Sunday, April 5, 2009

Sentuhan Seorang Isteri Bernama Rosmah

Dua tiga kali saya membaca entry terbaru suami tercinta, Hari Ini Aku Melihat Tuhan Dimana-mana ( Sebuah Catatan Matahati ), saya sangat suka kerana saya sangat tersentuh. Pelbagai episod perjuangan yang telah kami lalui bersama selepas perkahwinan ini, dan semalam merakamkan lagi salah satu episod indah dalam bahtera perjuangan kami.


Insan bersama 'suami' ini sebenarnya, cukup lemah bila berhadapan dengan seorang perempuan bergelar 'isteri'. Seorang perempuan yang telah 'halal' baginya, yang dikahwini dengan lafaz aqad yang mulia, yang menjadi tanggungjawab dan amanah dari Allah buatnya, dan apatah lagi jika isteri tersebut memang insan yang sangat dicintai dan disayanginya. Dalam perkahwinan itu ada rahmah, pada seorang isteri itu ada mawaddah. Malah ada satu 'kuasa ajaib' yang mampu menundukkan seorang suami. Jika seorang perempuan biasa pun dapat menundukkan seorang lelaki, apatah lagi seorang isteri.

Hatta Rasulullah sendiri pernah 'tunduk' kepada isteri-isteri baginda sehingga ditegur oleh Allah. Tercatat dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi. Allah lalu menurunkan firman Nya :

"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim :1)


Semua perasaan condong padanya, perbuatan harampun terjadi karenanya. Mengundang terjadinya pembunuhan, permusuhan pun disebabkan karenanya. Sekurang-kurangnya ia sebagai insan yang disukai di dunia. Kerosakan mana yang lebih besar daripada ini?

Begitulah Al Imam Al Mubarokfuri rahimahullah menjelaskan tentang bentuk bahaya fitnah wanita dalam Al Tuhfah Al Ahwadzi 8/53.

Rasulullah memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari sahabat Abu Said Al Khudri, beliau bersabda:

“Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, karena sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita”


Melihat perkembangan politik semasa, dengan kini Datuk Seri Najib Tun Razak rasmi menjadi Perdana Menteri kita yang ke-6, peranan seorang 'isteri' disebalik Datuk Seri Najib itu tidak boleh diremehkan. Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kedua Najib yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, bukanlah calang-calang orang. Beliau bukan seperti Tun Jeane yang suka berkebun, first lady sebelum ini. Bukan juga seperti Tun Hasmah yang bertaraf 'doktor' itu. Beliau lain dari yang lain.

Kisah tentang pembunuhan Al-Tantuya yang cukup menggegarkan Malaysia, turut dikaitkan dengan Datin Rosmah ini, bukan hanya Najib semata-mata. Tujuh akhbar negara asing turut melaporkan berita tentang penglibatan Najib dan Rosmah dalam pembunuhan tersebut tanpa ada satu tindakan saman pun dari Najib sendiri. Beliau terus berdiam diri dengan sekadar berbentengkan sebuah penafian yang pernah dibuat dahulu kala. Walaupun kini isu tersebut hangat dimainkan dalam kempen-kempen pilihanraya di 3 Bukit yang bakal berlangsung 7 April ini, Najib dan Rosmah terus diam, mungkin sedang bergembira dan berbahagia setelah berjaya menjadi Perdana Menteri dan 'First Lady' Malaysia. Bayangkan jika benar seorang wanita seperti Rosmah tersebut sememangnya terlibat dengan pembunuhan kejam yang turut membunuh seorang wanita, bagaimanakah 'perasaan' dan 'peribadi' first lady Malaysia yang seperti ini? Tergamakkah seorang wanita muslim melakukan perbuatan kejam seperti itu terhadap wanita yang lain? Yang bernama wanita diluar sana saya yakin dapat menyelami perasaan ini lebih mendalam kerana kita merasai betapa 'halusnya' perasaan seorang wanita itu sepatutnya.
Rosmah juga dalam banyak laporan dalam internet terkenal dengan perangainya yang memang suka bermewah-mewah, bermegah-megah dengan segala kemewahan dan kekayaan. Tempat shopping wanita ini adalah di luar negara dengan barangan-barangan yang dibeli hampir mencecah ratusan ribu ringgit. Malah dalam satu laporan, ada yang menggelarkan beliau sebagai 'Imelda Marcos Malaysia' kerana tabiat suka membeli-belah yang membazir.

April tahun lalu ketika mengikuti Najib ke pameran Biotech di Boston, Rosmah singgah ke Los Angeles untuk membeli belah pakaian, kasut dan alat2 mekapnya.

"Amat memeranjatkan menurut pegawai2 Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang terlibat dalam rombongan tersebut memaklumkan sebanyak lapan buah kereta diperlukan untuk mengangkut 74 beg barang yang dibeli oleh Rosmah," kata Saifuddin Nasution, Pengarah Strategik PKR dalam satu laporan.

"Di Boston pula setelah meninjau toko2 kelas atasan, Rosmah memaklumkan kepada pegawai terbabit, beliau memerlukan 15 buah kereta untuk membawa beg2 barangan yang dibelinya," katanya.

