Pertemuan Susulan Dengan Adik-adik Exco BADAR KISAS

Posted by srikandiharakah Thursday, April 1, 2010
Pada hari Sabtu lepas, saya, suami dan adik Izzaz diberikan kesempatan dan kebenaran oleh pihak kolej untuk membuat pertemuan susulan dengan adik-adik kepimpinan BADAR KISAS. Program susulan yang kerap telah menjadi prinsip pengurusan dakwah saya untuk memastikan adanya semakan kepada terjemahan keberkesanan program akademi Kepimpinan BADAR yang dilalui oleh peserta sebelum ini.


Kesempatan yang ada saya manfaatkan untuk berkongsi satu fikrah perjuangan yang diwarisi dari perjuangan Nabi Muhammad S.A.W yang telah dilengkapkan Allah dengan sikap bukan sekadar pakej syariatullah iaitu SIDDIQ dan AMANAH, tetapi pakej sunnatullah iaitu TABLIGH (communication skills) dan FATHANAH (intelegensia).




Saya menunjukkan video kekalahan pemain catur nombor satu dunia Gary Kasparov kepada komputer Deep Blue untuk memudahkan adik-adik faham apakah maksud 'BIJAK' dalam mengurus gerakan dakwah.













Kebijaksanaan bererti kemampuan melihat kepentingan jangka panjang gerakan mengatasi kepentingan jangka pendek. Bagaikan bermain catur, Deep Blue menumpaskan Kasparov pada 1997 kerana kemampuannya membaca ribuan gerakan ke hadapan (forward looking) lebih pantas dari Kasparov. Kasparov pada 2003 berdepan pula dengan Deep Junior yang boleh memproses tiga juta pergerakan catur dalam tempoh satu saat. Kali ini, kemampuan otaknya berjaya mengelakkan kekalahan dengan keputusan seri. Siapa yang mampu melihat jauh ke hadapan, dia akan menguasai pentas perlawanan.



Gabungan keberanian dengan kebijaksanaan itulah yang dimaksudkan sebagai Quwwah dan Amanah sebagai penentu wibawa kepimpinan dan pasukan pemimpin. Sirah tindakan strategik dan 'siasah panjang nafas' Nabi ketika di Makkah (Hijrah) dan Madinah (Hudaibiyyah) serta pengalaman Refah-AKP di Turki antara bahan perbincangan kami.






Kerana mahu menggabungkan antara keberanian dan kebijaksanaan, ketinggian spiritual (SQ) dan intelektual (IQ), penguasaan syariatullah dan sunnatullah, maka tidak perlu pelik hadaf kolej yang digazetkan dari generasi terdahulu bukan sekadar untuk melahirkan pemimpin bertaqwa dalam erti kata maksud taqwa yang hanya sekadar menjaga hukum syariatullah, tetapi lebih dari itu menjaga hukum sunnatullah yang takkan mampu diketahui tanpa kajian dan pengetahuan (muthaqqafieen)




1 Response to Pertemuan Susulan Dengan Adik-adik Exco BADAR KISAS

  1. *f@ryh@* Says:
  2. k.nurul..rindunye akak..rase cam best je nk g program cam tu lagi..

     

Album Srikandi

My Photo
srikandiharakah
Nurul Suhadah Hj Shuib, Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia. 013-3005986 mujahidah_waqafan@yahoo.com Dilahirkan pd tanggal 02 April1986 merupakan puteri bongsu kepada Haji Shuib bin Salleh dan Habesah bt Said.Mendapat pendidikan rendah di Pasti kemudian berpindah ke Pra Sekolah Sek Keb Simpg 3 Sg Daun, kemudian menuntut di SMKA Yan sehingga ting.3, bermukim pula di Kolej Islam Sultan Alam Shah sejak tahun 2002 hingga 2005 termasuk Ting. 6 STPM. Sekarang menuntut di Ahmad Ibrahim Kuliyyah Of Laws, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Bercita-cita untuk menjadi seorang SENATOR dan pengamal undang-undang yang pakar dalam bidang undang-undang Perlembagaan.Berazam untuk terus menjadi dai'e yang istiqamah dalam jalan perjuangan ini,membuat sebanyak mungkin amalan sebagai persediaan untuk ke negeri akhirat sana.Bercita-cita untuk mati syahid sebagai pengakhiran perjuangan menuju Mardhatillah.
View my complete profile

Nota Sesawang

Blog ini merupakan sebuah catatan laman peribadi yang saya gunakan untuk menulis beberapa memori episod kehidupan diri dan keluarga serta insan-insan yang terdekat bersama saya,pengalaman pahit manis yang telah dilalui dalam jalan dakwah ini. Pendekatan yang diambil lebih kepada perkongsian hati dari seorang insan yang telah dipinjamkan Allah untuk merasai nikmat bergelar seorang 'isteri' dalam jalan perjuangan ini.

Laman ini juga menjadi tempat untuk saya menyatakan aspirasi perjuangan saya dan pendapat-pendapat peribadi berkaitan dengan sesuatu isu khususnya isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang dan gerakan muslimat.

Blog ini merupakan sebuah laman perkongsian peribadi saya kepada sesiapa yang sudi mengambil sedikit sebanyak manfaat yang ada,juga menolak sebarang kelemahan yang juga ada. Sama sekali blog ini tidak mewakili pendapat dan pandangan sebarang organisasi dan juga pertubuhan yang saya sertai. Ini adalah blog peribadi.

Bacalah dengan mata hati, positif dan optimis. Salam perjuangan!

Baiti Jannati

Daisypath Anniversary Years Ticker