Sunday, August 10, 2008

BAR COUNCIL...


Stp kali menaiki bas dari Kolej Islam Sultan Alam Shah ke Kuala Lumpur,biasanya kerana ingin menghadiri program-program tertentu,perhatian saya akan sentiasa tertumpu pada sebuah bangunan yang terletak di sebelah kanan ketika bas melalui jalan itu (tak ingat jalan apa).Bangunan Bar Council yang tersergam.Taklah menarik sangat bangunannya,ttp kerana “Bar Council” itu yg amat menarik perhatian saya.Minat yang sangat mendalam,keinginan yang membuak-buak untuk meneruskan pelajaran dalam bidang undang-undang dan mendalami ilmu hebat ini menyebabkan saya amat suka dengan bangunan bar council…

Apa yang terjadi pada tanggal 09 Ogos 2008,berdemonstrasi di depan Bar Council menjadikan saya sedikit sebak.Tindakan Bar Council menganjurkan Forum bertajuk “Memeluk Islam” atau “Conversion To Islam” mencetuskan kontrovesi dalam negara ini.Namun,pada pandangan saya,kontrovesi ini menjadi panas dan hangat kerana peranan pihak media yang mungkin juga bermotif.Forum yang sepatutnya berlangsung selama separuh hari terpaksa dihentikan atas desakan orang ramai yang berkumpul di depan bangunan tersebut dan mendesak agar forum tersebut dihentikan.Kelihatan beberapa pemimpin Dewan Pemuda Pas spt YB Salehhuddin Ayub,ahli parlimen PKR Zulkifli Nordin dan juga Naib Presiden GPMS,Jais turut serta bersama menyatakan protes di depan Bar Council tersebut.

Apa yang agak membanggakan,peranan yang dimainkan oleh para mahasiswa mahasiswi GAMIS yang turut serta mengambil bahagian dan menyatakan pendirian dalam isu ini.At least kita dapat lihat masih ada segolongan mahasiswa yang masih cakna isu,sedar apa yang terjadi di sekeliling mereka,ada sensitiviti dan bertindak menyatakan pendirian mereka.Walaupun pandangan saya secara peribadi mahasiswa patut memainkan peranan yang lebih pada event di depan Bar Council tersebut.Suasana menjadi agak tidak terkawal bila mana emosi mula menguasai beberapa orang yang terus meluahkan kemarahan mereka melalui pembesar suara yang ada banyak pada event td.Mungkin disebabkan banyak pihak yang menyertai protes ini dan masing-masing ada ‘interest’ sendiri lalu masing-masing bawak pembesar suara sendiri.Kata-kata kesat dan kasar yang tidak sedap didengar mula kedengaran yang menyebabkan suasana menjadi ‘tidak tenang’.Malah puluhan blogger non-muslim telah mengemukan komen dan kritikan mereka terhadap suasana yang terjadi malah turut juga mengkritik dan mempersoalkan inikah nilai-nilai akhlaq dlm ajaran Islam.Inilah padahnya bila terlalu mengikut perasaan,medan dakwah yang patutnya boleh diguna menjadi backfire balik kpd Islam.

Apakah niat sebenar Bar Council disebalik penganjuran forum seperti ini?Kalau dulu mereka juga telah menganjurkan satu forum tentang ketuanan Melayu,yang jugak menimbulkan sedikit kontrovesi,kali ini mereka teruskan lagi.Saya secara peribadi pada mulanya sejak dari malam semalam sebelum berlangsungnya event forum ini bertungkus lumus mencari maklumat tentang forum ini,tujuan bar council dan juga mendengar pandangan dan kritikan dari pelbagai pihak.Namun,hati ini masih berbelah bahagi tidak dapat membuat satu stand dan pendirian yang kukuh.Sebagai seorang pelajar undang-undang,walaupun masih di tahun 2,masih terlalu cetek ilmu undang-undang yang saya perolehi,namun,hati ini tidak menafikan bahawa ‘Intellectual Discussion’ yang cuba dibawa oleh Bar Council dalam isu ini merupakan antara langkah yang baik,konflik yang ada dalam kelompangan isu undang-undang berkaitan interpretation provision Article 121 (1A) yang ingin dibincangkan secara serius,terbuka dan penuh kematangan dengan cara membincangkan in matters of laws dan bukan in matters of religions seolah-olah tiada apa masalah dengan forum tersebut.Namun,isu sensitivity dan seolah-olah ada ‘malicious intention’ juga di pihak Bar Council menyebabkan saya juga tidak tenang untuk me’redha’kan begitu sahaja tindakan bar council.Apatah lg 2 kes Shamala dan Shubashini juga turut menjadi perbincangan utama.

Namun,kehadiran saya dihadapan Bar Council semalam,memberikan makna yang amat besar pada diri saya dan perjuangan akademik dan karier saya.Betapa saya rasa begitu sebak melihat bangunan Bar Council yang amat saya sukai itu dihuni kebanyakkannnya oleh orang-orang yang bukan se’aqidah’,yang tidak menyembah Tuhan yang sama yang mana saya sembah.Betapa ruang dakwah yang ada dalam Bar Council tertutup begitu sahaja.Betapa pentingnya perlu lahir dan dibentuk peguam-peguam Islam yang berkredibiliti tinggi yang mampu dan layak memimpin Bar Council suatu hari nanti..
Saya sangat suka bangunan Bar Council..


”Becoming Lawyer Of The Deen”

No comments: