Tuesday, March 31, 2009

Usrah Zainab Al-Ghazali

Usrah tepi tasik

Saya begitu excited apabila sekali lagi ditaklifkan sebagai naqibah setelah menempuh beberapa pengalaman menjadi seorang naqibah. Saya mula menjadi naqibah semasa berada di Sek Men Keb Agama Yan, kemudian di KISAS. Di SMKAY, saya menjadi naqibah yang ntah apa-apa. Sangat tidak tahu menahu apa yang ingin dibuat, ntah apa hasil usrah tersebut, saya pun tak tahu. Memori berkenaan seolah-olah tiada walaupun cuba saya recall sedaya upaya. Mungkin inilah testimoni betapa gagalnya usrah pertama yang saya pegang.

Di KISAS, semasa di tingkatan 5 saya mula menjadi naqibah yang lebih baik. Hasil tarbiah yang telah diterima semasa di tingkatan 4 mengajar saya beberapa perkara penting dalam menjadi naqibah dan mengemudi usrah dengan lebih baik. Ditambah dengan bantuan 'alat bantuan usrah' seperti silibus yang komprehensif, liqa penyelarasan nuqaba yang tersusun, adik-adik usrah yang memang 'telah sedia baik' menjadikan saya lebih mudah untuk mengendalikan usrah tersebut. Fatrah semasa saya menjadi naqibah di tingkatan 6 pula menjadikan saya lebih 'kaya' dengan pengalaman dari segi ilmu dan skill-skill mengendalikan usrah. Namun, saya masih dengan cara dan gaya tradisi usrah, terikat dengan silibus, terkejar-kejar nak habiskan usrah dan juga statik dengan cara usrah bulatan kat musolla dengan anak-anak usrah tersengguk-sengguk mendengar pengisian saya.

Di UIAM, awal2nya saya diberi taklifan memegang usrah untuk adik-adik generasi yang ke-4. Saya sangat bersemangat untuk melakukan banyak perubahan. Saya target untuk usrah saya kali ini ada kelainan. Namun usia usrah kami tak berpanjangan selepas pihak lajnah tarbiah seterusnya merombak usrah untuk menggunakan sistem baru untuk usrah. Tak banyak impak yang mampu saya beri kepada adik-adik usrah saya ini.

Kali ini, sekali lagi saya diberikan peluang. Dan kali ini semangat saya untuk benar-benar berperanan sebagai naqibah yang baik dan mengendalikan usrah ini sehingga mampu memberikan kesan yang mendalam kepada semua ahli usrah sangat berkobar-kobar. Malah saya meletakkan harapan agar usrah saya ini akan dirasai kehadirannya di peringkat UIA hingga ke peringkat nasional dan hingga ke peringkat negara juga. Kepala otak saya ni tak henti-henti asyik terfikir2 pelbagai step yang ingin saya ambil untuk mencorakkan usrah saya kali ini sejak dari pertama kali saya mendapat listname ahli usrah saya dari AJK Lajnah Tarbiah. Malah saya dengan semangatnya menulis kat atas listname tersebut, " This is MY BIG PROJECT ". Beberapa garis panduan penting yang telah saya letakkan dalam mengendalikan usrah kali ini antaranya ialah :

1) Usrah ini bermula dari tanggal pertama kami mulakan usrah dan tiada akhirnya hingga saat nyawa terpisah dari badan. Ikatan ukhuwwah antara kami, kekal hingga akhir hayat. Selamanya, kami adalah satu usrah.

2) Usrah kami adalah usrah yang 'haraki' yang tidak statik yang akan sentiasa merintis jalan menjadi 'solution' kepada setiap permasalahan umat dalam UIAM mahupun di luar. Usrah kami adalah usrah yang sentiasa akan subur dengan sesi-sesi 'brainstorming', mencari idea-idea segar untuk ditawarkan. Usrah kami juga bersedia untuk menjadi tenaga kerja menggerakkan mana-mana program dalam UIAM mahupun diluar. Usrah kami menawarkan 'perkhidmatan' ini kepada semua.

