Jom ke KONSERT AURA UNGU (KAU'2010) Nisa' Malaysia

Posted by srikandiharakah Monday, April 26, 2010

Jom ke Konsert Aura Ungu (KAU'2010) anjuran Nisa' Malaysia. Pelbagai aktiviti menarik menanti di sana. Untuk pelajar-pelajar UIAM dan yang berdekatan dengan Gombak dan Batu Caves, siapa yang berminat untuk mendapatkan tiket boleh menghubungi saya, Nurul Suhadah Shuib di 013-3005986.

Terima kasih semua.

Regards,
Nurul Syaari
~Kita Hidup Untuk Agenda Allah~

13 Responses to Jom ke KONSERT AURA UNGU (KAU'2010) Nisa' Malaysia

  1. Assalamualaikum ya uhkti,

    Berhibur memang tidak salah, asalkan sesuai dengan hukum-hukum yang telah digariskan oleh syara'.Yang menjadi persoalan besar di benak saya usai membaca iklan di atas ialah tentang prioriti. Awlawiyyat. Keutamaan. Sudah tidak adakah tugas yang jauh lebih aula' dari sekadar mempromosikan program hiburan di kalangan muslimah? Lebih-lebih lagi apabila ia dianjurkan oleh sebuah gerakan Islam. Muslimah bagaimana yang ingin dibentuk melalui program seperti ini?

    Jutaan umat Islam sedang menderita, diseksa, dibunuh oleh musuh-musuh Islam. Adakah kamu masih ada masa dan rasa untuk berehat, bergembira dan bersenang-senang di dalam gerakan Islam? Umat Islam di Palestin dibunuh saban hari, kita pula sibuk-sibuk nak menyanyi?! i'm speechless.

    Wallahualam..

    blh rujuk,

    http://insyirah-ameer.blogspot.com/2010/02/nisa-so-you-think-you-can-sing.html

     
  2. Trm kasih ats pndgn dr ukhti,sy telah lama membaca pndgn ukht dan pndgn ukhti telah diperdebatkan malah telah dirujuk kepada ust2 dan jgk dewan muslimat sendiri.

    Sy tidak mahu berbahas pnjg disini,cukuplah skdr sy jelaskan bhw usaha yg dilakukan ini telah dibncg pnjg dan disyurakan dgn baik dan ini merupakan antara agenda Islam yg ingin dibawa.

    Musuh Islam kini menyerang kita dgn virus pemikiran yg kita tidak nmpak jelas cthnya serangan hiburan yg melampau dll,tidak sprti serangan fizikal di Palestin dan sbgnya.Justeru,kita gunakan 'senjata' yg sama jg utk menentang mereka balik.Kita tonjolkan yg Islam jg punya altenatif malah lebih baik.

    Soal awlawiat,jg perlu dilihat dr sudut 'long term' jg kerana maslahah yg bersifat jgka pnjg lebh utama dr jgka pendek.Program begini atleast diharap dpt membentuk generasi remaja ms depan yg lbih baik.Prog ini akn dedahkan mereka ttg Islam & keindahannya.Jgn kita cepat menghukum sesuatu tnpa benar2 ada ilmu ttgnya.

    Jgn smpai kita dah jd mcm Palestin,diserang br kita terasa pntingnya mmbina generasi kini utk ms depan.Kita jg perlu lihat waqi',prog sebegini utk menarik minat remaja2 yg mgkin agk jauh dgn Islam ttp sukakan hiburan.Kalau kita buat Seminar Palestin,nak ke bdk2 biasa2 ni dtg?
    Fikir-fikirkan.

    Skdr satu lontaran pndgn.Kita kemukan alternatif,jgn hnya mudah untuk mengkritik.

    "It is easy to oppose but not easy to prpose"

     
  3. Ok, sama2 di atas pandangan dan penerangan ukhti..

    Jika ukhti mengatakan bahwa musuh Islam kini menyerang kta dengan virus pemikiran yg kita tdk nampak jelas akannya,iya itu memang betul.. tapi serangan hiburan hanyalah cabangnya ukhti bukannya serangan pemikiran yang utama..

    Sekiranya kita sebagai umat Islam ingin menggunakan dan semestinya harus menggunakan senjata yang sama
    utk menentang mereka balik, adakah mereka mula2 menyerangkan pemikiran umat Islam dahulu dengan hiburan?

    Adakah dengan alternatif sebegini akan menggerunkan mereka, musuh umat Islam?

    Sekadar bertanya kembali utk kita same2 berkongsi pandangan..

    Salam kenal, kak nurul.. =)

     
  4. Bintu Nur Says:
  5. action speak louder than words.

    sama2 lah buat kerja masing2...

    smuanya dlm hitungan Allah..

