Monday, June 29, 2009

Perkongsian Pengisian

Saya telah membuang posting saya sebelum ini yang sekadar mempunyai gambar-gambar muslimat yang memprotes pilihanraya Iran. Ada beberapa orang yang menegur, Alhamdulillah. Gambar tanpa sebarang penjelasan lanjut memang boleh menimbulkan 1001 tanggapan dan interpretasi. Saya memandangnya mengikut persepsi lain namun ada yang memandangnya dari sisi lain. Saya tidak ego untuk memohon maaf pada yang telah ter'konfius', tersalah tafsir dan sebagainya. Untuk tidak keruhkan lagi keadaan, saya menarik balik posting tersebut. Saya tak rugi apa-apa pun. Saya rasa muslimat lebih mudah ditegur dan kurang sikit egonya berbanding muslimin dalam hal-hal tidak sependapat dan tidak sehaluan ini. Alasan pertahankan prinsip, tidak berada di pihak yang salah, selalu jadi alasan mereka. Tapi, itulah antara keunikan penciptaan lelaki dengan sifat yang sebegitu untuk jadi pemimpin tertinggi dan komuniti yang besar. Mungkin hikmah penciptaan muslimat, menyeimbangkan keadaan.

Justeru, saya publish posting yang lebih bermanfaat insyaAllah. Saya publishkan posting saya yang telah saya taip pada hari Sabtu, 27 Jun yang lalu. Sekadar perkongsian sebuah pengisian.


PERKONGSIAN PENGISIAN


Lama tidak 'merempit'. Tiba-tiba hari ni terasa macam kembali ke masa lalu. Sejak bergelar 'isteri', dan setelah kehadiran Fateh (kereta VIVA hitam milik kami,dah tentu suami saya yang menamakannya sempena nama tokoh Sultan Muhamad Al-Fateh yang menjadi kegilaan beliau), saya jarang-jarang sekali menaiki motor. Paling jauh pun ke kampus UIAM untuk urusan kelas mahupun meeting. Berbeza dengan sebelum kahwin. Bermula dengan motor NAR hinggakan KBW, merekalah teman setia saya dalam perjuangan. Mereka juga seolah-olah telah 'berbaiah' untuk perjuangan ini. Ke mana sahaja saya akan menaiki motor, jauh mana sekalipun sebolehnya nak menaiki motor. Lebih mudah dan cepat. Setakat ke Banting, Bangi, Kuala Selangor dengan motor, memang dah pernah rasai. Tak kesah waktunya siang, malam, pagi, petang memang redah je. Saya rasa ramai muslimat haraki yang ada kebolehan ni. Berani bergerak.

Namun, sejak bergelar seorang 'isteri', entah ke mana perginya semangat yang seperti itu. Keberanian yang dulunya tidak kenal erti takut macam makin terhakis. Lain rasanya bila dah bergelar isteri orang ni rupanya. Kalau dulu, semangat jihad membara-bara, tawakkal pada Allah juga tinggi. Apa jua cabaran dan halangan, berani ditempuhi. Terasa manisnya perjuangan ini kerana Allah semata. Dalam fikiran bila naik motor jauh-jauh ni, hanya ingat Allah, jihad dalam perjuangan dan mak ayah. Tapi kini makin bertambah rasanya orang yang menyayangi dan penting untuk diri ini. Rasa diri ini dimiliki juga oleh seseorang yang bergelar 'suami'. Dah agak takut nak naik motor sorang-sorang, jauh-jauh, malam-malam sekarang ni. Kadang-kadang nak ke tempat-tempat awam berseorangan pun terasa sedikit gentar. Rasa diri ni makin 'lembik' pula. Mungkin ini juga sedikit ciri-ciri 'kematangan' mungkin. Bila dah melangkah ke alam rumahtangga ni, tanggungjawab dan bebanan, hati dan perasaan, pergerakan dan rentak perjuangan terasa lain sedikit. Moga Allah terus kukuhkan kaki saya di alam perjuangan Islam yang indah ini, apatah lagi dalam alam fatrah kemahasiswaan yang cukup menarik untuk meraih pengalaman, belajar buat kesilapan, asah bakat untuk perjuangan Islam.

Bergambar kenangan bersama suami setelah selesai mengendalikan bengkel Public Speaking untuk adik-adik UIAM Gombak

Saya hari ni sekadar 'merempit' ke Matrikulasi UIAM Petaling Jaya, memberi sedikit pengisian kepada adik-adik alumni sekolah berasrama penuh (SBP). Tak pasal-pasal saya syarah bab 'rempit' plak kat atas tu sedangkan tujuan utama nak cerita pasal ni. Moga syarahan spontan saya ada jua sedikit manfaat.

