Wednesday, October 14, 2009

Kuatkan Semangatmu Kak Khadijah, Ustaz Ramadhan...(edited version)


Tidak semua Baitmuslim dilalui dengan penuh kenangan manis. Kekadang ujian Allah datang dengan tidak diduga, penuh hikmah petanda Allah mahu melihat ketabahan hamba-Nya yang telah terbukti sebelum ini thabat dalam perjuangan gerakan Islam.

Idola saya dan suami, Ustaz Ramadhan Fitri bersama isteri beliau sedang melalui ujian Tuhan yang sangat mencabar. Ujian Baitmuslim seperti ini jarang kedengaran berlaku pada mantan ketua aktivis mahasiswa Islam yang "always walk the talk" dengan qudwah bukan sekadar di pentas aktivisme PMIUM-GAMIS-SMM, bahkan di pentas akademik pengajian Islam dan kerjaya perbankan.

Semoga Allah memberikan kesejahteraan kepada Nur Fatimah, cahaya mata kesayangan mereka yang baru berusia 3 bulan namun kini sedang koma ICU, Hospital Putrajaya sejak Jumaat lepas dan pernah berhenti bernafas seketika. Maklumat yang diperolehi Nur Fatimah mengalami pendarahan di otak akibat gegaran ketika dalam buaian di nursery An-Nur, Bangi.


15 Oktober 2009

Alhamdulillah, setelah 2,3 hari merancang, akhirnya pada petang tadi saya dan suami beserta sahabat-sahabat pimpinan UIAM sempat untuk bertandang ke Hospital Putrajaya untuk menziarahi sendiri anak Ust Ramadhan dan Kak Khadijah, Nur Fatimah.

Setelah suami saya mendapat sms dari Ust Ramadhan sendiri pada tengahari tersebut yang mengatakan anak beliau makin kritikal dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, kami terus bergegas ke sana. Alhamdulillah, perjalanan dimudahkan dan kami selamat sampai.

Di depan pintu ICU tersebut, Ust Ramadhan sedang berdiri melayani beberapa orang tetamu lagi yang juga datang untuk menziarahi anak beliau. Kak Khadijah pula sudah kelihatan agak letih dan penat, sedang duduk di bilik menunggu. Beliau kesejukan setelah beberapa hari berada di hospital tersebut.

Saya betulkan kenyataan yang saya buat sebelum ini yang saya mendapat maklumat bahawa Nur Fatimah mengalami pendarahan di otak akibat gegaran ketika dalam buaian di nursery An-Nur, Bangi. Bila ditanya sendiri pada Ust Ramadhan, sebenarnya doktor sendiri hingga ke saat ini masih tidak dapat mengenal pasti apakah 'punca' sebenar Fatimah yang sihat dan ceria pada pagi Khamis yang lepas ketika dihantar ke nurseri tersebut pada waktu pagi, tiba-tiba boleh mengalami kekejangan dan kemudian terus tidak sedarkan diri pada tengahari hari yang sama. Dalam masa 3 jam sahaja, Fatimah berubah keadaannya. Beberapa siri ujian yang dilakukan oleh doktor setakat ini, masih belum dapat mengesan punca sebenar apa yang terjadi kepada Nur Fatimah.


Cuma, setakat yang doktor suspek, Fatimah mungkin ada mengalami gegaran di otak sama ada akibat hentakan buaian yang kuat, atau goncangan yang kuat ketika didukung dan sebagainya ataupun kerana tersedak susu. Inilah antara maklumat yang kami perolehi ketika bersembang-sembang dengan ibu Ust Ramadhan sendiri merangkap isteri Ust Ellias Zakaria yang cukup kami kagumi.



Sama-samalah kita mendoakan agar Nur Fatimah selamat dan tabah menghadapi ujian sakit ini. Tubuh beliau terlalu kecil untuk menanggung kesakitan yang seperti ini. Pedih dan pilu hati ini melihat si kecil tersebut terlantar sakit, berwayar-wayar dicucuk ke sana sini di tubuh kecil beliau.

Moga Ust Ramadhan, Kak Khadijah, Ustazah Fauziah sekeluarga terus tabah menghadapi ujian ini. Saya secara peribadi amat kagum dengan kekuatan yang dimiliki oleh Kak Khadijah. Beliau nampak tenang dan kuat menghadapi semua ini. Teladan yang cukup baik telah beliau tunjukkan, mungkin inilah hasil tarbiah yang cukup kuat mengcengkam hati srikandi yang berjaya menawan hati Ust Ramadhan ini.

Saya dan suami cukup tersentuh dengan ziarah kami kali ini. Hanya Allah sahajalah sebaik-baik tempat pergantungan...



6 comments:

Ukhti Nazihah said...

Innalillahiwainnailaihiraji'un
Moga keluarga beliau tabah dan banyak2 berdoa. Apa2pun, apa yang berlaku perlu dijadikan iktibar. Pihak pengurusan nursery perlu berhati2 terutama penjagaan bayi yg masih kecil. My personal advice to parents and becoming parents, better anak2 kecil hatta bayi tidak diajar tidur dalam buaian. Selain henjutan buaian boleh memberi kesan pada kepala yang masih lembut dan boleh menyebabkan gegaran otak (menurut beberapa kajian), tidur dalam buaian juga amalan kehidupan yg tidak efektif sbb anak2 akan terbiasa untuk tidur perlu dibuai, nnti jika balik kampung (contohnya) bila tiada buaian, bukankah menyulitkan ibu bapa dengan tangisan anak2. lagi isu, amalan pemakaian puting mulut plastik juga tidak sesuai. Asif andai tersilap. menyatakan berdasarkan pemerhatian dan penerokaan membesarkan adik ketika tingkatan 5. Apapun,ujian ini adalah takdir,moga terkandung hikmah disebaliknya. Allah bersama para sobirin. May Allah preserve lil baby.

الوردة الشوكية said...

Innalillahiwainnailaihiraji'un.

Perkara begini pernah berlaku kepada adik perempuan ana tetapi sewaktu itu adik berusia lingkungan 6-7 bulan. Adik kuat menangis dan baby sitter geram, jadi dilambung2 adik membuatkan pendarahan otak berlaku (TOLONG PESAN PADA KWN2 JANGAN LAMBUNG BABY). Sehingga kini (adik sudah berusia 13 tahun) adik slow, lambat faham dan perlu ulang berkali2 untuk fahamkan dia.

umi_sofea said...

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada keluarga ini untuk menghadapi ujian Allah. Sesungguhnya ujian itu adalah tarbiyyah efektif untuk manusia.

khalati69 ....indahnya hidup Fi zilli al Quran said...

Walaupun Ustzh tak mengenali pasangan baitu Muslim ini, Ustzh doakan moga mereka yang sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi apa jua kemungkinan, sesungguhnya ujian dalam kehidupan ini pelbagai bentuk dan coraknya. Yang penting kita kembalikan segala ketetapan Qadha dan Qadar kepada Allah. InsyaAllah Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang sabar.

Abu Abdullah said...

Salam... ana nak betulkan sedikit fakta... Mama Ustaz Ramadhan bernama Ustazah Rokiah Binti Abdul Aziz..

aNis hUmaiRa said...

innalillah..moga allah memberi kesembuhan kpd nur fatimah..dan ketabahan kpd keluarga ustaz..aminn