Monday, April 6, 2009

Read, You'll Conquer The World

Musim-musim peperiksaan beginilah masa yang saya rasa golongan mahasiswa paling banyak membaca. Manakan tidak, disaat-saat peperiksaan begini apa sahaja boleh dibaca dengan masa yang singkat demi menghadapi sebuah peperiksaan, demi mendapat markah yang lebih baik, demi segulung ijazah dan pengiktirafan. Malah, rekod yang pernah saya buat sendiri, mampu untuk menelaah 8-10 topik dalam satu subjek semalaman tanpa tidur kerana esoknya bakal berdepan dengan peperiksaan subjek tersebut. Inilah 'realiti' mahasiswa termasuk saya.

Bagus, kerana ini bukti yang kita tidak berputus asa menggunakan setiap saat untuk membaca hingga ke titisan saat yang terakhir sebelum berdepan dengan peperiksaan. Bayangkan, jika sikap dan budaya membaca begini sentiasa kita amalkan, sudah tentu kita akan jadi golongan mahasiswa yang lebih terkehadapan, mampu menguasai pelbagai bidang ilmu fundamental dan kontemporari yang menjadi tuntutan dulu dan masakini, mampu untuk benar-benar menjadi sumber rujukan masyarakat dan jurubucara ummat.


Memang telah zaman berzaman terbukti, orang-orang hebat yang mencorak dunia, yang melakukan transformasi dalam pelbagai bidang, yang menjadi academician dan ahli politik yang hebat masakini memang banyak membaca. Ulama-ulama Islam terkemuka dahulu, seperti Imam Syafie, imam-imam mazhab yang lain, memang hebat bacaan kitab-kitab mereka hingga mereka mampu menjadi alim ulama yang warisan ilmu mereka dapat kita rasai hingga kini. Pemikir-pemikir Islam seperti Imam Ghazali, Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh juga melakukan reformasi umat kerana ketinggian ilmu dan kebijaksanaan aqal mereka yang diasah melalui bahan bacaan. Tokoh-tokoh seperti Anwar Ibrahim, Dr Zulkifli Ahmad, Ir Nizar, malah kedua-dua Tok Guru Haji Hadi dan Nik Abdul Aziz sendiri cukup suka membaca. Malah ada yang mengatakan dalam kesibukan Anwar Ibrahim itu, beliau sampai membaca di dalam tandas. Tok Guru Haji Hadi Awang disebalik imej ulama serban dan jubah beliau tersebut, beliau antara pengguna laptop dan internet yang terawal di Malaysia, sentiasa up to date membaca isu-isu terkini melalui laptop beliau. Senator Mumtaz Mat Nawi, tokoh muslimat hebat kontemporari kini pernah berkongsi antara tips beliau cukup cemerlang dalam akademik dan juga mampu berbahas dalam dewan negara memberi komen dan cadangan kepada hampir semua kementerian adalah kerana beliau mangamalkan konsep "membaca dimana-mana sahaja, membaca apa-apa sahaja yang ada". Pimpinana mahasiswa kini seperti Ust Dzulkhairi Pres GAMIS skrg, bekas pimpinan mahasiswa Ust Ramadhan Fitri, semuanya memang banyak membaca. Hasilnya, lihatlah bagaimana mereka ini sedang mencorak mahasiswa kini. SU GAMIS Ust Syaari pun banyak membaca juga. Saya boleh jadi saksi untuk ust yang sorang ini (^_^) . Adik UZA saya, Nazirah a.ka G-ah juga kini telah mula membaca bahan-bahan bacaan yang lebih berat. Hebat, tahniah!

Sebenarnya, kesempatan menulis ini saya ambil kerana saya tengah rehatkan minda sikit kerana saya juga turut letih menelaah pelajaran di musim peperiksaan ini kerana asyik membaca dan membaca. Final exam kali ini penuh kelainan kerana saya membaca dengan ditemani seorang suami yang sedang asyik dengan kerja-kerja multimedia beliau tatkala ini.

Saya menulis berkenaan membaca ini juga kerana ingin terus memberi tekanan dan motivasi kepada saya terutamanya untuk terus membaca. Read, You Will Conquer The World adalah kata-kata Napolean Bonaparte, penakluk dunia yang telah pun mementingkan aspek pembacaan dikala zaman penjajahan dulu lagi. Apatah lagi pada zaman kita yang serba canggih dan moden ini. Tidak dapat dibayangkan bagaimana seorang insan akan 'survive' di dunia kita kini andainya tidak boleh membaca. Melalui pembacaan, kita akan dapat 'menguasai' dunia. Masakan tidak, peranan ilmu dan maklumat memang terlalu amat berkuasa dalam bidang mana sekalipun yang ingin kita ceburi. Ingin meningkatkan potensi dan keyakinan diri, ingin menjadi orator dan pembahas yang baik, ingin menulis dan mengulas sesuatu dengan baik, ingin menjadi pemimpin sebenar yang memimpin mampu meninggalkan legacy, ingin menjadi anak dan isteri yang soleh, malah ingin mencapai darjat tertinggi menjadi hamba Allah yang bertaqwa yang sangat dekat denganNya, mulakanlah semua ini dengan rajin membaca. Read, you will conquer the world ! Kini kata-kata tersebut menjadi tagline blog suami saya pula;-)

Kita mesti sentiasa tingkatkan motivasi untuk membaca, re'new' niat dan pasakkan niat betul-betul kenapa kita membaca sesebuah buku itu. Membaca buku tanpa tujuan ibarat menembak tanpa sasaran. Tetapi membacalah dimana-mana sahaja selagi masa yang ada, apa-apa bahan bacaan sekalipun demi mendapat ilmu. Moga hasil bacaan kita tersebut berguna pada masa-masa yang diperlukan, bermanfaat untuk sebuah kehidupan di dunia fana ini dan di akhirat sana. Wahyu pertama yang turun berkenaan "Iqra" bukanlah saja-saja tapi penuh makna. Rasulullah S.A.W yang merupakan insan yang pada mulanya tidak tahu membaca dan menulis, wahyu pertama, perkara pertama yang Allah ajarkan kepada baginda adalah membaca. Memanglah membaca pintu ilmu.

Kita semua sebenarnya tahu kepentingan membaca, tahu kisah-kisah ilmuan yang hebat kerana membaca, tahu semua sirah yang telah saya sebutkan tadi. Tapi kita selalu malas, bermudah-mudah, tidak berdisiplin dalam membaca. Antara yang selalu saya praktikkan untuk istiqamah dengan pembacaan adalah wujudkan 'burning desire' rasa 'ghairah', 'nikmat' untuk membaca. Buatlah macam mana sekalipun, apa cara yang dirasakan sesuai untuk timbulkan perasaan ini. Dengan perasaan yang mendalam seperti ini, kita membaca bukan sekadar dengan akal, tetapi dengan hati. Dengan cara ini kita lebih mudah istiqamah dan juga lebih lama bahan bacaan tersebut mampu melekat dalam memori kita malah tak mustahil untuk selamanya.


Saya kini tengah membaca buku " Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam ", impak dari Uzlah Qiyadah bersama sahabat-sahabat PKPIM beberapa minggu yang lalu. Masih lagi di bab-bab awal yang menceritakan suasana yang berlaku sebelum zaman islah dan 'pencerahan' oleh Imam Al-Ghazali. Zaman fanatik mazhab yang melampau, pertenglingkahan mazhab yang sehingga meragut nyawa. Saya tidak pernah tahu tentang ini jika tidak membaca buku ini. Targetnya, bulan April ini juga saya akan cuba habiskan buku ini InsyaAllah.

Saya makin teruja, ghairah untuk membaca buku ini setelah mendapat beberapa sentuhan komentar dan pandangan dari Ustaz Hasrizal Abd Jamil, pendakwah dan blogger terkenal masakini berkenaan dengan sisipandang tentang sejarah yang patut kita lihat apabila membaca kajian sejarah yang terkandung dalam buku ini. Kesempatan bertemu beliau tatkala saya menjadi 'peneman' suami ke mesyuarat GAMIS bersama JPM dan Ust Hasrizal baru-baru ini tak saya sia-siakan. Saya 'menemani' si suami dengan penuh visi sebenarnya.

Gambar ehsan dari handset rijal82

Baru-baru ini juga alhamdulillah kami telah membeli sebuah peta dunia yang kini sedang melekat megah di dinding bilik tidur kami. Sejak dari malam pertama perkahwinan lagi kami dah bercita-cita untuk memastikan ada peta dunia di rumah dan bilik kami. Bukannya apa, mudah untuk kami rujuk tatkala membaca sejarah-sejarah dunia yang menyebut nama negara-negara dan tempat-tempat yang mungkin tak pernah didengar sama sekali sebelum ini. Malah kadang-kadang, tanpa peta dunia ini, kedudukan benua-benua yang kita belajar dalam subjek Geografi di sekolah menengah dahulukala mungkin telah kita lupa dan tidak dapat bayangkan gambaran kedudukannya dimana. Malah mungkin juga ada dikalangan kita yang dah tak ingat pun dimana kedudukan Malaysia dalam peta dunia! Dengan peta ini juga kami selalu melihat negara-negara Barat dan negara-negara hebat seperti Jepun, China untuk menaikkan semangat menjadi seorang negarawan yang mampu membina negara dan umat. Suami saya pula setiap hari melihat Istanbul ( Kota Constantinople ) yang sentiasa menjadi idamannya kerana beliau adalah Al-Fateh versi beliau sendiri. Peta ini juga menjadi motivasi kepada kami, yang Islam akan kembali menguasai dunia suatu hari nanti. Setiap hari melihatnya, kami jadi makin optimis! Setiap hari melihatnya, kami makin bermotivasi untuk membaca. Kerana dengan membaca, kita akan dapat menguasai dunia.

