Friday, August 15, 2008

Dewan Muslimat Muda…Menarik,Tertarik,Tapi....

Empat hari yang lalu,pertama kali membaca berita berkenaan dengan salah satu usul yang telah diterima yang akan dibahaskan di muktamar Dewan Muslimat yang berlangsung semalam membuatkan otak ini ligat berfikir dan hati ini ternanti-nanti.Usul penubuhan Dewan Muslimat Muda yang telah dicadangkan oleh Dewan Muslimat Melaka agak menarik perhatian saya.Keahlian Dewan Muslimat Muda ini khusus buat mereka yang berusia 18-40 tahunSelain itu,idea asal penubuhan dewan baru ini adalah untuk memberi peluang dan ruang untuk golongan muda membawa idealisme dan wawasan anak muda dengan gaya anak muda mereka sendiri agar golongan ini lebih terarah dalam pilitik dan pentadbiran negara.

Sebelum dibahaskan lagi,saya sudah berani mengagak keputusan dan nasib usul ini.Pastinya DITOLAK.Namun,saya agak kekangan masa untuk menulis infrens yang telah muncul di benak pemikiran saya ini.Hasilnya terbukti,sangkaan saya tepat,usul ini telah pun ditolak.Hanya Dewan Muslimat dari Kelantan yang bersama-sama dengan Dewan Muslimat Melaka menyokong usul ini.Faktor utama penolakan usul ini adalah kerana keperluan untuk memperkasakan Unit Nisa’ yang telah sedia ada melebihi dari tuntutan untuk membuka ’cawangan’ baru,penubuhan Dewan Muslimat Muda ini.

Sekali pandang pun kita sudah dapat mengagak,kenapa idea sebegini boleh timbul.Antaranya sebab melihat kepada peranan yang dimainkan oleh ”Puteri UMNO” dalam UMNO yang begitu lincah beraksi dan berpencak membantu jentera UMNO dalam pilihanraya,mereka sentiasa update dengan pelbagai aktiviti terkini yang turun kepada masyarakat,mendekati para remaja,sentiasa berusaha menggerakkan pergerakan mereka ini.Malah populariti Ketua Puteri UMNO jugak tidak kurang hebatnya dengan Ketua Wanita UMNO kini.Buktinya kita boleh lihat 2 orang bekas Ketua Puteri UMNO telah dilantik menjadi menteri menganggotai kabinet Pak Lah Badawi iaitu Dato’ Azalina Othman dan seterusnya diikuti jejaknya oleh Dato’ Noraini Ahmad.

Justeru,adakah penubuhan Dewan Muslimat Muda ini mampu untuk menggalas tugas seolah-olah Puteri UMNO namun yang ini mungkin boleh disebut ’Puteri PAS’?Adakah Unit Nisa’ yang berada di bawah Dewan Muslimat tidak mampu menggalas tugas ini?Banyak masalah Nisa’ yang ditimbulkan dalam perbahasan,antaranya tidak cukup kapasiti tenaga untuk menggerakkan Nisa’ di semua peringkat.Saya secara peribadi berpendapat bahawa Nisa’ sememangnya semakin maju dan berkembang.Aktivitnya kalau kita sentiasa update dengan webnisa’,tidak kurang banyaknya juga.Nisa’ turun kepada masyarakat,Nisa’ mendekati remaja,Nisa’ menggalas tugas dakwah.Malah,imej Nisa’ yang seolah-olah ’neutral’ pada pandangan massa menyebabkan Nisa agak mudah didekati golongan muda.Namun,adakah Nisa’ sebenarnya berperanan ’sama’ dengan peranan yang dimainkan oleh Puteri UMNO kepada UMNO?Secara peribadi saya melihat ada beza yang agak ketara.Nisa’ yang dianggotai oleh golongan muda ini tidak secara ’directly’ memberikan ’saham’ kepada PAS sepertimana Puteri UMNO memberikan ’saham’ kepada UMNO.Tengok pada namanya sahaja dah boleh lihat bezanya,betapa directnya PUTERI UMNO dan betapa berselindungnya NISA’.Mungkin disebabkan itu,peranan Puteri UMNO jauh nampak lebih terkehadapan terhadap parti UMNO berbanding sumbangan Nisa’ kepada PAS.Jika dilihat misi Nisa’ sendiri pun tidak mensasarkan apa-apa matlamat khusus untuk sumbangan kepada PAS.Nisa’ dilihat sebagai sebuah badan yang mampu untuk menarik masyarakat terutamanya golongan remaja perempuan ke arah Islam dengan approach kebajikan dan kasih sayang.Mungkin misi Nisa’ ini lebih bersifat ’general’ dan tidak spesifik sepertimana Puteri Umno.Namun saya optimis bahawa Nisa’ mempunyai capability untuk pergi lebih jauh dari apa yang telah dicapai sekarang.

