Sunday, January 25, 2009

LANDSKAP BARU MENANTI PRO-MAHASISWA

Kejayaan Pro-Mahasiswa UIAM dan UM membentuk kerajaan melengkapkan lagi siri tsunami politik yang dimulakan sejak 8 Mac 2008, di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Secara statistik, Pro Mahasiswa Nasional kali ini berkubu di UM (20 kerusi), UIAM (17 kerusi), UPM (13 kerusi) , UKM (12 kerusi), UPSI (8 kerusi), UTM (10 kerusi) dan USM (6 kerusi) telah membentuk hampir 90 buah kerusi berbanding hanya kira-kira 45 kerusi pada tahun 2007. Peningkatan jumlah kerusi sekali ganda ini merupakan penanda aras yang baik bagi menjawap persoalan sejauhmana respon golongan mahasiswa kepada arus perubahan politik yang dimulakan rakyat pada 8 Mac lepas.


Namun demikian, saya berpandangan – dalam situasi UIAM - situasi ‘won uncontested’ di banyak fakulti terutamanya cawangannya di Kuantan dan juga kerusi Antarabangsa adalah satu situasi yang kurang sihat dari sudut pendidikan demokrasi kepada mahasiswa. Tambahan pula peratus keluar mengundi merosot hampir 3 % dalam keadaan sistem semudah e-voting telah diperkenalkan beberapa tahun. ‘Pesta demokrasi’ di Fakulti Undang-undang, Ekonomi dan Ilmu Wahyu seharusnya menjadi benchmark kepada makna demokrasi berpilihanraya yang sebenar kepada semua fakulti di UIAM.


Selain itu, saya juga mengharapkan kemenangan ini hendaklah memberikan makna kepada momentum gerakan Pro-Mahasiswa Nasional itu sendiri, apatah lagi dalam keadaan pindaan AUKU yang saya kira bakal memberi kesan besar kepada kebangkitan semula gerakan mahasiswa. Orientasi gerakan bertunjangkan ‘kerajaan mahasiswa’ di UM dan UIAM serta ‘pembangkang’ yang kuat di UKM, UPM, UTM, USM dan UPSI semestinya menjadi landasan kukuh ke arah mengembalikan semula kegemilangan Badan Bertindak Mahasiswa Negara. Taring ‘watchdog’ BBMN dahulu sangat menakutkan sang Pemerintah apabila banyak isu-isu di sebalik tabir kampus yang tidak didedahkan media dan universiti sendiri akhirnya berjaya diselak dan disentak oleh BBMN, akibat penguasaan kampus-kampus utama oleh golongan Islamis ini.

Akhirnya, sebagai seorang mahasiswi, saya berharap landskap baru menanti Pro-Mahasiswa Nasional kini mestilah turut sama disusuli partisipasi aktif dan agresif golongan mahasiswi. Kita selaku kelompok terbesar gerakan anak muda kini tidak boleh lagi hanya menjadi tukang angguk dan pasukan sorak yang paling ramai dalam demonstrasi, tetapi kita juga mestilah menjadi towering figure yang mampu dirasai kehadirannya oleh muslimin dan dihormati hujahnya oleh massa.

Nurul Syuhada Haji Shuib,

Timbalan Presiden 2,

Kelab Ma’ruf,

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Friday, January 23, 2009

Video Kemenangan Pro-Mahasiswa UIAM

Alhamdulillah, saya sempat merakam video keputusan PRK UIAM. Ustaz Syaari telah edit dan upload dalam Youtube untuk tatapan dunia.

Saturday, January 10, 2009

"Anniversary"ku & Ghazza

Tanggal o9 January 2009,genap sebulan@30 hari usia perkahwinanku,perkongsian hidup bersama suami tercinta yang bermula pada tanggal 09 Disember 2008 yang lalu.Belum pun lagi setahun jagung,mungkin sekadar benih jagung mungkin.Masih terlalu awal usia baitul muslim kami,namun alhamdulillah,nikmat yang Allah kurniakan tak mampu diungkap dengan kata-kata.

"Lepas ni,kita perlu lebih bersedia untuk jadi suami isteri yang pejuang.Kehidupan kita tak kan sama dengan suami isteri yang lain"

Ungkap suamiku pada suatu malam yang menyebabkan aku menitiskan airmata tanpa dia sendiri sedari.Syukurnya aku,terasa insaf dengan ungkapan yang cukup mendalam seperti itu.

Benarlah,perkahwinan ini separuh dari ketaqwaan.Aku dapat merasainya.



Tanggal 09 Januari juga,kami sambut anniversary ulangtahun sebulan perkahwinan kami dengan sama-sama menyertai demonstrasi aman membantah serangan Israel ke atas Ghazza bersama lebih 2,000 mahasiswa prihatin yang lain.Setelah lebih kurang sebulan ini,honeymoon kami adalah sesi-sesi meeting,brainstorming,usrah dan pelbagai agenda perjuangan yang lain yang aku rasa menjadikan bulan madu kami lebih manis dari pasangan-pasangan yang lain.

Kenapa demonstrasi?
Inilah antara salah satu wasilah untuk menjaharkan betapa hati-hati kita ini tidak redho dengan serangan Israel Laknatullah yang terlalu kejam,yang tidak berperi kemanusiaan,yang bertindak melampaui binatang.
Inilah juga cara untuk memberikan sedikit tekanan kepada Israel dan konconya Amerika dan kepada mereka yang turut berkompromi seperti Mesir untuk segera menghentikan serangan ke atas Ghazza.Demonstrasi seluruh dunia yang sedang berlaku kini menjadi bahan bukti bahawa kita tidak sekali-kali redho dengan tindakan Israel Laknatullah.
Demonstrasi seperti ini jugalah sedikit 'hadiah' dan tanda sokongan kita kepada semua saudara-saudara seaqidah kita di Ghazza selain doa dan solat hajat yang sepatutnya tidak putus buat mereka.Moga mereka tahu,betapa ramai lagi umat Islam yang bersama mereka di seluruh pelusuk dunia ini.

Sehingga artikel ini ditulis,783 orang telah menjadi korban manakala 3000 yang lain cedera.Angka terbesar kematian adalah dikalangan kanak-kanak.Sayu sungguh hati ini membaca dan mengenangkan apa yang sedang berlaku di Ghazza sekarang ini.

Banyak hipotesis-hipotesis menarik yang boleh dibaca di website-website dan blog2 berkenaan krisis di Ghazza ini.Mungkinkah Barrack Obama yang menjadi fenomena dunia baru-baru ini adalah antara dalangnya @ beliaulah hero penyelamat Ghazza selepas 20 Januari ini?
Adakah sebanranya Ghazza hanyalah sekadar 'batu loncatan' atau umpan Israel untuk mencetuskan peperangan yang lebih dasyat dan hebat menentang Iran tak lama lagi?
Atau sememangnya serangan ke atas Ghazza ini adalah serangan nekad Israel untuk memusnahkan Palestin seluruhnya?

Segalanya mungkin berlaku,wallahu'alam.

Moga Allah menyelamatkan saudara-saudara kita di Ghazza..
Moga Allah kuatkan kesabaran dan semangat jihad mereka..
Moga pergantungan mereka terus kukuh dan utuh kepada Allah..
Bergembiralah wahai para Syuhada di Ghazza..
Syurga Allah yang penuh nikmat menanti kalian..
Kita disini bagaimana? Ya Allah...