3) Usrah kami akan melahirkan aktivis-aktivis intelek yang akan terus berjuang, berjuang dan berjuang. Budaya membaca adalah budaya yang paling penting dan utama dalam usrah kami. Akan lahir dari usrah kami ini, aktivis intelek yang bergerak berdasarkan daya intelektual yang tinggi.

4) Kami juga akan melahirkan pakar-pakar dalam bidang undang-undang, ekonomi dan bahasa arab yang akan mara ke lapangan umat dalam bidang seperti politik, keusahawanan (business) dan juga academician yang akan menjadi tempat rujukan umat.

5) Usrah kami akan menggunakan 'approach' yang pelbagai, unik dan kreatif demi meningkatkan potensi diri masing-masing dalam satu platform strategik yang bernama usrah.

Ini adalah 'golden dream' saya kepada Usrah Zainab Al-Ghazali' yang sedang saya pacu kini. Impian ini sering saya war-warkan dalam usrah, moga menjadi satu doktrinisasi yang berkesan kepada semua ahli usrah saya. Kami akan terus memecut dan berpencak, demi mencari Mardhotillah.


USRAH PERTAMA ZAINAB AL-GHAZALI

Modul khas taaruf


Usrah kami yang pertama beberapa minggu lepas, saya mulakan dengan tayangan video istimewa berkenaan 'molekul air' untuk menjana pemikiran POSITIF. Selain kami bertaaruf, kami juga mendapat 'sentuhan istimewa' tasawwur awal berkenaan dengan silibus yang perlu kami aplikasi dalam usrah kali ini iaitu " 6 Fiqh Untuk Pendakwah " dari jemputan khas yang digelar "Guru Besar" oleh adik-adik usrah saya iaitu suami yang dihormati, Ustaz Syaari sendiri. Ustaz Syaari menadatangkan satu 'software' mudah untuk mengingat keenam-enam fiqh tersebut iaitu melalui software WINAMP.

W = Waqi'
I = Ikhtilaf

N = Nusus

A = Awlawiat

M = Muwazanat

P = Perubahan ( Taqhyir )


Buku 6 Fiqh yang menjadi silibus usrah kami

Alhamdulillah, tasawur awal yang diberikan memudahkan kami untuk menelaah satu persatu fiqh tersebut dalam sesi-sesi usrah selepas ini.

"Guru Besar"@ my hubby sedang membantu saya memberi pengisian dalam usrah

Adik-adik usrah Zainab Al-Ghazali khusyuk mendengar pengisian

USRAH KEDUA ZAINAB AL-GHAZALI

Usrah kedua kami lebih santai dan rileks, dibuat ditepi tasik di Convest Hill UIAM yang begitu indah bersama angin-angin sepoi bahasa yang cukup mendamaikan. Pengisian jugak agak santai apabila kali ini saya banyak menrangkan tentang aspirasi usrah kami ini beserta sedikit tasji' untuk sentiasa membudayakan budaya ilmu dengan membaca. Ada juga upacara pemberian slip exam sebagai simbolik watikah perjuangan dalam Final Exam yang akan bermula tak lama lagi.

Izyan sedang menerima watikah perjuangan @ slip exam

Seterusnya, kami meraikan birthday ahli-ahli usrah yang lahir pada bulan 3 dan sebelumnya. Terasa sungguh indah suasana usrah, dengan keceriaan yang cukup luar biasa. Saya sendiri sakit perut asyik ketawa dengan telatah adik-adik usrah yang unik-unik dan kreatif ini.

Maziyah mengetuai bacaan doa

Usrah merupakan elemen yang sangat penting dalam susuk tubuh sebuah jemaah. Kata-kata seperti "Usrah Tunjang Tarbiah, Usrah Tunjang Jemaah" hanya akan sekadar menjadi teoritikal yang menarik ungkapannya tanpa ada satu usaha praktikal yang bersungguh-sungguh untuk merealisasikannya. Justeru, testimoni yang terbaik pelaksanaan usrah itu mestilah dirasai oleh setiap individu yang mengikuti usrah. Naqibah pula berperanan penting mencorakkan usrah, menjadikan usrah lebih berkualiti dan bersifat komprehensif dan dinamik.

