Monday, July 20, 2009

Bersama Buku-Buku...

Alhamdulillah, selama saya jarang menulis di sini, selain tumpuan kepada program-program Maaruf Club, saya mengembara jauh ke dalam buku-buku terbaru yang baru kami beli. Alhamdulillah, ada rezki lebih bulan ni, dapat 'shopping' buku-buku lebih sikit. Nikmatnya hanya Tuhan yang tahu.

Kali ini sasaran dan tumpuan kami adalah kepada buku-buku yang berbentuk dakwah dan tarbiah yang diterbitkan oleh pustaka-pustaka di Indonesia karangan penulis-penulis tersohor Indonesia. Kadang-kadang saya alami masalah juga membaca buku-buku dalam bahasa Indonesia ni, namun bila semakin biasa semakin seronok rasanya. Buku-buku keluaran Indonesia ni agak kreatif dalam persembahannya, tidak stereotaip dan tipikal. Malah kandungannya juga hebat-hebat, mengkaji persoalan dakwah dan tarbiah dari pelbagai aspek.


Sekadar berceloteh tentang buku-buku kali ini...

Antara buku-buku yang baru dibeli





2 comments:

ustazah-engineer said...

salam.

Maktabah di rumah akk, akk &suami menamakan Maktabah Nur Irsyad (Perpustakaan Nur Irsyad). InsyaAllah, lepas ini bercadang nak buat cop sendiri (cop semua buku dgn cop maktabah Nur Irsyad).

Akk pun ada beberapa buku dari Indonesia. Buku Quantum Dakwah & tarbiyyah pun ada juga. Cuma buku itu sudah lama dibeli oleh suami.
Yang terbaru buku koleksi Risale-i-nur karya bediuzzaman said nursi juga dlm terjemahan bahasa Indonesia. Memang menarik buku indonesia terutama perbendaharaan kata dan langgam bahasanya.

Ok, samalah kita. Suka borong buku sampai bila dah dapat buku baru, lupa buku lama. Akklah tu...

Ok,,,semoga terus berbahagia bersama suami dan buku & muhammad al-fateh nanti

NURUL said...

Thanks kak ats perkongsian. Maktabah kami nama PUSTAKA SYAARI NURUL. Kami dah wat cop and indeks buku-buku jugak. Ramai yang meminjam buku tapi tak pulangkan...huhu.byk hilang buku. jadi terpaksalah buat rekod. Mg nnt blh la kita tukar2 buku ;-)