Tuesday, September 29, 2009

Idulfitri Yang Bermakna

Set baju raya biru kami di hari pertama raya

Kembali ke Kuala Lumpur, mula menjalani rutin harian semula. Kelas, tutorial, meeting, program, uruskan Ma'ruf Club dan lain-lain..Namun, kenangan menyambut Aidilfitri pada kali ini sesekali menjengah benak memori. Mungkin boleh berkongsi sedikit pengalaman yang tersirat. Idulfitri kali ini sebagai seorang isteri, nyata berbeza sekali.

Lebaran Syawal yang penuh makna tiba juga, setelah sayu dan pilu terpaksa meninggalkan Ramadhan pergi yang kita sendiri tak pasti adakah akan bertemu lagi nanti. Dalam kesedihan ditinggal Ramadhan, tak mampu disembunyikan juga kemeriahan Syawal yang menggamit rasa. Apatah lagi raya kali ni terpaksa berkongsi kasih dengan 'orang baru', terpaksa juga balik ke 2 kampung berbeza negeri.

Mak ayah dan suami tercinta di pagi raya

Hasil dari 'perjanjian' yang telah termetrai awal-awal lagi, kami berhari raya di negeri Kedah tercinta pada kali ini. Namun, 3 hari sebelum raya, kami habiskan masa berpuasa bersama umi dan adik-adik di Kelantan. Moga umi tak terasa sangat kehilangan kami di pagi Syawal.

Umi, insan hebat yang terlalu istimewa, wanita tabah dan gagah yang menjadi inspirasiku setiap masa. Kalau sebelum kawin dulu, macam-macam cerita negatif dan positif yang saya dengar tentang karenah mak mertua dan keluarga mertua. Rasa seram sejuk je dengar cerita-cerita yang macam-macam. Drama kat TV pun tak kurang memaparkan pelbagai ragam dan rencam jalan cerita tentang mertua. Sikit sebanyak jadi takut nak kawin.

Kenangan bersama umi dan adik Hajar

Perkahwinan bukanlah sekadar penyatuan dua jiwa, tapi penyatuan dua keluarga, dua generasi yang berbeza. Konsep inilah yang sentiasa saya sematkan dalam diri sebagai bekalan menjalani alam rumahtangga. Terlalu amat penting untuk ada hubungan yang baik dengan keluarga mertua terutama ibu bapa mertua. Mak mertua ni tarafnya macam mak sendiri. Kena hormat dan sayang. Ini antara pesanan azimat dari mak kandung saya sendiri. Mak saya ibu saya, umi juga ibu saya. Sebelum berkahwin, eloklah berkenalan dan bertaaruf, jalinkan hubungan yang baik dengan bakal ibu bapa mertua. Ini antara persediaan penting demi keharmonian rumahtangga seterusnya. Mana mungkin rumahtangga kita tenang jika ada masalah dengan mertua. Kita bukan sekadar berkahwin dengan anaknya, tetapi juga ibu bapanya sekali. Dan untuk bakal-bakal isteri dan isteri, ranking kita jatuh no.2 disisi seorang suami setelah ibu kandungnya sendiri. Justeru, bahagiakanlah suami dengan membahagiakan ibu kandungnya.

Sempat ke Pantai Sri Tujuh di Kelantan

Itu cerita dan pengajaran di Kelantan, berpuasa bersama umi dan adik-adik. Sejak kawin ni, saya dapat 5 orang adik sekaligus :-) Di Kedah, tak kurang hebatnya juga kenangan di sana.

2 lelaki paling penting dalam hidup saya kini

Saya tak mungkin dapat mengharungi 1 Syawal tanpa mak dan ayah. Sebab tu awal-awal lagi dah berbincang dengan suami, buat proposal dan bagi faktor-faktor pendesak kami kena raya kat Kedah ;-) Alhamdulillah, malam 1 Syawal tersebut terlalu bermakna bila laungan takbir raya bergema dalam rumah kami. Bukan dari TV @ Radio, tapi oleh menantu-menantu mak saya dan anak-anak saudara saya yang lelaki. Memang telah menjadi kebiasaan dan rutin setiap kali raya, setelah solat Maghrib berjemaah, kemudian tunggu pengumuman Raya di TV. Setelah sahih esoknya raya, maka bergemalah laungan takbir raya di rumah secara manual. Didendangkan bergilir-gilir oleh semua menantu dan anak-anak saudara lelaki. Indahnya saat tu hanya Tuhan yang tahu. Apatah lagi pada tahun ni menyaksikan suami saya turut ada bersama bertakbir. Laungan takbirnya sayu, mungkin sedih tinggalkan Ramadhan, mungkin sedih teringatkan keluarganya di Kelantan.

Pagi 1 Syawal, ke masjid dan ziarah ke kubur. Kemudiannya agenda salam dan saling bermaafan bermula. Seterusnya, agenda ziarah menziarahi keluarga terdekat mengambil tempat.




Hari raya ke-3, kami kembali ke Kelantan. Walau suasana raya dah semakin pudar, namun event gathering family sambil bakar ayam memang sangat meriah dan happening.



Alhamdulillah, syukur padaMu Ya ALLAH..
Indah dan bermakna sungguh rayaku kali ini...


6 comments:

Anonymous said...

semoga akak beroleh ganjaran pahala drpd Allah swt

cahaya bisikan rahsia said...

SALAM ZIARAH YA UKHTI..
alhamdulillah..moga kebahagian kekal hingga ke syurga...

anna_humaira said...

gembira bila baca cerita kak nurul... semoga terus berbahagia ya kak... salam Aidulfitri maaf atas segalanya...(kisas_spm06)

khalati69 said...

Asskm, salam SYAWAL@ Aidul mubarak, moga kehidupan ini tidak melupakan kita tentang kehidupan di sana... moga kita tabah menghadapi apa jua mehnah kehidupan di samping keluarga tercinta.

Muhd Syafiq Mat Jap said...

warga UTHM mengucapkan jutaan terima kasih kepada kak nurul & abg syaari atas kesudian untuk penuhi jemputan kami tempoh hari meskipun persediaan kami taklah seberapa...maaf andai layanan yang diberikan tak memuaskan hati kak nurul dan abg syaari...

lawak jugak bila kena pindah dewan kuliah...asalnya kami hanya dapat tempah dewan yang kecil saja...Alhamdulillah,LCD rosak punya pasal,dapat pindah ke dewan yang lebih besar...betul la kan...Allah takdirkan begitu sebab Allah nak gantikan dengan yang lebih baik...Alhamdulillah =)

moga kak nurul berbahagia dan menjadi isteri solehah bagi seorang pejuang sehebat Al-Fateh...

Anonymous said...

ade tgk post before nih... ttg aper tah... gmbr suami ukhti minum air... die minum gune tgn kiri... seeloknye, ikut la sunnah R saw... gunelah tgn kanan... if tgn kotor pon, ape salah nye, cawan kan nak basuh nanti...