Alhamdulillah,kepadaMu jua ya Allah aku bersyukur atas segala sesuatu yang telah Engkau kurniakan kepadaku.Alhamdulillah,petang semalam saya berjaya melangsaikan amanah untuk menyampaikan talk di USIM Nilai setelah menerima jemputan seminggu yang lalu. Saya hanya mampu benar-benar fokus kepada persediaan untuk talk ini sehari sebelum program disebabkan kekangan jadual kelas dan kerja-kerja persatuan yang perlu dilangsaikan.Semester baru saya kali ini sangat berbeza,semangat yang menjelma luarbiasa seolah-olah saya kembali mendapat rentak kerja dan identiti.

Siswi Disebalik Kegemilangan Universiti : Peranan dan Cabaran. Inilah tajuk yang diberikan kepada saya untuk disyarahkan. Mulanya melihat tajuk ini,saya sangat teruja, excited! Kemudian saya termenung panjang. Tajuk macam ni saya nak cakap pasal apa? Nak kena buat kertas kerja ke? Memang soal siswi,wanita ini adalah passion saya, tapi melihatkan tajuk dan outline yang diberi, saya jadi bingung.
Sepetang brainstorm bersama suami, akhirnya dunia saya yang kelam mulai cerah. Saya jadi ghairah! Suami pulak offer diri nak tolong siapkan slide sebab malam sebelum talk tersebut saya ada 2 meeting dan 1 usrah. Sampai rumah pukul 1.30 pagi slide dah tersiap tinggal nk diedit2 sedikit.Alhamdulillah!
MAHASIWI, KITA ADALAH JUARA!
Saya mulakan talk dengan perkongsian pengertian hakikat kejayaan dan kecemerlangan yang sebenar. Bagaimana seharusnya kita sedar yang kita ini pernah menjadi juara sejak dari asal kejadian kita dalam persaingan bersama berjuta-juta sperma yang lain. Allah pilih dan takdirkan kita. Lahir ke dunia Allah pilih kita lagi untuk menjadi muslim, mendengar antara seruan pertama kita untuk menuju kejayaan dan kecermerlangan dalam laungan iqamah. Bagaimana mufassir kontemporari Mesir, Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi menghuraikan tentang penggunaan kata "Al-Falah" dalam ayat Al-Quran. Kata Al-Falah @ Fallahun ini bermaksud selain dari kejayaan adalah bermaksud juga seorang 'petani'. Kenapa Allah gunakan perkataan 'petani' ini? Allah mahu kita ingat dan kita hayati bagaimana sebenarnya 'nature' dan juga gerak kerja seorang petani. Seorang petani yang ingin mendapat hasil dari tanaman yang ditanam perlulah bermula dengan menanam benih-benih,menjaganya,menyiram air dan baja pada tanaman itu. Petani perlu berusaha melakukan beberapa kerja sebelum boleh menikmati hasil tanaman tersebut. Begitu juga kita manusia, perlu berusaha, lakukan sesuatu untuk berjaya. Kejayaan tidak akan datang bergolek-golek, melayang-layang. Kita mestilah memahami sunnatullah petani untuk kita fahami sunnatullah kejayaan yang Allah nak khabarkan kepada kita. Begitulah hebatnya mukjizat Al-Quran, cukup dengan satu perkataan telah membawa maksud yang cukup mendalam.
Justeru, hidup kita dan kejayaan ini tak dapat dipisahkan. Kita dilahirkan untuk menjadi yang terbaik. Itulah 'fitrah' kejadian kita. Tapi pelik bila kita dilahirkan sebagai manusia, kita selalu lari dari fitrah ini. Persoalan kedua yang perlu dijawab, kejayaan apa yang penting bagi kita? Cukupkah hanya dengan kejayaan akademik semata-mata. Ya, sebagai mahasiswi, akademik dan CGPA sangat penting. Tak boleh sesiapun nafi,. Nah katakanlah kalau kena dismiss universiti sebab masalah akademik, siswi lagikah kita? tTapi cukupkah dengan sekadar cemerlang aspek itu? Cukupkah bekalan kecemerlangan akademik itu kita nak bawa sepanjang hidup kita dan yang lebih penting di akhirat nanti bergunakah kecemerlangan itu? Sepanjang hidup ini, kecemerlangan itu tak akan mampu menjamin kita untuk terus berjaya dan berjaya ke peringkat-peringkat yang seterusnya dalam hidup ini. Banyak sangat kes yang berjaya di UPSR, gagal di PMR terlibat dengan masalah sosial dan lain-lain. Berjaya di SPM, belum tentu berjaya di universiti. Cabarannya satu persatu menanti. Semua ini hanya akan mampu kita tangani jika kita ada satu aset yang dinamakan "SIKAP YANG BETUL".
Sikap yang betul akan menentukan kejayan kita dalam hidup ini dan juga di akhirat sana. Sikap kita yang betul terhadap Allah, terhadap agama. terhadap ibu bapa, terhadap segala sesuatu yang berkaitan dengan kita di dunia akan mampu menjadi penjamin ampuh kejayaan kita di dunia dan akhirat.Justeru siswi, carilah makna sebenar kecemerlangan yang ingin kita capai!
4 comments:
x sabar menunggu part 2 plak..=)
Awwalan, tahniah utk nti! Sejak awal kenal nti smpai skg, smgt nti tak pernah padam,bangga ana punya shbt mcm nti :)
Rasa mcm ana dgr talk nti secara live pulak..
Btw, spt saudara Zubair, x sbr nk tggu part 2 ;)
2 thumbs up utk nti ;)
Ye. keep waiting de next. ari tu, last2 slide, mcm xsmpat crita abes, sbb mase da tamat. yeah. tggu nie..=)
Assalamualikum, boleh share ilmu/slide presentation? jika boleh email kp albadrich@gmail.com dan insyallah saya akan share apa yang saya ada. Whatsapp kp 011 2888 5399 slps maklumkan kp suami ok. T Kasih
Post a Comment