Sejak saya mengandung,selain selalu terkenang pada mak dan ayah atas pengorbanan mereka yang saya rasainya kini,orang yang paling banyak berkorban dan bersabar dengan saya adalah suami saya.Orang yang sangat tabah,redho berdepan dengan segala kerenah masalah fizikal kesihatan dan emosi spiritual saya yang sentiasa turun naik tidak stabil.Melihat suami saya mengingatkan saya untuk sentiasa BERSYUKUR pada ALLAH yang meminjamkan dia pada saya.Tak dapat saya bayangkan bagaimana isteri-isteri lain yang mengandung tanpa suami disisi.Mereka insan terpilih kerana saya tak mampu dan tak sekuat itu.Apatah lagi,yang termengandung tanpa suami.Apalah perasaan mereka,hanya Allah yang tahu.
Jutaan penghargaan buat suamiku tercinta dan juga suami-suami yang sabar menjalankan semua tanggungjawab mereka.








salam perjuangan..
moga Allah sentiasa menghadirkan kebahagian buat jiwa2 kita selaku hambaNya. (",)
Fi Amanillah... JAga diri dan kandungan baik-baik.. sambil menanti hari sambil mengisi ilmu keibubapaan... :)
salam ukhuwwah.. alhamdulillah, suami akak sentiasa di sisi.. saya akui, kandungan saya yang berapa minggu ini sgt terasa krn suami tiada di sisi.. masing-masing di pusat pengjian yg berbeza.. di tambah musim2 final exam ni.. mengharap suami bersama, tp apakan daya, masing2 bersama perjuangan masing2.. apapun, jaga kandungan baik2.. sama2 kita menjadi isteri yg solehah buat suami, ibu mithali kepada anak-anak, dan anak yg solehah buat ibu bapa kita.. =)
Salam Ukhuwwah..Moga sentiasa berbahagia bersama suami tersayang.. Terima kasih sebab sudi datang ke IPG KPM Melaka.. :)
bertuahnya isteri2 yg suaminya sentiasa di sisi ketika mengandung, melalui hari2 mengandung tanpa suami di sisi dan berulang alik ke klinik menjalani pemeriksaan sendiri dengan menaiki bas awam yg tidak seperti bas di KL, sangat mendidik jiwa akak.. Apa pun setiap dari kita mempunyai jalan tersendiri kerana pastinya tarbiyyah Allah kepada ketika mengikut kehendak dan caranya! Semoga terus sabar dan tabah untuk menjalani kehidupan dgn multi title and multitask :)