Dewan Muslimat Muda,adakah alternatif terbaik untuk golongan muda yang telah mendapat tarbiah,yang telah mengenal erti harakah dan faham perjuangan ini selain Nisa dan Dewan Muslimat?Mungkin juga Dewan Muslimat Muda ini mampu memainkan peranan seperti mana yang dimainkan oleh Puteri UMNO dalam UMNO ataupun seperti Dewan Pemuda PAS dalam PAS kerana ’aura’ golongan muda yang ada?Sekali fikir,saya bersetuju dengan idea kasar ini sepertimana Senator Mumtaz Mat Nawi mennyatakan hujah menyokong usul ini.Malah saya sendiri pernah mengemukakan cadangan ini kepada Kak Aiman Athirah,Setiausaha Dewan Muslimat semasa satu sesi dialog sempena satu program dalam semester yang lalu.Ini kerana,Nisa’ dilihat mungkin juga bukanlah satu platform terbaik buat ’muslimat-muslimat muda’ yang telah faham ini untuk terus berjuang dan berkhidmat kerana mungkin apa yang mereka ada dan apa yang mereka ingin sumbangkan lebih dari apa yang ada dalam ruang lingkup Nisa’ tersebut.

Dewan Muslimat yang sedia ada pulak,mungkin agak tidak kena dengan jiwa golongan muda ini yang semsetinya tidak sama dengan pergerakan Dewan Muslimat yang kebanyakkannya dipimpin oleh golongan yang berusia 40-an.Takut nanti mereka jadi lebih tua dari usia pulak.

Namun,pada pandangan saya,kedua-dua platform ini sebenarnya ada jalan tengah antara keduanya tanpa perlu menubuhkan Dewan Muslimat Muda.Saya berpandangan bahawa golongan muslimat yang telah mendapat tarbiah sejak dari kampus ini menggunakan seoptimum mungkin ruang-ruang yang ada dalam ’student movement’ di kampus masing-masing untuk develop kemahiran dan potensi diri.Medan ini adalah medan terbaik buat golongan muslimat muda yang bergelar mahasiswa.Biar golongan ini ada idealisme mereka yang tersendiri yang tidak sewenang-wenangnya hanya tunduk dan patuh pada apa yang dikatakan oleh golongan-golongan tertentu.Mereka tidak perlu terlibat secara direct sebelum tiba masanya.Apabila tiba masanya mereka melangkah keluar ke medan masyarakat,saya melihat bahawa Dewan Muslimat lah yang perlu mereka masuk dan mencorakkan dewan muslimat ini.Dewan Muslimat merupakan medan dimana mereka boleh memberikan sumbangan direct kepada parti berdasarkan ’apa’ yang ada pada mereka.Cumanya,mungkin akan berlaku sedikit ’krisis’ dalaman bila mana berlakunya pertembungan dua ideologi dari dua golongan berbeza ini.Namun,saya tidak melihat ini sebagai masalah besar selagimana ada sifat hormat menghormati antara satu sama lain.Golongan muda ini mungkin boleh diharapkan untuk menjadi think tanker dan penggerak disebalik tadbir Dewan Muslimat ini.Yang tua dihormati,yang muda disayangi...Untuk menubuhkan satu lagi dewan muslimat muda kerana ingin memainkan peranan ini,saya merasakan keperluannya belum lagi mendesak.



Saya juga menyokong saranan ahli perbahasan muktamar dewan muslimat yang menyatakan bahawa selain dari menubuhkan satu lagi benda baru,lebih baik menumpukan usaha kepada agenda memperkasakan Nisa’ itu sendiri.Nisa’ merupakan ’senjata’ penting dakwah Islam dan juga sebenarnya andai mampu ditingkatkan lagi keupayaannya,kemungkinan besar Nisa’ juga mampu memainkan peranan sepertimana Puteri UMNO ataupun Dewan Muslimat Muda yang diidamkan dalam usul ini.Kita tidak memanfaatkan sebaiknya ruang-ruang yang kita ada sebenarnya...

No comments: