Tuesday, August 19, 2008

AUKU dan WAN NORZAHIDAH..

Event di depan pintu masuk parlimen td melakar salah satu lg sejarah dalam salah satu episod perjuangan mahasiwa.Perjuangan memansuh AUKU yang selama ini mengcengkam dan membelengu mahasiswa diteruskan dengan demonstrasi bermandikan hujan pagi td.Bermula sejak jam 8.30 pg mahasiswa mula berkumpul di kawasan Tugu Negara,dengan pakaian serba hitam,mahasiswa-mahasiswa yang ‘berani bertindak’ menyatakan pendirian mereka,membantah pindaan yang telah dilakukan terhadap AUKU yang dilihat hanya merupakan pindaan kosmetik yang bukan bertujuan untuk membebaskan mahasiswa namun sebaliknya hanya untuk kepentingan individu-individu tertentu dan sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’.Pelbagai aksi menarik dapat dilihat dlm rally aman pg td,antaranya aksi ‘berbaring’ di ats jalan oleh golongan mahasiswa dengan membentangkan banner antaranya yang tertulis “Akta Untuk Kuburkan Universiti” sbg akronim AUKU dll.

Setelah berhempas pulas melepasi kawalan polis,segerombolan mahasiswa ini berjaya berkumpul di hadapan pintu masuk parlimen setelah berarak dari kawasan Tugu Negara.Akhirnya,setelah jugak beberapa kali terpaksa ‘berhadapan’ dengan polis yang cuba merampas banner,cuba merampas pembesar suara dan tidak membenarkan kami bersuara dan melaungkan pelbagai slogan,beberapa orang wakil mahasiswa berjaya dihantar masuk ke dalam parlimen.Akhirnya mereka berjaya menyerahkan memorandum tersebut kepada Timb Menteri Pangajian Tinggi,Dato’ Idris Haron.Beliau berjanji akan memberikan perhatian terhadap pindaan AUKU yang akan dibahaskan di parlimen tidak lama lg dan menyatakan yang beliau ‘berpuas hati’ dengan perhimpunan aman mahasiswa pd pg ini.

Banyak yang ingin saya ulas berkenaan AUKU ini.Draf pindaan AUKU yang saya photostet minggu lepas belum sempat dibaca,ditekuni dan diselidiki.Kekangan masa Midterm yang berderet-deret ini tak mengizinkan saya.Mungkin jugak hanya alas an..

Namun,apa yang saya dapat dari event pg td yang boleh dikongsi bersama antaranya adalah berkenaan dengan UKHUWWAH.Seringkali saya menyatakan bahawa dalam perjuangan kita ini,kita tidak seharusnya meletakkan ukhuwwah sebagai antara faktor utama yang terpenting dalam perjuangan.Kerana saya selalu melihat ramai jugak antara sahabat-sahabat saya yang ‘gugur’ dari perjuangan ini kerana ukhuwwah.Antaranya,bila sudah jauh dari sahabat-sahabat seperjuangan,tidak mampu untuk survive sendiri,maka terus hanyut begitu sahaja..terasa hati dengan sahabat,terus lari..ada masalah hati dengan sahabat,tinggalkan perjuangan membawa diri..dan macam-macam lg penyakit hati kerana ukhuwwah..ukhuwwah yang tidak mantap dan sebagainya..

Kenape pulak dr event td,antara yang saya dapt adalah berkenaan Ukhuwwah?Sebabnya,kesempatan yang singkat pagi td,Allah pertemukan saya dengan sahabat baik dunia akhirat saya,sahabat seperjuangan stayer di KISAS dulu,WAN NORZAHIDAH WAN AHMAD..susah nak dicoretkan perasaan ni setiap kali jumpa sahabat saya ini.Kami jarang contact sebenarnya sejak sama-sama keluar meninggalkan Bumi Tarbiah,Bumi Waqafan tercinta..Sahabat saya ini meneruskan perjuangan di UM,malah kini menjadi antara ‘org kuat’ UM.Tahniah buat Wan yang terus istiqamah dalam perjuangan ini.Doakan kita semua istiqamah…Wan terlalu istimewa buat saya kerana dialah satu-satunya sahabat muslimat yang sanggup berkorban ‘stay’ bersama-sama saya di KISAS,mengambil Ting.6 tatkala keputusan kami layak untuk kami masuk mana-mana universiti.Saya tiada sahabat lain yang stay bersama-sama saya melainkan Wan.Hubungan kami istimewa,kami tak rapat fizikal,kami tak sentiasa bersama,malah kadang-kadang kami jarang bercakap dan berjumpa,tp kami sangat ‘rapat di hati’.Ukhuwwah yang sukar diertikan,tak boleh nak digambarkan..Ukhuwwah yang terpatri hanya kerana Allah.Mg Allah pelihara ukhuwwah kami ini.Allahuma Ameen…

Perjuangan mahasiswa menentang AUKU perlu diteruskan..
Berukhuwwahlah dalam berjuang..
Jangan tidak berjuang kerana ukhuwwah...
Carilah ’kefahaman’ sbg asas perjuangan..

”Yang saya maksudkan dengan ukhuwwah ialah hati dan jiwa terikat dengan ikatan aqidah.Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai.Ukhuwwah adalah saudara iman,sementara perpecahan pula adalah saudara kufur.Kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan dan tidak ada perpaduan tanpa kasih sayang.Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan jiwa terhadap saudara seislam dan darjat yang paling tinggi ialah mengutamakan org lain dr diri sendiri”
-Imam Syahid Hassan Al-Banna-

1 comment:

Ir. hydir said...

alhamdulillah...denyut nadi perjuangan mahasiswa masih ada lagi walaupun rasanya dah makin suam.

GAMIS, BBMN perlu lebih proaktif di samping tanzim dalaman setiap kampus perlu menggerakkan kembali roh perjuangan di kalangan mahasiswa. AUKU tidak menjadikan mahasiswa lesu tetapi sikap kita yang tidak melihat ruang dan peluang menghadkan perjuangan mahasiswa yg seterusnya menjadikan mahasiswa lesu dengan akademik masing2.

Selagi nadi masih berdenyut, perjuangan perlu di teruskan.

MULIA AKU KERANA ISLAM!