Tuesday, March 10, 2009

Weekend Yang Penuh Hikmah

Kalau hidup sebagai manusia biasa,hari minggu atau weekend merupakan hari-hari yang ditunggu-tunggu. Kalau bagi yang bekerja, hari minggu merupakan hari untuk beristirehat, masa untuk bersama keluarga setelah hari-hari yang lain penat bekerja. Bagi pelajar biasa pulak, hari minggu merupakan masa terbaik untuk sedikit relax, menyiapkan segala assignment yang diamanahkan, dan mungkin jugak masa untuk keluar berjalan-jalan, window shopping bersama rakan-rakan.

Namun, bagi pelajar dan isteri yang tak berapa biasa macam saya ni, hari minggu merupakan hari yang cukup pack dgn pelbagai aktiviti dan meeting yang hampir tak menang tangan nak menanganinya. Hari minggu lah hari-hari lambakan segala program dan meeting. Minggu ni tak terkecuali. Walaupun minggu ni saya ditaqdirkan Allah Taala tidak diizinkannya untuk bersama-sama sahabat-sahabat yang lain di program STIGMA anjuran HELWANI GAMIS yang pastinya cukup best, namun ada hikmah lain yang saya dapat disebalik ketidakmampuan saya hadir ke sana.

Program bersama adik-adik matrikulasi Nilai dan PJ pada hari Khamis dan Jumaat yang lepas, mengajar saya menjiwai sedikit sebanyak perjuangan tarbiah dan pengkaderan di matrikulasi tatkala saya tidak ditaqdirkan Allah menimba persediaan di matrikulasi sebelum menjejakkan kaki ke UIAM kampus Gombak ini. Di program matrikulasi Nilai, saya sekadar menemani suami yang memberi pengisian, namun di program matrikulasi PJ, saya diamanahkan untuk membentangkan satu slot khas selama sejam. Walaupun slotnya bukan slot utama, tetapi cukup untuk memberi saya sedikit pengalaman membentangkan satu tajuk baru dihadapan adik-adik pejuang Islam di matrikulasi yang cukup saya segani. Moga saya dapat terus improve segala kelemahan dalam pembentangan dan kuliah-kuliah lain dimasa akan datang.
Seterusnya, kami menumpang tidur di tempat program adik-adik PJ sahaja kerana nak terus stay di kawasan Kuala Selangor kerana pagi Sabtu tersebut kami ada satu slot ceramah bersama dengan adik-adik SMKA Kuala Selangor dalam Kursus Pembinaan Nuqaba anjuran Badan Dakwah mereka. Jejak kaki ke SMKA Kuala Selangor ini, apatah lagi apabila melangkah masuk ke dewan sekolah itu, benar-benar mengusik emosi saya kerana saya benar-benar terkenangkan bumi tarbiah,bumi ukhuwwah,bumi waqafan KISAS tercinta. Melihat wajah adik-adik di SMKA Kuala Selangor tersebut, saya terkenangkan adik-adik KISAS yang dirindui. Dah lama tak jejakkan kaki ke bumi tersebut. Moga ada kesempatan tak lama lagi untuk ke sana.

Di SMKA Kuala Selangor, saya membantu suami mengendalikan slot ice-breaking. Memang menjadi kegemaran saya mengendalikan slot santai sebegini. Rasa akan lebih dekat hati ini dengan adik-adik. Dalam sesi soal jawab, ada adik bertanya tentang satu masalah yang sedang dihadapi mereka dalam melaksanakan dakwah. Sama sebijik sepertimana yang pernah saya dan sahabat-sahabat pernah hadapi dulu di KISAS ketika memimpin BADAR di sana. Rasa ingin menitis air mata ini mengenang segala memori tersebut.




Tak dilupakan, hari Sabtu tengahari tersebut, kami dalam keletihan yang amat sangat, tetap juga menggagahkan diri menjalankan tanggugjawab sebagai rakyat Malaysia, sebagai orang Melayu yang cintakan Bahasa Melayu, kami bersama-sama turun ke jalanraya bersama ribuan rakyat Malaysia yang lain berdemonstrasi membantah pelaksanaan PPSMI. Dan buat pertama kalinya saya merasai demonstrasi yang paling ganas dalam sejarah demo-demo yang pernah dihadiri. Lebih dasyat dr demo BERSIH. Dan buat pertama kalinya juga, saya berdemo dengan suami disisi. Rasa lebih tenang dan selamat.

Ahad pagi pulak kami merentas kepekatan kabus pagi bergegas ke Sg Congkak kerana suami kena bagi pengisian untuk satu program Darul Quran. Patutnya saya tak ikut suami sekali kerana saya nak ke program STIGMA HELWANI, namun, melihat suami yang sudah tak mampu membuka mata kerana 2 malam tak tido, saya gagahkan diri,korbankan keinginan sendiri, bantu suami drive pergi dan balik ke Sg Congkak. Lagi satu pengalaman menarik apabila disana. Nak ke tempat program tersebut, terpaksa menaiki kenderaan lain dan terpaksa memakai kasut 'boot' kerana keadaan bukit yang sangat lecek kerana hujan.Memang menarik.

Hari Ahad petang, kami sekali lagi menghadiri satu program 'Pidato Kebangsaan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Shah Alam. Walaupun tiba agak lewat,tapi tepat dengan ucapan DSAI. Memang DSAI merupakan pemidato yang hebat. Kelebihan beliau, cuba bercakap dalam pelbagai bahasa ternyata satu taktik bijak mengambil hati pelbagai kaum yang hadir dalam sesi tersebut. Tak hairanlah mengapa PKR semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kini.


Sekadar sebuah lagi perkongsian hidup...

No comments: