Sunday, May 10, 2009

Catatan Baitul Muslim MSNS


Hampir dua minggu bergelumang dengan 'alam pekerjaan' (praktikal di firma guaman) membuatkan saya kini makin terdedah dengan realiti kehidupan perjuangan masa akan datang. Alam pekerjaan sebegini akan hadir dalam hidup kita, sama ada kita bersedia atau tidak. Tuntutan globalisasi dan kedudukan ekonomi negara kita yang meruncing menyebabkan tempiasnya terkena pada kita sebagai rakyat, tiada ruang melarikan diri. Suami isteri bekerja sudah menjadi fenomena biasa dek kerana tuntutan kewangan menyara sebuah keluarga yang melibatkan kos yang agak besar, tidak cukup untuk mengharapakan duit gaji suami semata-mata. Kos hidup di Lembah Klang ini, andainya gaji hanya sekadar RM 1500 ke bawah, telah termasuk bawah paras kemiskinan. Apatah lagi, golongan wanita masakini bukan lagi seperti zaman dahulu kala yang tidak berpendidikan tinggi, tidak bekerja. Wanita kini mahu berdiri atas kaki sendiri, menempuh cabaran di alam pekerjaan setelah berpenat lelah mendapatkan segulung ijazah. Wanita bekerjaya ini ada 'pro' dan 'contra' nya, berbeza-beza bergantung rapat kepada fakta kes masing-masing.

Apa yang ingin saya nyatakan disini, bukanlah berkisar tentang wanita bekerjaya yang saya rasa telah banyak dikupas sebelum ini, tetapi betapa pentingnya memilih pasangan hidup yang ada fikrah 'perjuangan' sebagai salah satu jaminan istiqamah di medan dakwah ini. Saya tidak mengatakan Baitul Muslim ini adalah segala-galanya, namun mungkin segala-galanya boleh bermula dengan Baitul Muslim.

Saya dan suami kini bekerja bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang setiap hari bermula dari hari Isnin hinggalah Jumaat. Akibat cabaran kesesakan jalan raya dan juga tuntutan kerja yang kadang-kadang tak mampu disiapkan tatkala jam 5.30 petang menjengah, hampir waktu Maghrib baru kami mampu bersama-sama berada di Darul Syuhada, no.36 ini. Seharian membanting tulang di tempat kerja, walau bekerja dalam kondisi berhawa dingin, bukannya berpeluh di sawah atau ladang, kepenatannya hanya yang merasai akan mengetahui. Dulu saya sendiri pun pernah terfikir, kerja kat pejabat dengan ada 'air-cond', kerusi empuk, ada kawan-kawan sekerja bersama-sama, ada kemudahan internet untu di'akses', takkan lah penat sangat, mesti relax je. Bila dah mula praktikal ni, baru saya sedar diri, hakikat sebanar yang dilalui hampir majoriti ahli masyarakat kita kini.

Hampir setiap malam kepenatan, mampukah lagi untuk sahut seruan perjuangan seperti mesyuarat, brainstorming, usrah dan sebagainya tatkala ada seruan sebegini datang? Ini belum lagi bincang soal 'anak-anak dan masalah-masalah mereka' andainya telah mempunyai anak untuk diuruskan. Mesti tambah berkaliganda lagi kepenatan tersebut. Hujung minggu yang ada pula adalah antara kesempatan 'emas' untuk beristirehat dan melakukan kerja-kerja rumah. Andai ada seruan tamrin atau program, mampukah untuk kita melangkah pergi tatkala tentatif hidup seharian sudah padat, tinggal hujung minggu saja masa yang ada untuk diri dan keluarga?

Inilah antara dilema dan sekelumit cabaran yang perlu dihadapi bila berdepan dengan alam rumahtangga dan kerjaya. Sangat berbeza dengan perjuangan 'single' di kampus. Sangat berbeza. Di kampus, bila kita mungkina agak terleka dengan perjuangan dek kerana tuntutan akademik yang mengganas, atau kerana masalah-masalah diri yang dihadapi, kita masih ada sahabat-sahabat untuk mengingatkan, untuk 'tarik' kita kembali ke medan perjuangan. Sahabat-sahabat sangat dekat di hati mahupun fizikal kita tatkala di kampus. Tapi, dalam realiti hidup berumahtangga dan bekerjaya, pasangan hiduplah faktor yang terpenting. Dialah insan yang paling rapat, dekat dengan hati mahupun jasad kita ini.

Kalau tidak, masakan Imam Hassan Al-Banna menggagaskan hierarki kedua ke arah pembentukan daulah islamiyah ini adalah pembinaan "Baitul Muslim". Penting untuk mempunyai pasangan yang faham fikrah perjuangan Islam ini, ketepikan dulu perjuangan dengan manhaj yang bagaimana, asalkan mahu dan sedia berjuang untuk Islam. Pasangan yang sama-sama saling memahami tugas dan taklifan memperjuangkan fikrah suci Islam ini akan lebih mudah berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan di alam rumahtangga nanti.


Bila berdepan dengan kekangan masa bersama antara suami isteri yang terlalu minimum kerana ada sebahagian masa yang terpaksa diinfaqkan ke jalan perjuangan, kita mampu untuk berlapang dada malah berasa bangga dengan apa yang telah dicurahkan seterusnya sama-sama mencari alternatif lain untuk terus memastikan kemesraan hubungan cinta akan terus berkekalan dalam tempoh masa sedikit yang kita ada. Bila kita kesempitan duit kerana jalan perjuangan ini sentiasa menuntut pengorbanan, kita tidak akan cepat mengeluh dan putus asa, malah syukur denan nikmat ujian kesusahan yang Allah beri ini. Dikala hati rasa malas dan culas untuk berjuang lagi, ada orang yang sangat kita sayang dan dekat dihati kita yang akan mengingatkan, memberi dorongan semangat, yang mampu membangkitkan aura berjuang kita. Tatkala kita perlukan bantuan yang amat sangat dalam kerja-kerja yang kita lakukan, pasangan yang 'memahami' sudah tentu tak kekok untuk menghulurkan bantuan, malah dia juga akan sanggup berkorban bersama-sama kita. Dan yang paling penting, akan ada insan yang boleh mengingatkan kita bahawa kita tidak hanya ingin bercinta dan berkasih sayang di dunia ini sahaja, kerana kita akan mati dan terpisah. Yang paling utama, adalah untuk 'bersama selama-lamanya di akhirat sana. Hidup dengan penuh cinta dan kasih sayang tanpa terpisah di akhirat sana. Justeru, bekalan untuk ke sana perlu mantap, di dunia sinilah bersama pasangan yang seiring kita mengutip dan menyiapkan bekalan ke sana.

Saya amat bersukur kerana Allah izinkan saya dan suami merasai nikmat berjuang dalam suasana Baitul Muslim yang telah kami dirikan. Walau tempoh masanya terlalu amat sangat masih singkat untuk dijadikan kayu ukur keistiqamahan kami, saya optimis momentum ini insyaAllah akan boleh dikekalkan berkat doa dan ilmu yang diamalkan yang perlu seiring berjalan. Kami tak mahu menambah lagi bilangan kes Baitul Muslim yang 'hampeh', 'pancit' di tengah jalan, tunduk pada tekanan dan cabaran. Cukuplah dengan yang dah ada.

Cita-cita saya untuk berkahwin dengan seorang pejuang telah Allah maqbulkan. Walau dulu masa saya masih di menengah rendah, saya pernah bercita-cita untuk berkahwin dengan bekas penagih dadah atau bekas banduan dek kerana saya ini seorang yang agak agresif yang sukalan cabaran dan sukakan penjara, namun Allah lebih mengetahui yang terbaik buat saya. Ramai juga yang menanyakan perihal baitul muslim ini pada saya, saya cuba menjawab apa yang termampu kerana jelasnya saya bukanlah yang terbaik.

