Friday, December 11, 2009

Catatan Lama, Kenangan EidulAdha

Kenangan pagi raya di Kedah

Saya rasa kita semua biasa menonton drama melayu di kaca TV yang memaparkan tentang konflik dan perselisihan yang berlaku antara suami dan isteri tatkala berdepan dengan Hari Raya. Puncanya mudah sahaja iaitu hendak beraya di kampung mana pada raya kali ini. Sama ada di kampung si suami atau si isteri. Kalau yang sudah tidak ada kampung kerana sudah kehilangan mak dan ayah ataupun kampung kedua-duanya memang di tempat yang sama, mudah kerjanya. Tak perlu berfikir panjang atau bergaduh bertengkar berjam-jam.

Saya dulunya selalu meremehkan aspek ini. Pada pemikiran saya suatu ketika dulu, kenapalah sampai nak gaduh-gaduh dengan hanya hal sekecil ini sekadar kes hendak beraya di kampung mana dulu. Bukanlah isu besar sangat pun, bukanlah beza sangat pun raya di mana-mana pun. Bincanglah elok-elok suami isteri. Nama pun suami isteri, takkan lah sampai tak boleh berbincang.

Suami dikerumuni anak-anak saudara. Ni baru suku dari jumlah keseluruhan anak saudara saya.Semuanya menyukai 'pakcik' mereka ini.

Tapi, bila terkena kat atas batang hidung sendiri, barulah saya tersentak, tersedar langit tu tinggi ke rendah. Benarlah fitrah manusia ni susah nak terasa melainkan bila dah terkena atas batang hidung sendiri. Macam dalam kes gejala sosial remaja kita yang tak pernah sudah, mahupun kes penderaan kanak-kanak dan wanita yang makin bertambah-tambah, susah kita nak merasa ‘keperitan’ nya. Kes kemiskinan tegar di Negara 1 Malaysia ini juga masih di tahap yang sama. Kita buat tak endah kerana bukannya kita yang merasa. Bukannya suami,isteri dan anak-anak kita. Bukannya adik beradik dan saudara mara kita. Kita bersaudara sesama Islam hanya teori bukan praktikal lagi.

Raya Haji yang lalu sekali lagi saya merasakan asakan perasaan bila berdepan dengan saat-saat perlu membuat keputusan hendak beraya di mana. Saya tidak ada masalah dengan keluarga mertua, malah saya sangat-sangat sukakan Kelantan. Saya rasa tenang berada di Kelantan. Namun, sebagai anak bongsu dalam keluarga saya, apatah lagi Raya Haji kali ni semua kakak-kakak dan abang akan beraya di Kedah kecuali kakak saya yang berada di Australia, hati saya meruntun-runtun nak beraya di Kedah juga. Kebetulan, di Kelantan juga ada majlis Kurban & Aqiqah akan diadakan pada hari raya pertama malamnya. Saya makin tak keruan.

Kenduri Korban & Aqiqah di Tumpat, Kelantan

Bukan mudah rupanya nak terima hakikat tidak dapat beraya di rumah dan kampung sendiri. Setelah hampir 23 tahun hidup, susah jugak rupanya nak beraya bukan di rumah sendiri, walaupun di rumah suami sendiri, rumah mertua. Saya pula ada sentimen 'kemanjaan' dengan keluarga sendiri yang agak lebih terutamanya mak ayah, makin sukar saya rasakan nak raya di tempat lain.

Perbincangan demi perbincangan bersama suami dilakukan. Dari Plan A sampai ke Plan D kami lakarkan. Namun, pada mulanya kedua-dua masih belum berpuas hati kerana masing-masing nak raya di kampung sendiri dengan alasan tersendiri!

Inilah sekelumit pengalaman realiti di alam perkahwinan yang saya hadapi. Walau berstatus Baitul Muslim, jangan impikan semuanya senang dan mudah seperti kisah-kisah dalam cerpen dan novel. Ada realiti tersendiri yang perlu kita hadapi.

Kenangan bermain bowling dengan semua ketujuh2 adik beradik suami saya. Seronok kami berentap sesama sendiri.

Akhirnya, setelah solat hajat & istikhorah dilakukan, kami mencapai keputusan sepakat untuk beraya di Kedah pada hari pertama raya dan pada tengahari tersebut bertolak ke Kelantan untuk menghadiri majlis di sana pada malamnya. Alhamdulillah, kami berpuas hati dan rumahtangga setahun jagung kami ini berjaya mengharungi konflik ini dengan sedikit ilmu pengurusan konflik dan bantuan serta petunjuk dari Allah S.W.T..

Sekadar sebuah catatan ringkas perjalanan realiti dalam rumahtangga. Siapa yang tak suka dengan tulisan genre sebegini, usahlah memaksa diri membaca. Saya menulis buat mereka yang mahu dan sudi sahaja.

Kenangan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat

8 comments:

panglima_khalid said...

as'kum..

weh bro... (sis la..) ... gua bertahun-tahun raya di perantauan tak kesah pun..

tengok2 nanti sama je konfliknye..huhu..

Nurul said...

ukhti fillah, bagus perkongsian ini..:)

perkongsian realiti sebgini akan banyak membumikan mereka yang tinggi angan2 bahawa baitul muslim impian mereka akan berjalan kudus *& mulus, sedangkan 'isukecil' tentang nak balik raya pun bisa jadi konflik suami isteri.

kita dah banyak 'isah2 jiwang' baitul muslim, perkongsian ttg konflik akan menjadikan pembaca dan akhawati yang dikasihi matang melangkah ke alam rumahtangga...

mmk said...

slm dear nurul..

heheh,tersengih plak baca ur post kali ni..sbb teringatkan kitorg berdua mcm nilah,dari plan A,plan B,sampailah ke berapa plan di susun,semuanya kerana nak bagi sama rata dpt raya kt mana..

as for me,really i tak kisah langsung utk raya rumah suami apatah lagi raya di Kelantan mmg lain feelnya(kan nurul?)..tp,being a first child and the only girl in family,membuatkan kita rasa mcm PERLU balik beraya dirumah sendiri (kedah).. apatah lagi both of us anak sulung dan kedua-duanya belajar jauh di bumi Mesir,setahun sekali je dpt pulang..

tp,itulah yg dikatakan kemanisan berumahtangga..xdela sampai nk perang pun,dingin sikit2 tu biasela kan,hehe..org putih kata,kalau ber'gaduh',biarlah 'gaduh' yg therapeutic.. mksudnya, lps gaduh tue, hubungan akan bertambah baik dan close between husband n wife..

apapun,updatela selalu(blog sndiri mls bukan nak main nk update huhu)..seronok baca ur fruitful life..smg dilindungi Allah selalu,ameen.. wallahu yusahhil..

p/s : kitorg br balik Turki this week..tgk kubu sultan muhammad fateh dan sejarahnya disana,really made me turned my mind on u..bila nak muncul Muhammad Fateh versi nurul ni..tak sbr nak dpt anak buah lagi =)

srikandiharakah said...

Srikandiharakah to Nurul

Syukran kak atas ziarah.Syukran juga atas komentar. Saya banyak tersentuh bila baca blog akak. Apatah lagi meneliti perjuangan akak dlm arena yg tak ramai wanita sanggup berdepan dengannya.

Salam ukhuwah kak :-)

srikandiharakah said...

Srikandiharakah to MMK

Thanks 4 d comment..rindunya ngan hang mursyid.teringin sgt nak cubit pipi balqis tu.

Hanya yg melalui akan benar2 memahami konflik sebegini kan ;-)

Bestnya gi Turkey..ya Allah. My hubby mmg dah fanatik ngan Turkey n Al-Fateh ni. Hope kami blh smpai Turkey nnt one day..

miss u..

kak nurul said...

Salam ukhuwwah :)

Mohd Mawardi b. Mohd Zain said...

Salam ukhuwwah..
satu perkongsian org yg sudah membina bait muslim..sbg ihtiat kpd org yg akn membina mait muslim..syukran

Anonymous said...

Salam..syukran ats prkongsian,sbg Ihtiat kpd mrk yg mahu membina bait muslim..syukran