Friday, December 11, 2009

Self-Projection


Ketika saya masih belum bergelar pelajar tahun akhir, saya telah mengikuti program-program yang disediakan untuk pelajar tahun akhir. Ketika saya masih berbaki setahun untuk graduate, saya telah mengikuti tamrin tahun akhir. Alasannya mudah kerana saya agak 'terlambat' berbanding dengan sahabat-sahabat lain yang sama batch dengan saya. Demi menjaga binding sesama batch, saya mengikut sahaja mereka.

Saya bukanlah pelajar UIAM yang datang dari Pusat Matrikulasi, saya adalah pelajar 'direct intake' (istilah di UIAM) untuk pelajar yang direct masuk ke Gombak tanpa perlu ke Matrikulasi. Ini kerana saya mengambil STPM di KISAS setelah tamat SPM di sana. Bila masuk ke UIAM, satu semester saya terpaksa ambil 'language' @ bahasa. Satu semester saya mendapat tarbiah 'bahasa' dalam siri manhaj pengajian di UIAM yang unik. Ini menjadikan saya agak 'terlambat' dari sudut pengajian berbanding dengan sahabat-sahabat saya satu batch yang lain. Saya merasakan satu kelemahan dan kekurangan pada mulanya, tapi kini saya terasa 'hikmahnya'.

Sebelum berkahwin, setelah confirm ikatan taqdim antara saya dan suami kini (bakal suami ketika itu), saya telah diasak oleh beliau untuk menyiapkan self projection saya sendiri 20 tahun akan datang. Terkial-kial saya membuat draf perancangan dari pelbagai sudut; karier, keluarga dan penglibatan dalam jemaah serta perjuangan. Saya yang baru bergelar peljar 1st year pada ketika itu, rasa kabur dengan masa depan. Tak tahu nak buat self projection macam mana, tak tahu hala tujuan dan impian hidup bersifat long term yang ingin dicapai. Blur. Sudahlah 2,3 kali self projection saya itu di'reject' kerana tidak bersifat specific dan measureable. Saya akur dalam protes ketika itu. Kini saya sedar betapa berguna dan bermanfaatnya self projection statement yang telah dibuat itu. Alhamdulillah.

Kini, ketika pengajian saya masih berbaki satu semester, Allah telah memberi saya peluang untuk terdedah dan terlibat secara langsung sedikit demi sedikit dengan realiti sebenar perjuangan di luar yang nyata amat berbeza dengan alam serba sempurna dan ideal dalam perjuangan kampus. Saya pernah terlibat secara tidak langsung dalam gerakan mahasiswa peringkat nasional satu ketika dulu, sedikit sebanyak membantu saya untuk cepat menyesuaikan diri bila mula terlibat dengan Nisa' Malaysia kini.


Dalam Nisa' Malaysia yang baru sangat saya melibatkan diri, saya rasa cukup teruja dan rasa seronok berjuang bersama sebuah team yang cukup bersemangat dan gigih melaksana agenda diketuai oleh Kak Rosni @ Dr. Rosni yang cukup dihormati. Walaupun dulunya saya ada sedikit persepsi yang Nisa' ni tidak sesuai untuk orang yang berfikrah apatah lagi pimpinan kampus, kini persepsi tersebut telah berubah. Apatah lagi Nisa' bakal melakar orientasi baru gerakan tidak lama lagi. Saya dalam Nisa' memegang Unit Muslimat Muda, khusus untuk training ground pemimpin pelapis dewan muslimat. Walau kewujudan dan core business unit ini masih di peringkat draf perancangan, saya bersemangat waja ingin menjayakannya. Apatah lagi sangat inline dengan suami saya yang kebetulan memegang jawatan sebagai Setiausaha, Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) Dewan Pemuda Pas Pusat. Mudah kerja kami berdua kerana masing-masing memegang portfolio yang hampir sama untuk Pemuda dan juga Dewan Muslimat. Darul Syuhada dan kereta al-Fateh kami menjadi tempat strategik untuk sesi pemyelarasan maklumat dan juga brainstorm.

Saya juga insyaAllah akan terlibat dengan satu projek Youth Parliament di bawah kelolaan Senator Mumtaz yang merupakan idola saya. Peluang yang Allah berikan ini cukup-cukup saya syukuri dan saya bertanggungjawab penuh untuk benar-benar itqan dan all-out untuk semua komitmen ini. Moga apa yang Allah telah taqdirkan buat saya adalah yang terbaik buat saya dan perjuangan Islam ini.

Bersama Ayong (SU Nisa' Malaysia) dan Kak Raihana (3N merangkap zaujah Ust Dzul Khairi) dlm satu event yang disertai Nisa' baru-baru ni.

Ternyata self projection yang telah saya buat telah dimudahkan oleh Allah S.W.T executionnya walau ada juga yang tersasar. Sekurang-kurangnya saya ada sebuah impian yang terlakar atas sebuah kertas buat panduan dan rujukan saya sendiri. Saya boleh sentiasa membuat retreat untuk memastikan saya sentiasa on track.

Semenjak 2,3 minggu ni juga saya asyik terdedah dengan bengkel-bengkel pengurusan organisasi sama ada menjadi peserta bengkel mahupun pengendali bengkel ataupun menjadi brainstormer dalam brainstorm mengurus organisasi. Rasa seperti ingin terpecah kepala dengan pelbagai teori-teori pengurusan bermula dengan VMO,MBO,SWOT hinggalah ke teori keseimbangan,law of attraction dll, pening dengan pelbagai istilah seperti 4dx dalam pengurusan pelaksanaan strategik, celaru dengan macam-macam konsep vision centrix,konsep 165 dll.