Saifuddin turut mendedahkan sewaktu misi kerajaan ke Jepun, Rosmah tinggal bersama Najib di President Suite, Hotel Imperial Tokyo dengan keluasan bilik tersebut ialah 3,000 kaki persegi. tetapi keesokan hari Rosmah mendakwa tidak dapat tidur kerana mendapat tahu ada bilik yang lebih luas iaitu 4,000 persegi daripada bilik yang diduduki bersama suaminya itu.


Sebelum ini, Rosmah juga pernah mengundang kontroversi dengan aksi manjanya dengan pelakon Bollywood yang mendapat kritikan dan teguran pelbagai lapisan masyarakat yang kecewa dengan sikap isteri pemimpin nombor dua negara ketika itu yang tidak menjaga batas2 agama dan memalukan imej seorang wanita muslim.Sewaktu Anugerah Filem India Global (GIFA) 2006 pada 9 Disember tahun lalu yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil menyaksikan Rosmah selaku penaung festival berlaga pipi dengan aktor kacak Bollywood, Salman Khan.

Inilah antara cebisan beberapa perkara menarik berkenaan Datin Seri Rosmah Mansor, 'first lady' kita sekarang. Perkara-perkara yang disebut di atas, bukan menjadi rahsia lagi. Bukan saya mahu mengungkit kisah-kisah lama, sekadar satu paparan, gambaran yang agak negatif tentang Rosmah. Saya tidak nafikan, mungkin ada banyak lagi jasa-jasa positif, peranan dan sikap baik Rosmah yang tidak saya paparkan.

Rosmah, sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri kita sekarang sebenarnya banyak mempengaruhi Najib dalam membuat keputusan. Jika kita terus mencari maklumat-maklumat dalaman berkenaan kes Al-Tantuya tersebut, kita akan dapat lihat dengan jelas peranan Rosmah kepada Najib. Beliau sebenarnya boleh terus menerus 'mempengaruhi' Najib dalam membuat keputusan-keputusan besar untuk negara. Malah tak mustahil, dalam kabinet Najib yang bakal diumumkan tidak lama lagi juga mungkin boleh turut menerima 'sentuhan', seorang isteri bernama Rosmah.

Disebalik pelbagai laporan dan persepsi negatif terhadap Najib dan Rosmah ini, saya masih meletakkan harapan agar kedua-dua insan penting yang sedang memacu pemerintahan dalam negara kita kini mampu berubah, terutamanya Rosmah. Kerana tak mustahil, dengan kuasa seorang 'isteri' tersebut, beliau mampu untuk merubah Najib.

Najib mula melakukan 'perubahan' setelah bergelar Perdana Menteri dengan membebaskan 13 orang tahanan ISA dan menarik semula penggantungan akhbar Harakah dan Suara Keadilan. Walau banyak pihak yang mengatakan ini sekadar satu 'gimik' memancing undi dan sokongan untuk 3 pilihanraya kecil yang bakal diadakan, saya masih boleh melihat positif dari sudut impak kepada tahanan-tahanan ISA yang telah dibebaskan tersebut dan juga manfaat dari akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang sudah tidak digantung. Saya masih menunggu, adakah ramalan yang dibuat oleh suami saya bakal berlaku atau tidak. Adakah Najib akan juga turut menghapuskan PPSMI? Pelbagai desakan, tekanan, memorandum, demonstrasi telah dilakukan untuk PPSMI ini. Namun, masih belum ada tindakan. Adakah Tun Lah dan Najib menunggu hingga Najib menjadi Perdana Menteri untuk memansuhkan PPSMI ini demi menarik kembali sokongan rakyat dan juga bukti 'perubahan' yang dibawa bawah pemerintahan Najib kini? Sama-sama kita nantikan.


Buat Datin Seri Rosmah, mainkan lah peranan sebgai seorang isteri yang baik dengan baik. Suamimu kini sedang berada di puncak, mainkan perananmu sebagai sayap kiri perjuangan suamimu, juga sebagai ibu, 'first lady' kepada semua rakyat Malaysia. Buat teman-teman pembaca wanita yang lain, yang sudah menjadi isteri, mari kita mainkan peranan sebagai seorang isteri, srikandi perjuangan suami. Yang bakal bergelar isteri, bersedialah dengan bekalan-bekalan untuk menjadi isteri, kerana dalam satu hadis Rasullullah, baginda menyebut :

" Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). "


12 comments:

.:Khalifatun Khairiah:. said...

salam kak..

sama-sama kita doakan, mudah2an "FIRST LADY" kali ni mampu berjimat cermat dan tak menggunakan duit rakyat pada jalan yang silap..

muga penyakit wahan dapat dilenyapkan dalam diri seorang yang bergelar manusia..

wallahua'lam..

Anonymous said...

rosmah memang terkenal kerana suke berpeluk dengan lelaki2 ternama..seperti lee chong wea.. Ya Allah jauhkan negara ini daripada malapetaka.

Anonymous said...

kupasan yang amat menarik. Tahniah.