Saya dan suami sudah kenal agak lama. Semasa saya di tingkatan 5 di Kolej Islam Sultan Alam Shah lagi. Namun, hubungan kami tatkala itu hanya sekadar hubungan ukhwah dalam gerak kerja demi menggerakkan tarbiah di bumi waqafan tercinta. Ikatan kami menjadi lebih serius setelah satu surat 'lamaran' hadir ke rumah saya setelah saya tamat tingkatan 6 Rendah di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Surat yang amat-amat sangat mengganggu gerak kerja dan emosi saya ketika itu. Surat yang tak pernah saya harapkan, surat 'gangguan' yang cukup saya benci. Namun akhirnya, apabila hampir tamat tingkatan 6, setelah puas istikhorah dan risikan demi risikan telah saya lakukan, setelah mak ayah juga perkenankan, insan itu hadir dalam hidup saya sebagai insan istimewa yang bakal bergelar 'suami' saya. Seribu satu cabaran kami tempuh sebenarnya sebelum aqad nikah dapat dilangsungkan. Biarlah ianya menjadi memori antara kami berdua dan rahsia antara kami dan Allah Taala. Sejak dari tarikh saya menerima insan itu, sejak itu lagi telah tercatat tarikh aqad nikah yang telah kami persetujui. Ini antara penekanan yang ingin saya kongsikan, betapa pentingnya suatu 'perancangan' yang khusus dan spesifik dalam perangkaan baitul muslim ini. Jangan sesekali bermain-main dengan aspek ini. Perancangan menjadikan kita bersedia. Persediaan menjadikan kita yakin. Keyakinan insyaAllah dapat memudahkan perancangan yang telah dirancangkan. Doa yang tidak henti, tidak putus, sememangnya satu kewajipan yang tak boleh ditinggalkan dalam fatrah ini. Cukuplah sedikit perkongsian memori kami menuju baitul muslim ini.


Buku ini hadiah dari suami semasa kami pulang bercuti di kampung di Kelantan. Buku ringkas yang bermakna, tercoret catatan seorang isteri kepada Ulama tersohor di negara ini. Inspirasi penting buat saya untuk terus memacu perjuangan ini sebagai seorang isteri. Alhamdulillah, mampu saya tamatkan bacaan buku ini dengan cepat dan pedoman penting telah saya catat. Walau selepas membaca buku ini, timbul juga beberapa konflik dalam diri saya kerana buku ini menceritakan perihal seorang isteri yang setia berjuang di rumah mengurus rumah, mendidik, mentarbiah anak-anak tatkala suaminya keluar berjuang. Isteri yang begitu suci terjaga dari hiruk pikuk suasana politik yang dilalui oleh suaminya sendiri. Tapi saya ni, jarang lekat di rumah walau telah berkahwin, macam mana nak jadi macam Datin Tuan Sabariah? Apatah lagi saya juga punya cita-cita yang sama dengan suami untuk terjun secara 'direct' dalam dunia politik. Kalau beliau di dewan rakyat, saya akan berjuang di dewan negara sebagai senator. Justeru, bagaimana pula orientasi gerakan baitul muslim kami selepas ini? Bolehkah kami jadi seperti Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datin Tuan Sabariah? Mungkin akan masuk dalam agenda brainstorming kami malam ini :)


Suami saya pula masih asyik membaca buku ini. Cinta di Rumah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Memang menarik. Suami saya bercita-cita untuk menjadi ketua keluarga yang sehebat Imam Hassan Al-Banna. Saya turut tertarik dengan isi kandungan buku ini. Bagus untuk persiapan membina baitul muslim yang hebat.

Moga Allah terus pelihara ruh perjuangan dan keberkatan baitul muslim yang kami bina. Moga pejuang-pejuang yang lain juga akan menemui baitul muslim impian masing-masing. Saya mendoakan kemudahan buat semua.


19 comments:

Anonymous said...

Moga2 Allah sentiasa membantu abang dan akak yang telah byk bg tnjk ajar kat saya nie....firdaus...

::nurimani:: said...

salam kak nurul..
syukran jazilan sbb memenuhi permintaan sy..mohon doa dr akak n suami..moga2 sy dpt psgn hdup yg sm2 ingin brjuang,amenn

Lakaran Princess said...

Assalamuaikum...
ya Allah Bahagiakan insan ini di dunia & akhirat... ameen

lailafillah said...

moge semua pejuang islam yang tulus hatinya akan punye baitul muslim indah..insyaAllah..^^

USTAZAH-ENGINEER said...

salah satu motivasi pendorong kita ialah menukilkan impian2 kita, menulis matlamat2 hidup kita di dalam blog atau sumber2 media yg lain.

Setiap kali kita baca, kita kembali semangat mencipta impian itu. Nasihat2 dan kata2 komentar sbg nilai tambah untuk saling sentiasa mengingatkan.

Ia berbeza daripada impian itu hanya di kotak fikiran kerana apa yang kita fikirkan mungkin kita akan lupa atau ingat2 lupa.

Menulis 'kerajaan impian' dalam 'buku impian'. Pandangan akk, setiap orang harus memiliki 'buku' impiannya dan menulis impian tersebut dalam 'buku impian' itu. Caranya tulis dgn spesifik cthnya 'saya ingin menjadi seperti senator mumtaz sebelum 2015.' atau 'saya memiliki koleksi 1000 buku kepimpinan sebelum 2010.. Itu contoh je...:)

Akak bagi cadangan, korang buatla satu blog khusus baitul muslim. Letak koleksi gmbr2 dlm tu, setiap hari suami/isteri kena tulis kata2 motivasi/cinta/perjuangan dll. Letak lagu cinta, hias cantik2 dengan romantik. Letak password klu taknak org baca atau pada bacaan2 tertentu saje.

Akk yakin, itu boleh mencetuskan perasaan yang baik untuk suami/isteri lebih2 lagi bila selalu berjauhan. Bila lemah, bukak blog tu, baca kata2 @entri semangat. Biasalah, blog open ini mesti byk yg rahsia.

Erm,,akk pun nak buat camtu jugak. Tapi bukan sekarang...tak lama lagi. huhu...

ustaz hasrizal pernah kata, orang dakwah macam kita ini ada yang tidak tahu seni bercinta. Mungkin mereka hanya nampak BM itu benar2 untuk perjuangan Islam sehingga menolak soal fitrah manusia.

Sama-samalah meningkatkan seni bercinta antara suami dan isteri supaya CINTA KITA SAMPAI KE SYURGA.

Ermm,,cakap memang senang kan? Tapi apapun yang kita nak buat, memang kena cakap. Kalau tak cakap kita tak ingat dan tiada sesiapa yg mengingatkan.

Wassalam. Semoga bahagia. Doakan akan juga

fatnulhani said...

salam kak nurul..

syukran atas entry perkongsian akak kali ni..benar2 bermanfaat..moga rumahtangga akak sentiasa dirahmati Allah dan dalam lindungan keberkatanNya..amin..

wishing to be like you,membina bait muslim dan sama-sama berjuang di atas fikrah yang sama.teruskan prjuangan kak nurul..doakan sy juga..(lambat lagi rsnye..perancangan dah ade,tapi calonnya tak dak lagi..hehe)

♥Cahaya Mata Kemuliaan Agama♥ said...

moga istiqamah sokmo:)
suka baca n3 nurul aka anak usrahku yang 'terbuang dulu' haha... usah dikenang ye. tp bila dikenang, lawak plak. hehe

apapun, teruskan memberi dengan menulis di blog ni. kak in dpt banyak ilmu dan inspirasi :)

Anonymous said...

salam akak..
ana doa moga kita thabat dalam perjuangan...mgkn dlm jgka masa tdkat ini akaklah SA ana...syukran pd akak n ustaz yg byk mtbiyah an n shbt2...smga Allah mmudahkan sgala urusan akak n ustaz..insyaAllah..dlah..

