YaALLAH,rindunya pada blog ini..

Posted by srikandiharakah Sunday, January 23, 2011
Ya Allah,saya sendiri sudah lama tidak membuka blog ini. Kalau diibaratkan sebuah rumah, bukan usang dah rasanya, mungkin telah terlalu rapuh strukturnya dan hampir roboh. Bila membukanya kembali, rasa sangat sayu dan sedih pula.

Suami saya dah lama asyik memerli, "blog orang tu tak habis-habis dengan Jom Bertadarus dengan Nisa' Gombak". Memang itulah posting terakhir saya bulan Ogos 2010 yang lepas. Telah beberapa bulan berlalu. Saya rasakan macam dah nak setahun pula saya tak menulis disini. Sampai passwordnya pun saya hampir terlupa.

Sepanjang saya mengandung, inilah kali pertama saya menulis kembali disini. Banyak perkara yang ingin dikongsi namun tak tertulis disini. Moga-moga catatan ringkas ini menjadi permulaan yang baik untuk saya kembali menulis disini. Saya tak kesah ada orang membaca ataupun tidak blog saya ini, yang penting moga ianya boleh menjadi memori catatan untuk saya sendiri dan memberi sedikit manfaat kepada yang masih sudi membaca.

Perubahan dalam hidup saya terasa begitu 'major' sejak saya mengandung. Masuk minggu ini minggu yang ke-22 saya mengandung. Ada perubahan fizikal dan perasaan yang saya alami. Namun, perasaan yang paling 'major' adalah saya sangat-sangat BERSYUKUR. Sangat BERSYUKUR dengan segala yang saya alami kini.

Ada 2 sifat yang saya cuba sedaya upayanya untuk pastikan melekat dan sebati dalam diri saya sejak mengandung ni. Sifat SYUKUR dan SABAR. Diambil dari hadis Rasulullah S.A.W :

"Sungguh, amat mengagumkan keadaan orang mukmin itu, karena semua urusannya itu baik baginya. Bila ia mendapat nikmat (kebahagiaan), dia bersyukur, maka itu menjadi kebaikan baginya. Dan bila ditimpah musibah, dia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya." (HR. Muslim).

Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang bersyukur dan bersabar..

2 Responses to YaALLAH,rindunya pada blog ini..

  1. izzatghazali Says:
  2. oh. ada orang lagi kat sini rupanya?

    hehe. kesibukan yang menghalang rutin penulisan dipenuhi kan?

    xp. disiplin menulis 2 bkn datang dlm sepuluh saat pun.

    jadi. sila pupuk semangat perkongsian anda balik ya? ni kne suruh motivator dlm rumah 2 bg pencerahan lg ni. hehe.

     
  3. bio_addict Says:
  4. nurul!merindui kamu banyak2..cerita r tentang pengalaman mengandung banyak2..nk kutip pengalaman ni..hoho~
    eh..malik hasan satu sekolah dengan kt r!

     

Album Srikandi

My Photo
srikandiharakah
Nurul Suhadah Hj Shuib, Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia. 013-3005986 mujahidah_waqafan@yahoo.com Dilahirkan pd tanggal 02 April1986 merupakan puteri bongsu kepada Haji Shuib bin Salleh dan Habesah bt Said.Mendapat pendidikan rendah di Pasti kemudian berpindah ke Pra Sekolah Sek Keb Simpg 3 Sg Daun, kemudian menuntut di SMKA Yan sehingga ting.3, bermukim pula di Kolej Islam Sultan Alam Shah sejak tahun 2002 hingga 2005 termasuk Ting. 6 STPM. Sekarang menuntut di Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Laws, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Bercita-cita untuk menjadi seorang SENATOR dan pengamal undang-undang yang pakar dalam bidang undang-undang Perlembagaan.Berazam untuk terus menjadi dai'e yang istiqamah dalam jalan perjuangan ini,membuat sebanyak mungkin amalan sebagai persediaan untuk ke negeri akhirat sana.Bercita-cita untuk mati syahid sebagai pengakhiran perjuangan menuju Mardhatillah.
View my complete profile

Nota Sesawang

Blog ini merupakan sebuah catatan laman peribadi yang saya gunakan untuk menulis beberapa memori episod kehidupan diri dan keluarga serta insan-insan yang terdekat bersama saya,pengalaman pahit manis yang telah dilalui dalam jalan dakwah ini. Pendekatan yang diambil lebih kepada perkongsian hati dari seorang insan yang telah dipinjamkan Allah untuk merasai nikmat bergelar seorang 'isteri' dalam jalan perjuangan ini.

Laman ini juga menjadi tempat untuk saya menyatakan aspirasi perjuangan saya dan pendapat-pendapat peribadi berkaitan dengan sesuatu isu khususnya isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang dan gerakan muslimat.

Blog ini merupakan sebuah laman perkongsian peribadi saya kepada sesiapa yang sudi mengambil sedikit sebanyak manfaat yang ada,juga menolak sebarang kelemahan yang juga ada. Sama sekali blog ini tidak mewakili pendapat dan pandangan sebarang organisasi dan juga pertubuhan yang saya sertai. Ini adalah blog peribadi.

Bacalah dengan mata hati, positif dan optimis. Salam perjuangan!

Baiti Jannati

Daisypath Anniversary Years Ticker