Anonymous said...

salam kak..menarik betul kupasan akak..lembut,,tapi menusuk dalam bangat..

Anonymous said...

Kupasan yang tidak berhati-hati. A few allegations are made baseless. Does not portray how a student activist should write!

NURUL said...

To : Anonymous (latest)

I think i'm write on another perspective especially pasal peranan isteri n wanita yg boleh 'menundukkan' seorang suami.I try to make it very 'soft'.I think I already made 'exemption clause' to every facts that i have mentioned.
Anyway,I really appreaciate your comment and reminder.Thank you very much.Student activist never stop learning.

me_imtiaz said...

tiba2 sedih bila pak lah ltk jawatan..huhu..:(

Me said...

A student activist should not be biased. You only cite a few instances (of which their sources are questionable) to prove your biased mentality.
You should be more cautious in doing research and writing article!
Disclaimer is not counted in this regard.

Anonymous said...

salam
kupasan y sangat mnarik terutama brkenaan dgn rosmah first lady' g suka membazir. Smga dia mndapt hidayah drpd ALLAH TAALA, dan semga ALLAH menjauhi ngara kta drpd malapateka yg dsyat- NAU'ZUBILAHIMNZALIK-

Anonymous said...

no matter how bad or good a person is, we do not deserved to judge them only by our emotions.. but rather, justify our thought in accordance what has been our ultimate guides, al-quran and assunnah.. islam never taught us to publicly talk about other people bad things, but rather talk face to face with that person without other people presence..well, even if you say it is for the sake of learning, there's lot of proper ways to do it..my opinion may not be right, but islam never wrongs..

Musafir diri said...

maaf jika komen ini menganggu...

mungkin sedikit teguran. saudari boleh mnerima atau mnolak.

saya secara peribadi bersetuju 100% dengan komentar dan contoh2 yg diutarakan dalam entri ini.

namun bagi yang faham seperti saya itu tidak menjadi masalah tetapi bagi mereka yang bersikap prejudis. hanya tahu mencari kesalahan orang lain. sudah pasti entri ini boleh menjadi satu peluru buat mereka.

kerana apa?

kerana status saudari sebagai 'orang besar' dalam satu organisasi yang membawa imej Islam. maka terlampau banyak fitnah boleh timbul. dari sekecil2 perkara hingga sebesar2 semuanya boleh dijadikan isu oleh pihak2 yg kurang senang dengan perjuangan saudari.

masalahnya dalam entri ini adalah saudari terlampau terbuka dalam mendatangkan contoh. dan tak keterlaluan jika saya menyokong pendapat anonymous. contoh yang didatangkan agak berat sebelah.

maksud berat sebelah disini ialah hampir 80% isi entri ini hanya menceritakan tentang 'kelakuan' Datin Seri Rosmah tanpa ada contoh2 yang boleh meneutralkan 'kelakuan' tersebut.

jadi bagi mereka yang prejudis tanpa cuba mengambil iktibar dari entri ini, sudah tentu yang terlihat hanyalah kesalahan.

isunya bukanlah puak2 stereotaip ini. biarkanlah mereka dengan mentaliti mereka. tetapi isunya ialah perjuangan yang saudari bawa. seboleh-bolehnya bersihkanlah perjuangan ini dari persepsi buruk yang disebabkan oleh perbuatan tidak sengaja mujahid dan mujahidahnya.

sekadar tak bersetuju dengan anonymous...

"but rather talk face to face with that person without other people presence"

ini hanyalah salah satu cara untuk berdakwah dengan berhikmah. dakwah itu tak bersifat rigid tetapi berdasarkan waki'(suasana) semasa. awak rasa boleh ke kita yang berstatus orang kebanyakan ni nak dekat 50 meter dengan datin seri rosmah???

please... be realistic...

jangan sempitkan skop amar ma'ruf nahi munkar...

NURUL said...

Subhanallah, alhamdulillah..
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yg telah memberi komen.sy sgt berbesar hati menerima semua komen kerana semuanya merupakan teguran membina.
Betapa dalam posting artikel ttg Datin Seri Rosmah ini telah menyebabkan saya banyak belajar.Saya benar-benar mendapat banyak pengajaran. Antaranya, saya akan lebih 'berhati-hati' dan 'cermat' menulis tentang isu-isu sensitif ini.Kebenaran fakta mestilah diutamakan. Dalam masa yg sama juga sy mahu terus tingkatkan keberanian mengulas isu-isu penting negara untuk kebaikan semua. Saya harap teguran yg diterima tidak akan menyebabkan saya jd 'bacul' selepas ini, sudah tidak berani menulis tentang isu-isu yang sensitif.
Saya banyak belajar, saya akan ambil jalan tengah dan tingkatkan kualiti penulisan. Terima kasih pada semua. Saya mohon maaf ats segala kekurangan dan kelemahan diri yang tertonjol dalam posting ini.Sesungguhnya, segala penulisan saya dalam blog ini adalah pandangan dan analisis peribadi saya yang tersendiri, tidak mewakili persatuan dan jawatan yang saya telah ditaklifkan.Harap maklum. Terima kasih pada semua.