     
  6. to Ukthi Bintu Nur,

    sama2 lah buat kerja masing2?

    tapi sebagai saudara muslim dan seakidah, kita kena same2 muhasabah.. kena saling ingat mengingati..

    begitu juga saya.. kalau saya silap atau salah ke, silalah tegur.. itu saje..

    not like you said, action speak louder than words.. nauzubillah..

    wallahualam..

     
  7. nisamalaysia Says:
  8. Tahniah adikku NURUL kerana dapat meluaskan publisiti!

    Program ini menyediakan pentas bagi anak muda berhibur dengan cara ISLAM..

    tidak semua orang dapat kecapi apa itu islam...INDAHNYA ISLAM..apa bila kite dapat kenalkan pd golongan ini...tak aula ke usaha dakwah ini???

     
  9. Anonymous Says:
  10. salam...
    kata-kata yang pernah ditulis oleh seorang ustaz : dalam keadaan Islam sebegini lemah, semua usaha baik untuk Islam perlu kita raikan terlebih dahulu. Kita tidak harus terus menolak sesuatu secara keseluruhan hanya kerana ada padanya kecacatan tertentu, dan menafikan kebaikan lain yang ada..
    ~Islam itu indah...
    ~qatrunnada

     
  11. salam alaik..
    aiwah.. promo..jgn tak promo..
    jom ramai-ramai ke karnival aura ungu ;)

    insyaallah gelombang UNGU akan menjadi tsunami..hehee..

    ;) berhibur tiada salahnye.. kerna hiburan itu indah..

    Allah suka pada hambaNya yg ikut aje peraturan alam ... so? just follow the RULES laa.. ;) ** ups pesanan utk semua

     
  12. Anonymous Says:
  13. salam...sekadar mmberi pndangan dari seorang hmba yg hina n byk dosa di hdpan Allah..ana stuju ap yg nisa anjurkan krana nk bgtau kt umat manusia yg parah skarang dgn keindahan Islam,kesyumulan Islam,Islam x restrict only 2 individual aspect,also in community aspect,entertainment,architecture,science field,education,n all aspect in our daily life..jd puak2 Yahudi ni,buat hiburan yg mlampau..jadi ank2 muda plak suka sgt hiburan..jd sblum nk mnanamkan sifat2 jihad dlm ank2 muda,jd biar ank2 muda ni sukakn Islam,sayangkn Islam,dan msti ad folow up lpas 2,mgkin ini salah satu first step..jd x salah...sygkan Islam,mksudny sayang jgak umat Palestin di sana...syg Islam,syg jugak umat Islam yg kna tindas kt cni,prjuangan bkan hny di Palestin skarang,sume umat Islam dikerahkan utk brjuang di tmpat msing2..bina waqi' yg bnar2 islam...Islam yg btul2 trtgak..jd thumbs up nisa,berusaha mmberi yg trbaik utk umat Islam yg amat2 rapuh imanny..Ya muqallibal quluub,thabbit quluubana 'ala diinik wa'alaa too'atik....Sebaik2 kalam adalah dr Allah....mntak maaf pd smua...hny ign mmbetulkan view umat Islam...binalah kritikan mmbina...k.nurul..lipat gandakn usaha..utk sume yg mmbaca juga...jom jd umat Islam yg praktikal..jgn ckp je,tp xd tndakan..igtlah firman Allah dlm surah as-soff:2"wahai orang beriman,mngapa kamu kata tp x buat?"..Allah..brgetarlah jiwa ini mmbacany...maaf ats kekasaran bhs...~Allah knows the best~

     
  14. Anonymous Says:
  15. niat x menghalalkan cara.. niat baik tapi cara yang salah...Moga Allah memberi petunjuk...suara adalah aurat bagi wanita..jgn menghalalkan apa yang diharamkan Allah...

     
  16. Kepada anonymous 6 May 2010,

    benar apa yg saudara/i katakan.. niat x menghalalkan cara dan jgn menghalalkan apa yang telah Allah haramkan and vice versa..

    Tapi untuk mengatakan bhw suara wanita adalah aurat, saudara/i perlu lihat beberapa keadaan.

    saudara/i kena tahu, hukum asal sesuatu benda adalah harus. Maka suara wanita adalah harus. Namun hukum suara wanita akan berubah mengikut keadaan.

    Pertama, suara wanita menjadi haram apabila ia mendayu2kan suaranya di depan lelaki ajnabi untuk menarik perhatian. Suara wanita juga menjadi haram apabila ia menyanyi utk yang bukan mahramnya..

