Sunday, April 12, 2009

Catatan Seorang Isteri

Malam ini saya keseorangan di teratak indah no.36 yang kami namakan Darul Syuhada. Tempat kami beristirehat setelah penat berjuang, tempat kami menyemai kasih, melayari bahtera perjuangan baitul muslim yang baru 4 purnama cuma. Moga rumah ini yang masih kosong dari segala jenis perabot dan peralatan, akan sentiasa penuh dengan rahmah dan mawaddah dari Allah Taala. Moga barokahNya tumpah disini.

Malam ini saya kesunyian kerana 'another half of me' berada di Melaka. Hujan renyai-renyai diluar, saya di dalam asyik dengan berita-berita terkini, menjengah ke blog demi blog. Namun sebenarnya, masih belum dapat merawat rawan di hati. Tadi saya kepenatan berjuang di medan 'final exam'. Kembali ke rumah, saya sangat merindui seorang insan bernama 'suami'.

Suami di zaman 'kekurusan'

Saya mula mencari penawar untuk hati yang keresahan, motivasi buat diri yang lemah. Saya mula menaip di Google search, "Isteri Seorang Pejuang". Lalu, muncullah beribu-ribu entry dan website yang menanti untuk dibaca. Saya mula memilih-milih. Benarlah, teori yang selalu kita ucapkan tak semudah apa yang perlu kita praktikkan. Sebagai insan yang telah mula mengenal erti hidup berjemaah dan hidup berjuang ini sejak dari sekolah menengah lagi di bumi tarbiah, bumi waqafan tersebut, saya sudah lama menyimpan cita-cita untuk menjadi isteri seorang pejuang. Menjadi isteri solehah, sayap kiri perjuangan si suami adalah impian terindah sejak dulu lagi.

Saya menyimpan hasrat untuk menjadi isteri sesetia Khadijah, sebijak Aisyah, sanggup hidup susah seperi Fatimah, cintakan syahid seperti Sumayyah. Malah semasa di tingkatan 5 lagi saya telah khatam buku " Hari-hari Dalam Hidupku " karangan seorang wanita ikhwan yang menjadi idola saya, Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili. Semangat berjuang makin berkobar-kobar, cita-cita untuk menjadi isteri sekuat Zainab Al-Ghazali yang rela diseksa demi dakwah terpasak kuat dalam sanubari. Tatkala itu saya merasakan tak ada masalah langsung untuk melepaskan suami pergi berjuang, berjihad di jalan Allah Taala. Malah saya akan berbangga, pergilah hatta ketika di malam pertama sekalipun sepertimana yang berlaku dalam cerita agung tentang sahabat Rasulullah, Hanzolah yang meninggalkan isteri di malam pertama pergi menyahut seruan jihad dan beroleh syahid. Saya rela menjadi seperti isteri Hanzolah tersebut, rela ditinggalkan bila-bila pun, lama mana sekalipun hatta di malam pertama pun. Malah cita-cita saya juga hingga kini, inginkan semua anak lelaki supaya semuanya boleh dihantar untuk pergi berjihad hingga beroleh
gelaran syahid kesemuanya seperti Khansak.
Beliau merupakan ibu yang telah menyuntik semangat jihad kepada kesemua putera beliau untuk terjun ke medan perang. Akhirnya,kesemua putera beliau mendapat syahid di sisi Allah. Begitulah 'dream' saya dengan penuh semangat hasil dari tarbiah dalam jalan perjuangan ini.

Namun, itu semua baru retorik dan cita-cita. Angan-angan dan impian. Bila berdepan realiti, suami baru keluar untuk menghadiri program selama 3 hari, jiwa ini telah kacau terasa sunyi. Hidup terbayang-bayang susuk tubuh nan satu itu, hati gelisah menghitung saat bila dia akan kembali. Perasaan resah, macam hilang sesuatu yang cukup berharga. Tempat bergantung, tempat bermanja, tempat bergurau senda, tempat berkongsi masalah, tempat segalanya. Inilah kali pertama kami berpisah agak lama. Saya mula tersentak, mula merasai betapa sebenarnya 'aura' isteri seorang pejuang itu mungkin masih lemah dalam diri saya.

Saat ini saya terkenangkan bagaimana perasaan isteri-isteri yang ditinggalkan suami. Hatta isteri-isteri Rasulullah yang terpaksa bergilir-gilir untuk bersama Rasulullah turut merasa ditinggalkan suami. Isteri para sahabat agung yang ditinggalkan kerana pergi berjihad. Isteri pejuang-pejuang PAS, isteri yang berhormat-yang berhormat yang komited dan amanah dalam berjuang yang semestinya selalu ditinggalkan. Saya tersentuh membaca sajak karangan Ust Nasaruddin Tantawi yang didekasikan khusus buat isteri beliau. Sudah tentu isteri beliau selalu ditinggalkan demi perjuangan yang suci ini. Saya juga terkenangkan isteri-isteri tahanan ISA yang sudah bertahun-tahun terpisah dari suami mereka. Bagaimanalah perasaan mereka. Mesti 1000 kali ganda lebih perit dari apa yang saya rasa kini. Malah kawan-kawan saya ada yang berkahwin tetapi berjauhan dengan suami, mereka juga terus tabah menempuh taqdir hidup yang begitu.

Ada juga isteri-isteri yang terus tabah menempuh hidup setelah terpisah terus dari suami tersayang kerana suami pergi dahulu menyahut seruan Ilahi. Saya cukup mengagumi ibu mertua saya, ummi tersayang yang kematian suami tatkala beliau masih perlu membesarkan 8 orang anak yang masih kecil belaka. Betapa tabahnya hati seorang perempuan yang bernama ibu ini. Ada juga isteri-isteri yang terus hidup dengan bangga setelah kematian suami yang dijemput Ilahi dengan mendapat gelaran syahid. Saya membaca tentang Dr Rayyan, isteri As Syahid Dr Abd Aziz Rantisi. Seorang mujahidah yang telah melalui liku-liku perjuangan sebenar yang sebelum ini menjadi tunjang perjuangan suami beliau As-syahid Dr.Abdul Aziz Rantisi. Beliau yang dikenali juga sebagai Abu Muhammad telah diamanahkan mengambil alih tanggungjawab paling besar selepas syahidnya Syeikh Ahmad Yasin di bumi Al-Aqsa (Palestin) dan Dr Rayyan bersama perjuangan beliau hingga beliau syahid. Semangat dan ketabahannya sungguh luarbiasa. Saya juga membaca temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab, seorang pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israel. Beliau juga amat mengagumkan.

Dr Rayyan di tengah-tengah

Saya jadi semakin bersemangat semula untuk benar-benar menjadi isteri seorang pejuang. Saya mula membuka buku, bersiap sedia untuk menelaah pelajaran untuk exam yang seterusnya. Ingatan kepada suami, saya letakkan ke tepi, buang agak jauh. Saya ingin hidup sebagai seorang isteri pejuang, yang berbangga dengan perjuangan suami. Malah saya juga ingin jadi seperti Dr Rayyan, isteri As-Syahid Abd Aziz Rantisi dan saya juga ingin jadi lebih hebat dari beliau. Saya mendambakan bukan sekadar menjadi seorang isteri kepada As-Syahid, tetapi juga mendambakan gelaran syahid itu untuk diri saya sendiri.


Buat bakal-bakal isteri, bersedialah untuk jadi isteri seorang pejuang. Buatlah persediaan yang rapi kerana teorinya mudah, praktikalnya payah.

14 comments:

aKHie FirDaus said...

Alhamdulillah...moga jiwa seorang pejuang terus subur di hati kalian...Semoga bahagia dunia & akhirat (",)

Aesyahumaira said...

salamunaleik. MasyaALLAH...
ini bukan catatan seorg isteri yg biasa. penuh keazaman untuk meraih redha dan cintaNYA.
Semoga bingkisan rindu ini membibitkan lg semangat cintakan perjuangan buat insan lain yg bergelar isteri. TAKBIR!!

Aesyahumaira said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

baru lepas baca buku "Pemilik Cintaku Setelah Allah & RAsul" karya Fatimah Syarha... mmg best sgt....

hati menangis mengenangkan mampu kah diri ini menjadi isteri seorang pejuang.....

- hrp dpt brusaha mnjdi spt Qani'ah yg pribadinya turut mncontohi muslimat2 pejuang terdahulu. Dr Muslih jg yg sntiasa mahu mhidupkan sunnah Nabi dlm baitul muslimnya & mnjadi inspirasi buat smua..