Model peta dunia abad-21

Pelbagai method dan cara boleh kita praktikkan untuk meningkatkan motivasi. Benarlah kata-kata pepatah, "Hendak seribu daya". Ada 1001 cara dan macam-macam jalan yang boleh diambil. Tepuk dada tanyalah hati.

Mari kita sama-sama terus membaca, membaca dan membaca!

4 comments:

MarBu said...

salam kak,
ana dah lama cari buku maajid irsan kilaini tu?...bleh bgtau kat mane ade jual yer...?

NURUL said...

Baru-baru ni akak ngan suami ada gi MPH kat Jaya Jusco Wangsamaju. Ada jual buku tu. mungkin kat MPH2 lain pun ada kot. Klu xdapat jugak, akak ada no contact salah seorang shbt PKPIM yg ada jual buku tu. Kt UIAM. Klu xjmpa jgk gtaulah, akak bg no dia. Akak beli dulu pun dr shbt PKPIM.

NURUL said...

To : Aisyah Yusoff

Berkenaan dgn soalan adik dlm shoutbox tu,mmg membaca ni sudah jd kewajipan kpd kita ahli j ni krn kewajipan menuntut ilmu. Cuma, saranan yg akak berikan supaya timbulkan rs 'ghairah','seronok','teruja' utk membaca ni supy kita blh kekalkan momentum utk terus membaca tersebut. Semua org 'tahu' membaca kewajipan,tp berapa ramai yg secara praktikalnya mmg rajin n sungguh2 membaca ni?sbb 2 kita kena cr kaedah yg dpt memotivasikan diri kita. Ini bukan soal semangat semata-mata tp bagaimana utk kita 'kreatif' utk terus istiqamah dgn pembacaan. Apatah lagi jika buku2 haraki,sememangnya itu buku2 asas fundamental utk ahli j. Stephen R Covey dlm buku dia,8th Habit, ada sebut tingkat teratas dlm memotivasikan diri n pekerja dlm teori pengurusan adalah hingga boleh sampai ke tahap "keterujaan kreatif' bukan lagi sekadar taat dan wala,patuh semata-mata. Kewajipan tetap kewajipan, ttp ini soal bagaimana kita nak laksanakan kewajipan tersebut. Hope adik dpt faham ye penjelasan akak ni. Byk sgt tips nak baca buku2 haraki ni,antrnya kena rs ini buku2 fundamental(asas) utk ahli gerakan,wajib dikuasai utk capai standard ahli gerakan.Akak dulu masa kt KISAS, selalu dpt 'feel' bc buku2 haraki ni mcm baca komik.sbb akak sgt teruja dan berminat.cuba timbulkan perasaan dan keinginan.membacalah dengan hati,bukan semata-mata akal.

Aesyahumaira said...

Salamunaleik..
akak, jazakillahhu khairan kathira
(~_^) kerna sudi berkongsi ilmu dgn ana yg serba dhoif ini.. huu..
Alhamdulliah, ALLAH buka jalan untuk ana bertnya akak yg insyaALLAH diberi kelebihan dariNYA untuk menjwab persoalan ana. (^_^)
sungguh nak habaq, payah betoi lar nak pahami dan ingat apa yang kita baca, tup2,baru peqasan memang ada masalah ttg niat ana neh sebelum buka kitab haraki.mgkin xikhlas kot(T_T) walopun,slalu aja sahabat2 nasihat macam2 ttg kepentingan ilmu, banyakkan pembacaan buku haraki untuk persdiaan sbg ahli j, tapi bertimbun2 sudah ana selak2 kitab tu tapi x masuk2 juga dlm otak.adeh.
MasyaALLAH, alhamdulillah, lepas ana try petua akak, sampaikan maza ya'ni pun ana nak berulang2 kali..
Syukran akak.. terharu plak akak sudi lawat teratak maya ana yg xseberapa tu.. huhu (~_^)