    Kedua, suara wanita adalah menjadi tidak haram sekiranya berkomunikasi dgn lelaki ajnabi dlm muamalat. Suara wanita dalam keadaan ini dibolehkan.

    Ketiga, dalam pertandingan nyanyian yang di dalamnya adalah semuanya wanita, maka ia juga dibolehkan. Ia hanya bertukar menjadi haram sekiranya ada penonton atau juri lelaki.

    Moga saudara/i anonymous 6 May 2010 serta para sahabat mendapat pencerahan..

    Wallahualam..

     
  17. Anonymous Says:
  18. haha wanita mustanir,konsert ni kan khusus dari wanita untuk wanita...datanglah...tengok dr segi teknikal pun kite training perempuan =) menyediakan platform bagi perempuan2 yg suka bnda2 begini dgn cara yg baik...fardu kifayah tuh!

     
  19. salam wbt.

    tahniah shbt!

    "dalam keadaan iman umat yang semakin rapuh hari ini, kita perlu sediakan program dan pengisian yang dapat mngembalikan mereka kepada merasai kembali keindahan Islam itu sendiri..~

    maka ana lihat, program yang dianjurkan oleh Nisa' sebenarnya sesuai dengan jiwa remaja kita .. dan ana amat percaya kepada team nisa' yang begitu mengambil berat dari aspek hukum dan kesesuaian penampilan@suara untuk 'menonjolkan' wanita di dalam konsert akan datang..

    Pada ana, isu di Palestin tidak boleh kita abaikan. Tetapi kita juga perlu usahakan sesuatu untuk menyelamatkan ummat Islam di Malaysia ini.. sekiranya kita kembali kepada sirah perjuangan zaman Rasulullah dan sahabat sekalipun, ramai sahabat dihantar ke posisi dan tempat yang pelbagai untuk melaksanakan usaha dakwah mengikut waqi' masing-masing tanpa meninggalkan 'hati' mereka dengan kota Makkah...

    apa pun, ingatlah kita sebenarnya dalam perjalanan menuju matlamat yang satu..

    ~selamatkan al-Quds~
    ~selamatkan umat Islam~

    sama-samalah kita 'bekerja' di posisi masing-masing..

    mohon maaf sekiranya terlanjur kata.~sekadar perkongsian dan penyucian jiwa dari ana~

    salam ukhuwah semua.

     

Album Srikandi

My Photo
srikandiharakah
Nurul Suhadah Hj Shuib, Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia. 013-3005986 mujahidah_waqafan@yahoo.com Dilahirkan pd tanggal 02 April1986 merupakan puteri bongsu kepada Haji Shuib bin Salleh dan Habesah bt Said.Mendapat pendidikan rendah di Pasti kemudian berpindah ke Pra Sekolah Sek Keb Simpg 3 Sg Daun, kemudian menuntut di SMKA Yan sehingga ting.3, bermukim pula di Kolej Islam Sultan Alam Shah sejak tahun 2002 hingga 2005 termasuk Ting. 6 STPM. Sekarang menuntut di Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Laws, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Bercita-cita untuk menjadi seorang SENATOR dan pengamal undang-undang yang pakar dalam bidang undang-undang Perlembagaan.Berazam untuk terus menjadi dai'e yang istiqamah dalam jalan perjuangan ini,membuat sebanyak mungkin amalan sebagai persediaan untuk ke negeri akhirat sana.Bercita-cita untuk mati syahid sebagai pengakhiran perjuangan menuju Mardhatillah.
View my complete profile

Nota Sesawang

Blog ini merupakan sebuah catatan laman peribadi yang saya gunakan untuk menulis beberapa memori episod kehidupan diri dan keluarga serta insan-insan yang terdekat bersama saya,pengalaman pahit manis yang telah dilalui dalam jalan dakwah ini. Pendekatan yang diambil lebih kepada perkongsian hati dari seorang insan yang telah dipinjamkan Allah untuk merasai nikmat bergelar seorang 'isteri' dalam jalan perjuangan ini.

Laman ini juga menjadi tempat untuk saya menyatakan aspirasi perjuangan saya dan pendapat-pendapat peribadi berkaitan dengan sesuatu isu khususnya isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang dan gerakan muslimat.

Blog ini merupakan sebuah laman perkongsian peribadi saya kepada sesiapa yang sudi mengambil sedikit sebanyak manfaat yang ada,juga menolak sebarang kelemahan yang juga ada. Sama sekali blog ini tidak mewakili pendapat dan pandangan sebarang organisasi dan juga pertubuhan yang saya sertai. Ini adalah blog peribadi.

Bacalah dengan mata hati, positif dan optimis. Salam perjuangan!

Baiti Jannati

Daisypath Anniversary Years Ticker