
Ketika saya masih belum bergelar pelajar tahun akhir, saya telah mengikuti program-program yang disediakan untuk pelajar tahun akhir. Ketika saya masih berbaki setahun untuk
graduate, saya telah mengikuti tamrin tahun akhir. Alasannya mudah kerana saya agak 'terlambat' berbanding dengan sahabat-sahabat lain yang sama batch dengan saya. Demi menjaga binding sesama batch, saya mengikut sahaja mereka.
Saya bukanlah pelajar UIAM yang datang dari Pusat Matrikulasi, saya adalah pelajar '
direct intake' (istilah di UIAM) untuk pelajar yang direct masuk ke Gombak tanpa perlu ke Matrikulasi. Ini kerana saya mengambil STPM di KISAS setelah tamat SPM di sana. Bila masuk ke UIAM, satu semester saya terpaksa ambil 'language' @ bahasa. Satu semester saya mendapat tarbiah 'bahasa' dalam siri manhaj pengajian di UIAM yang unik. Ini menjadikan saya agak 'terlambat' dari sudut pengajian berbanding dengan sahabat-sahabat saya satu batch yang lain. Saya merasakan satu kelemahan dan kekurangan pada mulanya, tapi kini saya terasa 'hikmahnya'.
Sebelum berkahwin, setelah
confirm ikatan taqdim antara saya dan suami kini (bakal suami ketika itu), saya telah diasak oleh beliau untuk menyiapkan
self projection saya sendiri 20 tahun akan datang. Terkial-kial saya membuat draf perancangan dari pelbagai sudut; karier, keluarga dan penglibatan dalam jemaah serta perjuangan. Saya yang baru bergelar peljar
1st year pada ketika itu, rasa kabur dengan masa depan. Tak tahu nak buat self projection macam mana, tak tahu hala tujuan dan impian hidup bersifat long term yang ingin dicapai. Blur. Sudahlah 2,3 kali self projection saya itu di'reject' kerana tidak bersifat
specific dan
measureable. Saya akur dalam protes ketika itu. Kini saya sedar betapa berguna dan bermanfaatnya self projection statement yang telah dibuat itu. Alhamdulillah.
Kini, ketika pengajian saya masih berbaki satu semester, Allah telah memberi saya peluang untuk terdedah dan terlibat secara langsung sedikit demi sedikit dengan realiti sebenar perjuangan di luar yang nyata amat berbeza dengan alam serba sempurna dan ideal dalam perjuangan kampus. Saya pernah terlibat secara tidak langsung dalam gerakan mahasiswa peringkat nasional satu ketika dulu, sedikit sebanyak membantu saya untuk cepat menyesuaikan diri bila mula terlibat dengan Nisa' Malaysia kini.

Dalam Nisa' Malaysia yang baru sangat saya melibatkan diri, saya rasa cukup teruja dan rasa seronok berjuang bersama sebuah team yang cukup bersemangat dan gigih melaksana agenda diketuai oleh Kak Rosni @ Dr. Rosni yang cukup dihormati. Walaupun dulunya saya ada sedikit persepsi yang Nisa' ni tidak sesuai untuk orang yang berfikrah apatah lagi pimpinan kampus, kini persepsi tersebut telah berubah. Apatah lagi Nisa' bakal melakar orientasi baru gerakan tidak lama lagi. Saya dalam Nisa' memegang Unit Muslimat Muda, khusus untuk
training ground pemimpin pelapis dewan muslimat. Walau kewujudan dan
core business unit ini masih di peringkat draf perancangan, saya bersemangat waja ingin menjayakannya. Apatah lagi sangat
inline dengan suami saya yang kebetulan memegang jawatan sebagai Setiausaha, Akademi Kepimpinan Pemuda (AKP) Dewan Pemuda Pas Pusat. Mudah kerja kami berdua kerana masing-masing memegang portfolio yang hampir sama untuk Pemuda dan juga Dewan Muslimat. Darul Syuhada dan kereta al-Fateh kami menjadi tempat strategik untuk sesi pemyelarasan maklumat dan juga brainstorm.
Saya juga insyaAllah akan terlibat dengan satu projek Youth Parliament di bawah kelolaan Senator Mumtaz yang merupakan idola saya. Peluang yang Allah berikan ini cukup-cukup saya syukuri dan saya bertanggungjawab penuh untuk benar-benar itqan dan all-out untuk semua komitmen ini. Moga apa yang Allah telah taqdirkan buat saya adalah yang terbaik buat saya dan perjuangan Islam ini.
Bersama Ayong (SU Nisa' Malaysia) dan Kak Raihana (3N merangkap zaujah Ust Dzul Khairi) dlm satu event yang disertai Nisa' baru-baru ni.Ternyata self projection yang telah saya buat telah dimudahkan oleh Allah S.W.T
executionnya walau ada juga yang tersasar. Sekurang-kurangnya saya ada sebuah impian yang terlakar atas sebuah kertas buat panduan dan rujukan saya sendiri. Saya boleh sentiasa membuat
retreat untuk memastikan saya sentiasa
on track.
Semenjak 2,3 minggu ni juga saya asyik terdedah dengan bengkel-bengkel pengurusan organisasi sama ada menjadi peserta bengkel mahupun pengendali bengkel ataupun menjadi brainstormer dalam brainstorm mengurus organisasi. Rasa seperti ingin terpecah kepala dengan pelbagai teori-teori pengurusan bermula dengan VMO,MBO,SWOT hinggalah ke teori keseimbangan,law of attraction dll, pening dengan pelbagai istilah seperti 4dx dalam pengurusan pelaksanaan strategik, celaru dengan macam-macam konsep vision centrix,konsep 165 dll.
Semalam saya dan suami di UPM mengendalikan slot pengurusan organisasi di UPM. Kita selalu terdedah dengan teori-teori pengurusan organisasi, tapi kita jarang nak menggunakan teori-teori tersebut untuk kegunaan pengurusan diri kita sendiri. Apakah Vision kita dalam hidup ini? Apakah Mission kita? Apa strategi-strategi yang kita gunakan untuk mencapai mission n vssion hidup kita? Apakah S.W.O.T diri kita?
Ibn Khaldun menyebut bahawa individu-individu akan membentuk sebuah masyarakat. Jika individu gagal untuk mengurus diri, maka apakah gagasan untuk membentuk sebuah masyarakat Islami dan organisasi yang hebat mampu tercapai. Imam Hassan Al-Banna juga menggagaskan pembinaan Fardi Muslim sebelum ke Baitul Muslim dan sebelum ke Mujtama' Muslim. Ternyata step pertama pembinaan diri ini sangat penting. Ramai dikalangan kita gagal mengurus dan membina diri.
Jika Yahudi Illuminati membuat perancangan sudah begitu lama untuk menguasai dunia, mereka cermat dan teliti merencana agenda, adakah kita yang menggelarkan diri sebagai pejuang Islam, tidak pernah membuat perancangan 'self projection' sendiri.
Sekadar sebuah tulisan catatan buat peringatan diri dan siapa yang sudi diperingati...