Sempena Birthday ke 24 : Terima Kasih Suamiku

Posted by srikandiharakah Monday, April 5, 2010



Terima kasih suamiku atas bingkisan video yang menyentuh hatiku, andaikata diulangtayang, ia mampu mengukuhkan semarak mawaddah dan rahmah kasih sayang antara kita, menghiburkan hati tatkala kita berseorangan dan berpisahan, dan lebih penting lagi mudah-mudahan membakar semangat zuriat pelapis perjuangan kita nanti, Muhammad Al-Fateh.

Terima kasih atas segalanya yang tak mampu ku ungkapkan dengan lontaran kata mahupun lakaran lukisan. Hanya Allah jua yang lebih tahu betapa bersyukurnya aku Allah pinjamkan dirimu buatku di dunia sementara ini. Moga kita terus kekal bersama di akhirat sana.

Esok ada lagi paper FINAL EXAM. Ok,teruskan FOKUS!

"Kuhadiahkan secebis bingkisan video hasilanku buatmu sayang. Moga lagu Maher Zain ini terus kekal dalam ingatan perjuangan kita."

Tq abg!







8 Responses to Sempena Birthday ke 24 : Terima Kasih Suamiku

  1. saya da tgk da video tu...
    sweet sgt...
    bahagia je tgk...
    harap2 kamu ber dua berbahagia didunia dan di akhirat...
    amin......

     
  2. ayat2 akak seperti seorang yg periang...
    ternyata org yg lahir pada 2 april ni mmg periang orgnya..
    kebetulan pula, birthday saya pon 2 april juga..
    hehehehhe.....

     
  3. Tq adik Aniza! Doakan kami ye. Akak mmg periang je dik. Ada ms kita blh jumpa blh tgk keriangan kita. ;-)

     
  4. As-Sakinah Says:
  5. salam kak nurul~
    Apa kabar?
    Saya farah sakinah from SMKA SHAMS..

    Saya dh tgk video tu, sweetnye!!
    semoga akk bhgia fiddunia wa akhirat n sentiasa kuat di samping insan yang tercinta..
    InsyaAllah~
    chayok!!

    by the way, happy belated birthday, may Allah always bless u..
    and, semoga akak akan mnjadi sayap kepada perjuangan ustaz syaari.. insyaAllah~
    Doakan kami juga ye kak? berjaya dunia akhirat~

    All the best utk akak.. (^~^)

     
  6. kak nurul:

    selamat hari lahir..
    semoga kehidupan yang dibina membawa mahabbah akhirat dan dunianya..
    insya ALLAH akak sentiasa menjadi contoh muslimah gerakan..


    ana tunggu al-fateh akak lahir..(^_^)

     
  7. fiqhullughah Says:
  8. salam kak.happy belated burfday..rindunya saat dulu..mga akk bahagia disamping yg tersayang..

     
  9. *f@ryh@* Says:
  10. salam k.nurul..igt farieha lagi x??rindu sgt ngan akak..anyway happy belated besday to u..semoga akak and akh syaari terus bahagia slamanya hingga ke syurga..kagum sgt dengan semangat juang kalian berdua dalam medan dakwah..akak,saya nk no phone akak boleh??

     
  11. tia Says:
  12. nak mengalir air mata tgok video tu..sweet sgt,,ya Allah,,,moga diriku juga dapat mmpunyai pendamping hidup yg dpt mndidik ku agr tros brada di jalanMu,,syukurnyaaa,,

     

Album Srikandi

My Photo
srikandiharakah
Nurul Suhadah Hj Shuib, Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia. 013-3005986 mujahidah_waqafan@yahoo.com Dilahirkan pd tanggal 02 April1986 merupakan puteri bongsu kepada Haji Shuib bin Salleh dan Habesah bt Said.Mendapat pendidikan rendah di Pasti kemudian berpindah ke Pra Sekolah Sek Keb Simpg 3 Sg Daun, kemudian menuntut di SMKA Yan sehingga ting.3, bermukim pula di Kolej Islam Sultan Alam Shah sejak tahun 2002 hingga 2005 termasuk Ting. 6 STPM. Sekarang menuntut di Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Laws, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Bercita-cita untuk menjadi seorang SENATOR dan pengamal undang-undang yang pakar dalam bidang undang-undang Perlembagaan.Berazam untuk terus menjadi dai'e yang istiqamah dalam jalan perjuangan ini,membuat sebanyak mungkin amalan sebagai persediaan untuk ke negeri akhirat sana.Bercita-cita untuk mati syahid sebagai pengakhiran perjuangan menuju Mardhatillah.
View my complete profile

Nota Sesawang

Blog ini merupakan sebuah catatan laman peribadi yang saya gunakan untuk menulis beberapa memori episod kehidupan diri dan keluarga serta insan-insan yang terdekat bersama saya,pengalaman pahit manis yang telah dilalui dalam jalan dakwah ini. Pendekatan yang diambil lebih kepada perkongsian hati dari seorang insan yang telah dipinjamkan Allah untuk merasai nikmat bergelar seorang 'isteri' dalam jalan perjuangan ini.

Laman ini juga menjadi tempat untuk saya menyatakan aspirasi perjuangan saya dan pendapat-pendapat peribadi berkaitan dengan sesuatu isu khususnya isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang dan gerakan muslimat.

Blog ini merupakan sebuah laman perkongsian peribadi saya kepada sesiapa yang sudi mengambil sedikit sebanyak manfaat yang ada,juga menolak sebarang kelemahan yang juga ada. Sama sekali blog ini tidak mewakili pendapat dan pandangan sebarang organisasi dan juga pertubuhan yang saya sertai. Ini adalah blog peribadi.

Bacalah dengan mata hati, positif dan optimis. Salam perjuangan!

Baiti Jannati

Daisypath Anniversary Years Ticker