Sunday, June 14, 2009

SIGMA Wajar Menokohi Aina Bajuri dan Senator Mumtaz

Beberapa hari terpaksa saya tangguhkan keinginan hati untuk meng'update' blog kerana tuntutan alwajibat lain yang lebih awla untuk diutama dan didahulukan. Apatah lagi timbul beberapa isu terkini berkenaan dengan muslimat, 'Dewan Muslimat Kangkung Layu', isu SIS dan sebagainya. Hingga isu ini turut disambut mendapat perhatian muslimin seperti suami saya yang telah menulis satu posting khusus berkaitan muslimat. Tahniah dan tercabar saya dibuatnya !

Namun, saya tidak mahu cepat melatah, apatah lagi menyalah dan menuding jari pada sesiapa. Dalam isu Dewan Muslimat khususnya, saya tidak mahu terus melihat kelemahan kelompangan dewan tersebut secara simplistik tanpa analisis fakta yang lebih konkrit dan juga tanpa ada usaha di pihak kita sendiri untuk buat sesuatu. Agenda pemerkasaan generasi muslimat pelapis kepimpinan perlu diteruskan, praktikalnya perlu dibumi dan diaplikasikan.

Kali ini, ada dua tokoh yang mahu saya ketengahkan kepada muslimat. Saya mahu highlightkan kedua-dua tokoh ini supaya SIGMA tidak perlu blur dan mencapah dalam mencari-cari tokoh-tokoh yang releven dengan idealisme SIGMA. Saya tidak mahu SIGMA terlalu ideal dan romantis dengan hanya mampu mengungkap kehebatan tokoh-tokoh muslimat silam dalam lembaran sejarah perjuangan Islam sahaja, sedangkan kita gagal membaca pemikiran tokoh-tokoh tersebut secara berkesan, tidak mampu dijejakkan ke bumi dan diterjemahkan dalam lagak aksi perjuangan SIGMA dan Helwani PMI di kampus.

1. Aainaa Bajuri (Tokoh Muslimat Yang Hujahnya "Mikroskop")


Saya tidak berkesempatan lama bersama kepimpinan Kak Aainaa, namun saya banyak mengenalinya dari suami saya yang bersama beliau memimpin Wufi di UIAM dan GAMIS.

Sukar saya menemui pimpinan mahasiswa muslimat, termasuk juga muslimin, yang bukan sekadar berani mencabar idea-idea muslimin khususnya idea "konservatif" dan "fundamentalis", namun itulah karakter pemikiran Kak Aina.

Apa yang lebih memberikan added value kepada beliau adalah penguasaannya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Bukan sekadar kekuatan yang tampak hilang dari majoriti aktivis pimpinan gerakan mahasiswa Islam, bahkan beliau adalah seorang yang sentiasa "menghitamputihkan" pandangan yakni sangat teliti dan "mikroskop" apabila bercakap. Tanpa research dan fakta, beliaulah orang pertama akan bangkit mempertikai sesuatu pandangan dari sesiapa sekalipun, setinggi mana sekalipun jawatan. Masakan tidak, beliau telah berkecimpung hampir 2 tahun dalam dunia R & D Ma'ruf Club UIAM.

"Mikroskop" juga adalah istilah yang sering dileterkan oleh Ustaz Ramadhan Fitri dalam pidato-pidatonya kepada mahasiswa sekiranya dikaji dengan mendalam. Itulah budaya berhujah dan bercakap yang kontang pada pimpinan kampus hari ini. Kita lebih gemar bersikap retorik dan sloganik, tetapi bila ditanya inti dan huraian konkrit setiap kenyataan, pada masa itu terzahir ketidakjelasan dan penyakit "goreng".

Sesungguhnya, wibawa seorang pimpinan gerakan Islam khususnya muslimat pada saat ini bukan lagi pada kepetahan pidato menerangkan Islam itu pada sudut "what" sahaja (makroskop), tetapi juga sudut "why", "when", "how", "who" yang lebih merujuk kepada aspek mikroskop.


2. Senator Mumtaz (Tokoh Muslimat Terbukti dan Teruji Berjiwa Besar)


Inilah satu-satunya pimpinan Dewan Muslimat yang baru yang satu-satunya berada di Dewan Negara. Saya secara peribadi mengharapkan satu ketika nanti Dewan Muslimat PAS Pusat akan dipimpinan oleh Kak Mumtaz.

Kahwin dan mendapat anak di masa belajar di AIKOL UIAM, namun tetap menjadi figura Anugerah Dekan di pentas akademik dan figura politikus menggugat ketika bersama memimpin MPP UIAM sehingga mampu berbahas dengan Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim. Suami saya pernah berpengalaman membuat brainstorm lebih dua jam dengan beliau (lihat "Hari Ini Mindaku Diasak Senator Mumtaz"), yang pernah mencatat rekod membahas lebih 60 rang undang-undang dari pelbagai sudut di Dewan Negara. Ruh Ustaz Fadzil Nor yang disegani kawan dan lawan dari BN semacam wujud dengan jelas dalam diri Kak Mumtaz.

“kita ada 28 kementerian. Sekurang-kurangnya 82 soalan perlu dihasilkan dengan 4 senator dari Pas yang ada sekarang ini. 1 kementerian kamu kena fikirkan 3 soalan.” Itulah ‘muqaddimah’ Senator Mumtaz yang sempat suami saya ceritakan pengalamannya dengan beliau pada tarikh kemenangan Muhammad al-Fateh di Konstantinople iaitu pada 29 Mei 2008 tahun lepas.

Insya-Allah, saya mahu menjadi seperti beliau. Bahkan saya telah menyatakan dengan sarahah dalam majalah Muslimah bulan ini.


Bahkan saya mahu adik-adik usrah UZA saya mengambil Kak Mumtaz dan Kak Aina sebagai mentor dan sasaran seterusnya siri-siri usrah pro aktif kami. Saya juga mengharapkan SIGMA dan gerakan muslimat PMI berkesempatan melakukan brainstorming sekurang-kurangnya 2 jam dengan mereka, justeru baru kita akan rasai tahap keupayaan pemikiran dan daya pembacaan luas mereka menumpaskan muslimat dan mungkin juga muslimin.

Saya menyebut dua tokoh ini bukan untuk berbangga dengan mereka tanpa objektif dan asas, bahkan saya bukan mahu membanding atau meremehkan kepimpinan SIGMA yang ada pada hari ini. Terus terang saya nyatakan bahawa 2 figura penting saya kagumi pada kepimpinan SIGMA hari ini adalah Kak Pidah dan Kak Munawirah.

Kak Pidah qudwah kepada saya bagaimana pidatonya mampu mempengaruhi, menceria dan menarik crowd termasuk muslimin, ia suatu kekuatan yang jarang saya lihat pada pimpinan muslimat kampus pada saat ini. Hebat pemikiran dan penulisan belum tentu berpengaruh pidato dan cara menterjemahkan idea di fikiran dalam bentuk lisan dan pengucapan awam. Kak Munawirah pula kini membuktikan kuasa muslimat memimpin projek mega sebesar Kongres Pendidikan, itu belum lagi mendalami pemikirannya yang sarat dengan idea-idea besar dan pemikiran-pemikiran baru.

Menyinggung seketika penulisan terbaru suami saya mengenai SIGMA, saya telah memberikan pandangan saya kepada beliau bahawa apa yang beliau nyatakan masalah kepada SIGMA hakikatnya sedang berlaku juga kepada "gerakan muslimin". Saya telah mencadangkan kepada suami saya supaya segera memikirkan masa depan "gerakan muslimin", bukan lagi muslimat. Jika muslimat berdepan dengan masalah kualitatif yang boleh dibaiki, muslimin sedang berhadapan dengan masalah kuantitatif dan kualitatif sekaligus berdasarkan beberapa sampel kampus yang saya temui yang tak perlu saya jelaskan di sini. Suami saya tampak sedang serius memikirkan gagasan saya ini. Moga gerakan muslimin tidak terus leka dibuai keselesaan dan keegoan mereka yang tersendiri.

7 comments:

現在建築式™ said...

My Blog
http://www.wretch.cc/blog/markacey
Thanks for your share
Nice to meet you

Hsinchu, Taiwan

Khaulah Azwar said...

Shbt, syukran ats tulisan nti yg sgt2 bermanfaat ni..
Sekali lg, tahniah ats artikel nti yg keluar dlm majalah Muslimah, ana try cr kat Jitra ni, tapi tak jumpa lg..
2 tokoh dikagumi yg tak asing lg, Kak Ainaa dan Senator Mumtaz, dan bakal Senator, insyaAllah Senator Nurul Syuhada =)
Apa2 pun shbt, ana optimis, muslimat sdg berusaha ke arah yg lbh baik. Muslimat pasti bangkit spt bangkitnya SIGMA! Tidak ramai spt K.Fidah dan K.Munawirah ttp kita perlu bekerja kuat utk melahirkan lebih ramai figura2 spt mereka..
Wallahua'lam..ma'an najah dlm setiap apa yg nti lakukan =)
Akhiran, tahniah ye shbt! Ana betul2 suka dgn entri terbaru nti ni =)

Syahida Majid said...

Subhanallah. Teringin nak bertemu dengan K.Aainaa. Ade blog die?

Saya yakin, wanita-wanita sebegini telah, sedang dan akan wujud. Cuma, publisiti mungkin agak kurang.

Ya, saya sendiri mengharap agar DMPP dipimpin oleh Senator Mumtaz, juga K.Aainaa.

Juga harapan saya, jangan sampai keberanian ini menjadikan muslimin mencebik bibir, lantas mengeluarkan kata-kata 'dah macam lelaki, bukan muslimat dah'.

Park Chick said...

keberanian biar bertempat, biar bersyariaat, biar bertarikat...kerana kita dipertanggungjawabkan ke atas setiap keberanian kita

pck-suam2 berani

baihaqi hassan said...

salam, sy tertarik dgn idea pemikiran mikroskop, tapi pada saya pemikiran mikroskop ini perlu kepada batasan tertentu dan tidak sesuai diaplikasikan dalam semua perkara. us hasrizal(saifulislam.com) pernah mengupas isu ini dengan lebih lanjut..(sy dah lupa tajuk artikel tu)

sy pernah cuba aplikasi konsep pemikiran 'mikroskop' ni dalam merangka sesuatu program, merangka aktiviti... namun oleh sebab pendetailan yang terlampau dibuat(tahap mikroskop elektron), ada dikalangan ahli yang berasa TERLALU BERAT, kerana dilihat terlalu banyak.. dan dalam sesuatu keadaan, pendetailan memang akan menyusahkan dan melembapkan, terutamanya kalau kita tidak kreatif..

Anonymous said...

Hebatla nti la ni shuhada...
ana rosli x smkay ni...ha ana br ja nk brjinak2 dgn blog...if free ziarahla ye...
http://roslinordin.blogspot.com/

khaulah said...

Kak Syuhada, Kak Rafidah, Kak Munawirah, ni sume bakal pemimpin negara ni. Tak sabaq nak tunggu kepimpinan mereka. InsyaAllah...ameennn.... =)