Adik-adik usrah Zainab Al-Ghazali yang disayangi

Sekalung penghargaan buat semua adik-adik usrah yang cukup saya sayangi. Moga kita mampu mencapai aspirasi dan golden dream usrah kita ini. Sesungguhnya kalian adalah insan-insan hebat yang terpilih untuk menjadi pejuang agama Allah dalam jalan perjuangan yang penuh liku ini. Moga kita dapat bersama-sama aman menikmati nikmat syurga di Sana nanti. Amin..

Sekadar sebuah perkongsian dalam pentarbiahan..

6 comments:

Ibnu Ahmad Zhaki said...

Ustaz Syaari dan Ustazah Syuhada memang orang Kedah ka?

USTAZAH-ENGINEER said...

akk suka sarankan budaya membaca di dalam usrah..tapi bagaimana ya nak kekalkan budaya membaca..seterusnya mengekalkan budaya membaca bahan2 bersifat intelektual..

Seni Islam said...

salam...bgs,,,kagum rasanya..wlwpun profile bbeza..tp pjuangan ttp sama...teruskan

NURUL said...

Ana je asal dari Kedah,ust syaari asal Kelantan..slm taaruf

NURUL said...

To : Ustzh-Engineer

Thanks kak sudi ziarah.ana pun br nak mulakan hidup budaya membaca ni dlm usrah.Antara yg ana wat kami ada sesi review buku stp kali usrah..slain 2 stp ahli kena report buku apa tgh bc kat ana.satu lg kena stiasa doktrinkan pasal kpntgn membaca ni stp kali usrah.pasal jenis bacaan yg lbh intelek,dlm perancgn ana,ana akan bg artikel2 penting utk adk2 usrah ana bc. insyaAllah,ada byk cara.jnji kita naqibah ni kena semangat n jgn cepat putus asa..

mutiara-solehah said...

salam k nurul, sy afifah, tmbln pengerusi jawatankuasa teman umk yang dtng mlwt ma'aruf club hr tu. Mabruk ukhti. 1 prkongsian y sngt menarik. Kalau diikutkan pngalaman sy, sy agk bermaslh dlm pengndalian usrh. Sms d mtrk sy prtama kalinya ditaklifkan sbg naqibah, hasil dr hanya 2 thn menyertai usrh sbg ahli di sekolah menjadikan sy msh kekontangan pengalaman u mnjadi naqibah. prjlnn usrh ketika itu sngt kaku dan hanya dpt menarik 2 ahli usrh shj y trs istiqamah dlm mengikuti usrh. itupun sy tidak istiqamah dlm mengadakan usrh. alhamdulillah.. bila msk umk, sbg 'anak sulung' umk sy sekali lg ditklfkn sbg naqibah oleh jawatankuasa. Dan kali ini sy sprti akak merasakan diz is 'The Big Projek' tetapi dsbbkn kekurangn pengalaman prjalanan usrah smcm ke arh merundum. bleh diumpamakn sbg tnm pokok y xsubur(biasalah bdk pertanian). Bila mmbc grs pnduan usrh drpd akak sy sngt trtarik u mnjadikan usrh sy seperti itu jg. sykrn kak ats prkongsian. antara mslh y dihadapi dlm usrh saya dan jg mngkn shbt2 lain di sini jg adalah pertamanya ahli usrh x istiqamah, sngt ssh mengumplkn kesemua y dpt hdr. keduanya, 2 orng di kalangan ahli usrh sy merupakan rumet dan jg rkn sekels, so ini mnjd kesukarn u mngajak mereka mengikuti usrh mngkin krn kami trlalu mengenali antra satu sm lain. ini jg brlaku pd rmai shbt2 sy di sini ssh u mngajak rumet or kwn baik sndiri mengikuti usrh @ mnghadiri prgrm2 surau, sdngkan orng y tidk berapa rpt bleh shj diajak. mnta pndangan dan prkongsian dr akak bagaimana u mngatasi masalah ini, adakah wajar menukar ahli usrh y merupakan rumet kita degn naqibah len?

p/s: akak, ini email sy ya kalau nk attach ap2 brkaitn dngn pengendalian usrah. layyinul_harir@yahoo.com