Atas kapasiti seorang alumni KISAS, saya gagahkan diri hadir ke sana walau tanpa suami dan sesiapa pun menemani. Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi tanpa sebarang kecelakaan menimpa diri. Saya sekadar ingin berkongsi, walau diri ini cukup kerdil dalam ilmu dan darjat disisi Tuhan.

Saya letakkan 3 perkara besar yang saya ingin capai pada slot yang diberi kepada saya hampir 2 jam tersebut. Yang pertama sekadar ingin menjalin ukhuwah sesama mereka, wujudkan 'engagement' jangka panjang atas dasar ukhuwah Islamiyah. Lalu, taaruf ringkas saya jalankan diawalnya. Yang kedua saya bercakap tentang aspek kepimpinan dalam diri dan organisasi. Seterusnya yang ketiga, saya syarahkan sedikit kepada mereka 'bedahan' buku@ introductory kepada buku yang tengah saya baca sekarang iaitu buku "Generasi Ulul Al-Bab, Segunung Harapan, Seteguh Impian".


Kepimpinan ; Antara Integriti dan Kompetensi

Saya mulakan dengan kewajipan untuk menerapkan dua elemen penting pemimpin ini dalam diri sendiri terlebih dahulu. Integriti kita dengan amanah dan syariat Allah, setakat mana kita 'menjaga' hubungan dengan Allah sedangkan Allah menjaga kita rapi setiap saat, makan pakai rezki kejayaan kehidupan kita ini Allah jaga serapinya. Tapi kita yang sekadar berstatus hamba Allah ini tidak mampu menjaga hak-hak Allah terhadapNya sebaiknya. Inilah rahsia kejayaan terbesar seorang pemimpin. Takde rahsia lain yang lebih utama untuk terus kekal menjadi hambaNya yang sebenar dalam jalan perjuangan ini melainkan menjaga hubungan dengan Allah. Menjaga hubungan yang baik sesama manusia juga sangat perlu dan termasuk juga dalam elemen ini. Masakan mampu terlunas hubungan kita dengan Allah andai tersangkut hubungan kita dengan manusia. Hubungan sesama manusia lebih parah dan susah untuk dijaga sebenarnya. Realitinya kita boleh lihat secara 'live' dalam sosial masyarakat kita kini. Hinggakan anak sendiri sudah gagal menjaga hubungan yang sepatutnya dengan ibu ayahnya sendiri. Kebrobokan sosial yang maha dasyat.

Aspek kompetensi saya tidak syarahkan yang sudah termaklum yang terlalu factual dan fundamental. Cukup saya menekankan pada diri saya dan adik-adik tersebut, pentingnya 'memanfaatkan' masa sebagai mahasiswa ini untuk meningkatkan potensi dalam diri. Meningkatkan kemampuan dari aspek intelektual dan kemahiran dalam diri. Hinggakan 'kelayakan' kita sebagai seorang pemimpin tidak akan mampu dipertikaikan kewajarannya. Aspek intelektual ini, kita perlukan individu-individu yang memiliki 2M. "Master your field dan Multi-Field". Kita perlukan individu-individu yang bukan sekadar datang dari pelbagai bidang dari aliran hard science hinggalah ke soft science, tapi kita perlukan orang-orang yang pakar dalam bidang tersebut. Pakar yang benar-benar pakar yang cukup berautoriti dan kompeten dalam bidangnya sendiri. Selain itu, pakej yang kita perlukan adalah juga insan-insan yang juga mempunyai pengetahuan yang sepatutnya dalam bidang-bidang lain juga(Multi-Field). Maksudnya, kita mampu bercakap dan mengulas bidang-bidang luar dari bidang pengajian atau pengkhususan kita. Terutamanya bidang fundamental agama dan akan berlakulah islamisasi ilmu disini. Maka kelak, takkan timbul lagi isu ulamak vs profesional yang saban tahun hangat dibahaskan. Era sekarang, kita tak mampu memimpin dengan hanya menguasai dan pakar dalam bidang kita sahaja tanpa ada ilmu dalam bidang-bidang lain juga.

Muslimat ; Antara Integriti dan Kompetensi

Subtopik ini saya tidak sebut secara spesifik dalam slot pengisian saya tersebut kerana bukan adik-adik muslimat sahaja yang hadir, ada juga adik-adik muslimin. Saya sekadar selitkan pandangan peribadi saya tentang isu ini.

Pada saya, generasi kepimpinan muslimat kini cukup hebat dari aspek 'integriti', namun mungkin agak kurang sedikit dari sudut 'kompetensi'. Kita selalu dengar betapa berbezanya karektor muslimin dan muslimat hingga ada yang mencadangkan agar tamrin muslimin dan muslimat diasingkan. Saya agak bersetuju. Kerana muslimat memang terkenal cukup kuat menjaga 'ruhiyyah', menjaga aspek-aspek mikro dan dalaman, hati dan perasaan. Jadi mungkin muslimat agak terlepas membina diri sebagai pemimpin yang kompeten sesuai dengan amanah yang perlu dipikulnya. Hatta untuk memimpin diri sendiri, muslimat perlu bangkit mengasah bakat dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Pelbagai gagasan, MP3, MP4 di peringkat SIGMA, Tipple M (Membaca,Multi-Skill,Memimpin) di UIAM dan pernah gagasan 3B (Berani,Bijak,Bedikari) digunakan untuk muslimat di UM untuk membantu muslimat meningkatkan kompetensi dalam diri. Moga gagasan-gagasan seperti ini dapat terus membantu muslimat upgrade kualiti diri untuk memacu gerakan.

Malah mungkin pernah timbul isu Dewan Muslimat Kangkung Layu dan sebagainya dulu kerana muslimat masih kurang dari aspek kompetensi ini. Tidak perlu tuding jari pada sesiapa, tuding pada diri untuk ubah diri.

Saya tidak katakan aspek integriti tidak penting malah terpenting. Muslimat perlu terus kekalkan,maintain bertahan dengan kekuatan yang hebat ini. Cuma perlu di 'top up' dengan aspek tingkatkan kemampuan dan keberdayaan dalam diri masing-masing.

Generasi kepimpinan muslimat akan datang, InsyaAllah


Sekadar mencatat berkongsi sebuah pengisian. Dalam posting seterusnya jika berkesempatan saya akan syarahkan tentang Generasi Ulul Albab yang saya bentangkan dalam slot tersebut. Tak sempat kali ini, hari sudah pagi.

Saya bukan orang hebat, sekadar mahu tingkatkan kemampuan diri agar mampu berdiri selesa menghadap Tuhan di sana nanti. Mardhatillah matlamat abadi.


3 comments:

ju said...

Salam dik,selalunya bila baru melalui alam rumahtangga ,perjuangan kita akan sedikit mengendur disebabkan beberapa faktor,tentu adik tahukan.Namun bila anak2 sudah membesar dan kekuatan kita akan lebih bertambah ,berganda waktu kita berseorangan.Kadang2 kita pun tidak tahu bagaimana semangat juang yg lebih tinggi akan hadir pada diri kita.Itulah yang telah saya lalui setelah 18 tahun berumahtangga dan saya kini amat yakin dan berani untuk lebih kedepan dan tidak ingin mengundur diri dalam perjuangan saya selagi nyawa dikandung badan.Semoga adik kuat dan sentiasa beristiqamah .Salam perjuangan.http://dmptapah.blogspot.com

USTAZAH-ENGINEER said...

Perjuangan bersama mahasiswa untuk masyarakat/mahasiswa amat berbeza dengan perjuangan di gelanggang masyarakat bersama pelbagai tahap masyarakat adikku...

Mahasiswa dan idealisme sukar untuk dipisahkan, namun tidak semua tahap masyarakat mampu mengikut idealisme kita...Kadang-kadang kita tidak mampu/tidak boleh menjadi ideal seperti yang dirajahkan dalam minda kita selama ini, selama kita bergelar mahasiswa.

Antara multi-skill yang amat2 diperlukan - pengurusan konflik, pengurusan risiko, pengurusan stress, dan paling penting pengurusan rumahtangga (terutama yg ada anak2).

Kemahiran bersabar dengan karenah ahli - ini kemahiran paling tertinggi yang sukar dimiliki oleh ahli sehingga mereka bakal futur.

Bila kita duduk dalam jemaah PAS secara rasmi menjawat jawatan tertentu, membuat program untuk ahli masyarakat sekitar dari golongan kanak-kanak sehingga golongan tua, ketika itulah kita merasakan idealisme kita seolah-olah berada di awan-awangan.

Bersedialah jika adik mahu mencapai ke tahap itu...

~Ana Abd Ghaffar~ said...

salam.
ukhti, maaf mmgu ukhti. ana sbenarya nak tahu apa 2 MP3, gagasan 3B. sbb kalo bleh ana nk applykn kat tempat ana. ya mgkin waqi'e kita berbeza tp tidak salah untuk ana mengambil manfaatnya.kalo ukhti ada kelapangan, send la di email ana amalulillah_amal87@yahoo.com