah selepas ini.
Usrah merupakan elemen yang sangat penting dalam susuk tubuh sebuah jemaah. Kata-kata seperti "Usrah Tunjang Tarbiah, Usrah Tunjang Jemaah" hanya akan sekadar menjadi teoritikal yang menarik ungkapannya tanpa ada satu usaha praktikal yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Justeru, testimoni yang terbaik pelaksanaan usrah itu mestilah dirasai oleh setiap individu yang mengikuti usrah. Naqibah pula berperanan penting mencorakkan usrah, menjadikan usrah lebih berkualiti dan bersifat komprehensif dan dinamik.
Sekalung penghargaan buat semua adik-adik usrah yang cukup saya sayangi. Moga kita mampu mencapai aspirasi dan golden dream usrah kita ini. Sesungguhnya kalian adalah insan-insan hebat yang terpilih untuk menjadi pejuang agama Allah dalam jalan perjuangan yang penuh liku ini. Moga kita dapat bersama-sama aman menikmati nikmat syurga di Sana nanti. Amin..
Sekadar sebuah perkongsian dalam pentarbiahan..