Hafzi said...

teringat kata-kata seorang akak ni.

"kita kenal hebatnya al-ghazali,salahudin al-ayubi,hassan albanna.. tetapi jarang kita kenali wanita di sebalik hebatnya mereka. Ibu mahupun isteri"

Perjuangan seorang wanita tidak kurang sukarnya berbanding lelaki..
semoga thabat dalam perjuangan.


Kisas SPM2005

NURUL said...

To : Aesyahumaira

Trm ksh ats komen yg membina.dik,akak jwb soalan awk tu via emel ye after akak hbs final exam ni.tinggalkan emel adik ye.syukran (",)

Aesyahumaira said...
This comment has been removed by the author.
al-huda said...

assalamualaikum..
kak nurul yg saye kenal mmg seorg yg punya kekuatan sendiri..=)
moga akk terus kuat dan berjaya capai dream akk..
moga jadi mutiara buat perjuangan suami..(sebut mutiara,teringat bumi waqafan ;p)

salam sayang~

Siti Rogayah Bahari said...

nurul..
im proud to be your best friend!
dah lama nak ucapkan kata2 ni setipa kali lepas baca entry2 nurul..

doakan gayah jugak dapat ikut jejak nurul ya..walaupun gyh takla sehebat shbt gyh sorang ni..

nnt jemput dtg rumah ya nurul? nak ambik berkat kalian berdua sebagai pejuang2 islam..=)

syukran atas entry yg ckp menggugah hati ini..

-gayah-

uqailah.blogspot.com said...

salam..moga kita sama -sama thabatmenjadi isteri yang teguh berdiri di belakang suami bak kata2hukama'di sebalik lelaki yang hebat terdapat wanita yang hebat di belakangnya"

Kata-kata ini pernah di utarakan kepada isteri as Syahid Rantisi beliau menjawab wanita yang hebat yang berada di belakang AS-Syahid adalah Ibunya'

maka kesimpulanya moga kita jadi isteri berada di belakang suami begitu juga ibu yang berada di belakang anak-anaknya amin

Anonymous said...

Kehebatan Muslimah banyak terletak pada kesabaran,ketabahan...tahniah para isteri...

Atriza said...

Mabruk ya Ukht..

Menarik dan memotivasikan membaca di ruangan ukht yang ini.

Salam perjuangan.

DaYang Nur HasyimaH... said...

assalamualaikum...
sangat menyentuh bait2 kata juga semangat yang tertulis di laman ini...semoga akak trus tabah dalam m'hadapi liku2 hidup seorang isteri pejuang sehinggalah cita2 t'tinggi bertemu Rabbul Izzati tercapai...akak,adik nk tanya sedikit soalan kt akak...kak,ape pendapat akak kalo ada muslimin yang ingin melamar kita tetapi muslimin tersebut berlainan jemaah dari kita?adik nmpk dan merasakan ianya agak payah dan sukar kerana berbeza fikrah dan mayb blh jadi perselisihan yang berpanjangan..tp kak,mcm mn kalo itulah jodoh yang dah ditentukan utk kita oleh ALLAH?dan ianya mendapat restu kedua org tua kita?adik harap p'soalan adik ni akan dapat merungkaikan persoalan yg bermain di fikiran setelah sekian lama memikirkannya...
salam perkenalan n kasih sayang buat akak dari adik yg jauh nun di bumi gersang Sabah negeri di Bawah Bayu ini...
Wassalam...

USTAZAH-ENGINEER said...

assalamualaikum...

akk pun akan bakal berkahwin dengan seorang pejuang. Melihat situasinya sebelum ini yg sentiasa sibuk, akk rasa itulah keadaan yg bakal akn dihadapi ketika berumahtangga nanti.

Pada akk, cara nak menghilangkan resah dan 'lupa' tentang suami ialah menyibukkan diri sendiri dengan jemaah mahupun pgrm. InsyaAllah semoga sahabat yg kita temui ketika berprogram itu sedikit sebanyak mengubat kesunyian kita.

Akk teringat kata2 seorang kakak muslimat memperihalkan tentang suaminya yang sibuk. Dia kata "aku menginfakkan suamiku ke jalan Allah". Kita tiada harta yg banyak mahu diinfakkan. Anggaplah suami itu sebagai harta untuk diinfakkan.