drcoretan said...

salam kak nurul..
syukran ats entry yg ckp bmakna bg sahabat2 perjuangan yg sedang merancang ni dan juga ilmu yg dikongsi..
akhirnya tercapai juga melihat entry ni..:)
semoga kekal berjuang bersama-sama sehingga degupan jantung yg terakhir..
doakan saya dan sahabat2 lain juga ye kak:)

Ibnsyariff....Mencari di manakah Al Ghazali said...

mak aii...romantik sehh ~geli pun ada gak baca.mg bahagia dgn abang shaari.

ameennnnnnnn.

nih nurul...klu ada buku2x cam buku2x yg enti ltak kat entry tuh.pos sini boleh tak?

bukan pos tp kirim kat kwn yg nak p sini ( kopak duit aku klu pos, nak kna bayar blik).ana pun nak ber bait muslim. gak..takkan enti sowang jer.

kat sini kekurangan lah buku2x cam tuh ( berbahasa Melayu).

plzzzzzzzz...

Aesyahumaira said...

Assalamualaikum wbt~
akak, aasif jiddan
berkenaan dgn emel yg dinanti2kn tu (hehehe), ana bergurau aja, pilz dont take it seriously taw..huhu
(T_T)
xpa, ana paham kekangan masa yg akak hadapi sekarang~

cukuplah sekadar ana meneliti catatan sbegini, secara tak langsung ana dpt gambaran bgaimana pentgnya kita mencri yg sefikrah~
(^_^)
walopun bukan semua yg berpasgn dgn sefikrah akan berjaya tpi ana lebih cenderung mncri yg sefikrah~

bukan mudah untk memahamkn org len bhwa prjuangan kita ni terlalu perit
zahirnya tnpa ditaburi dgn karpet merah dan layanan vvvip~


salam juang dan istiqamah buat akak dan ustaz~
ana doakan smoga al-fateh yang bakal dilahirkn mewarisi smgt perjuangn dan realiti pengorbnn ummi dan abinya~

(~_^)

KelawarHijau said...

Tiba-tiba rasa takut untuk berkahwin dan berkerja. Benarlah keluhan yang pernah saya dengar; muslimat yang dahulunya srikandi di kampus hilang ditelan himpitan kerja dan keluarga.

Takut kalau-kalau diri ini diantara yang bakal lemas dan hanyut.

Nak jadi mahasiswa sampai matilah! Hehe..

ilmuwanshattirs said...

Artikel yg menarik..
Alhamdulillah,Allah pertemukn sy dgn 1 fikrah dan seperjuangan gerakan islam di Mesir ini.
mudah2-an dpt mmbina Baitul Muslim yang diredhai Allah hndknya..

limaumaniss said...

suka baca cerita kamu ni...moga berbahagia hendaknya...moga terus istiqamah dalam perjuangan kalian...

-ex iium student-

Anonymous said...

moga istiqamah dengan perjuangan kalian!!

Ahyana Solehah said...

Subhanallah. Mmg sbuah inspirasi! =)
Mabruk a'laik k'nurul & ust shaari. Mg istiqamah & bahagia slalu shgga ke akhr hayat.insyaallah

Anonymous said...

Dah lama saya perhatikan kamu.. dah lama saya kagumi kamu.. semoga dapat menjadi muslimah yang baik seperti kamu.. InsyaAllah.. Teruskan perjuangan..

Anonymous said...

mabruk....satu pndedahan yang realistik....bermanfaat buat mujahid/ah baru....

Anonymous said...

Assalamualaikum...seronok dengar kisah dan cerita baitulmuslim yang berjaya dibina kak nurul dengan ustaz Syaari atas perkenan dan jugak izinNya..moga kekal dunia akhirat dan semoga apa yang dihajati akan tercapai dan dipermudakan..selamat berjuang..mubarakallahu fik..harap2 semangat yg ada pd akak dpt lah sy contohi.

hamba Allah yg sangat lemah.