Semalam saya dan suami di UPM mengendalikan slot pengurusan organisasi di UPM. Kita selalu terdedah dengan teori-teori pengurusan organisasi, tapi kita jarang nak menggunakan teori-teori tersebut untuk kegunaan pengurusan diri kita sendiri. Apakah Vision kita dalam hidup ini? Apakah Mission kita? Apa strategi-strategi yang kita gunakan untuk mencapai mission n vssion hidup kita? Apakah S.W.O.T diri kita?

Ibn Khaldun menyebut bahawa individu-individu akan membentuk sebuah masyarakat. Jika individu gagal untuk mengurus diri, maka apakah gagasan untuk membentuk sebuah masyarakat Islami dan organisasi yang hebat mampu tercapai. Imam Hassan Al-Banna juga menggagaskan pembinaan Fardi Muslim sebelum ke Baitul Muslim dan sebelum ke Mujtama' Muslim. Ternyata step pertama pembinaan diri ini sangat penting. Ramai dikalangan kita gagal mengurus dan membina diri.

Jika Yahudi Illuminati membuat perancangan sudah begitu lama untuk menguasai dunia, mereka cermat dan teliti merencana agenda, adakah kita yang menggelarkan diri sebagai pejuang Islam, tidak pernah membuat perancangan 'self projection' sendiri.

Sekadar sebuah tulisan catatan buat peringatan diri dan siapa yang sudi diperingati...

9 comments:

Ustaz Nazmi said...

Salam ukhti...

Memang benar apa yang disampaikan... Perjuangan bukan dengan kata-kata.namun kata-kata tetap sebahagian drpad perjuangan..Kampus berada di zon selesa berjamaah yang mana ahlinya semua pelajar..namun di luar..ada peniaga..ada penjawat awam dll... sudah tentu ruang gerak kerja itu semakin anjal dan perlu ada give n take...

mImInazIra said...

salam kak syuh..

mimi nih...akak kenal lagi?..seronok baca blog akak...blog akak antara blog wajib yang mimi akan bc setiap kali mie on9..like it vmuch!!!

nukilan akak banyak mengingatkan mimi tentang kehidupan sebenar muslimah...tp mimi xpenah dapat capai tuh kak...xcukup baik kot...=(

seronok tgk khidupan akak...
btw...moge akak dan keluarga dirahmati Tuhan selalu..=)

izzatghazali said...

salam alaik kak~

nk tnya ni~ dr 1st year ea da kne bwt future plan 2?

then~ kak n suami mmg dr 1st year k?

ok~ sesi persoaln ditutup~

=]

MASYITAH MD.HASSAN said...

Selamat datang ke alam perjuangan Nisa' buat akk.. Sesungguhnya realiti sebenar sangat berbeza dengan idealis kampus.
kalau jumpa Dr.rosni kirim salam kat dia yer..dah lama sangat xjumpa shbt2 Nisa'..musim pregnant rasanya skang:)

mutiara solehah said...

salam k nurul, berkenaan "self projection". Sy msh kabur dlm merangka msa depan sekurang-kurangnya 10 thn akan dtng. sy juga tidak tahu bgaimana ingin mmbuat 'self projection' ini. Bleh k nurul bg tips atau panduan bagaimana ingin merangka self projection?

srikandiharakah said...

Terima kasih sgt2 pd yg sudi menitipkan komen. Terima kasih pada pndgn ust Nazmi.

Buat MimiNazira,terima kasih krn sudi membaca blog akak.Kita semua adalah muslimah dik,kehidupan kita kena sebagai seorang muslimah. Yg membezakan kita cuma iman taqwa. Akak doakan Mimi juga sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah..Mimi dah cukup baik :-)

To Izzat Ghazali,
Akak n suami mmg ada ikatan ms akak 1st year.Yelah dik,kami kawin masa akak 2nd year. Persoalan dijawab ;-)

To Mashitah,
Thanks n nnt akak smpaikan salam. Seronok berada dalam Nisa',tp lagi seronok kalau ada dewan muslimat muda nnt..

To Mutiara Solehah,
Tipsnya mudah je dik. Lakarkan dalam satu kertas apa yg ingin kita capai 10thn lagi dr sudut kerjaya,keluarga,dan penglibatan dlm perjuangan dll yg dirasakan perlu.Catatkan dengan spesifik.Jika mmpu,buat utk setiap tahun. Adik jgn rs benda ni susah,senang je,jnji kita buat.buat ikut format kita sendiri.Mcmana kita dok buat jadual kelas kita tu.mcm tu jugaklah kita merancang ms depan.Ada ms nnt akak posting lg ttg ni ye.si

mutiara solehah said...
This comment has been removed by the author.
mutiara solehah said...

sala k nurul, thanks a lot ats tipsnya.. :-). Erm, bgs juga kalo ad posting lnjutan tntng ni..

Izzah Solehah said...

Salam'alaik..apa yg kak nurul kate 2 mmg betul..

Sekadar berkongsi..ana join nisa' n dewan muslimat sblm mengenali J kat kampus..ana taw keberadaan J itu tp xtaw apa yg ad dlm J..bila berada n b'gerak dgn nisa n Dwm Muslimat t'lbh dahulu,ana merasakan satu culture shocked dlm dr..di kampus t'lalu bnyk teori hinggakan ana terasa seperti xnak t'libat..bila dipikirkan semula..ana kena seimbang kankeduanya kerana saling memerlukan..

apapun tahniah wat akak..muslimat perlu berada di hadapan sekarang ini..buktikan yg bila dah b'kahwin ini bkn satu penghalang u b'gerak aktif (kt2 mcm org da kawen je ana ni=))..tp itulah hakikat permasalahan yg dialami mslmt skrg..t'lalu ramai yg ke cundang..