Monday, October 19, 2009

Kisah Forum FEMINA 2009


Akhirnya saya kalah. Kalah pada suami saya sendiri. Walau penuh tekad dan azam saya bersemangat pada awalnya, namun patah semangat di penghujungnya. Jika tidak kerana suami saya, semangat saya untuk update blog akan terus berkubur kerana himpitan assignment dan exam. Bukanlah saya mahu katakan suami saya segala-galanya. Tapi, beliau berperanan cukup penting dalam hidup saya.

Sebenarnya, saya kalah dengan beliau dari sudut 'kecepatan' untuk hasilkan posting terbaru dalam blog berkaitan dengan aktiviti yang kami lalui pada hari Sabtu yang lepas. Kami terpisah berasingan tapi bersama di hati. Beliau mencabar saya, jom berlumba siapa paling cepat akan update blog. Saya semangat sangat pada mulanya, walau pada hari Sabtu tersebut saya tidak membawa digicam bersama kerana suami saya terlebih dahulu 'menyambarnya', saya mohon pertolongan adik Liyana dari UM untuk segera menghantar gambar-gambar saya melalui emel. Beliau menghantarnya segera. Terima kasih sangat dik. Tapi akak kalah ni. Huhu.

Sebenarnya, hari Sabtu yang lepas, saya dijemput untuk menjadi Moderator kepada salah satu forum yang dianjurkan dalam Festival Mahasiswi Universiti Malaya 2009 ( FEMINA 2009 ). Forum yang bertajuk "Wanita dan Realiti Di Malaysia" tersebut sepatutnya dikendalikan oleh seorang penceramah dan penulis buku motivasi terkenal, Saudara Ahmad Fadzly Yusof. Namun di saat-saat akhir beliau tidak dapat hadir. Setelah mencuba beberapa orang yang lain, akhirnya saya dijemput untuk menjadi moderator. Mulanya saya agak ragu-ragu nak terima, tapi setelah dipujuk dan disokong oleh suami, saya terima. Kira macam bidang terjun jugaklah saya ni. Sebab itulah lain macam sikit 'terjunan' nya.

Pada saya, saya sedikit kecewa dengan persembahan saya dalam mengendalikan forum pada pagi tersebut. Saya rasa saya boleh buat lebih baik dari itu sebenarnya. Walau saya tidak ada pengalaman sebagai moderator, tapi saya pernah menjadi ahli panel forum dan debator di sekolah dulu. Tapi, yang terjadi di forum tersebut tak menggambarkan yang sepatutnya,pada pandangan sayalah. Ada banyak faktor yang mempengaruhi semua itu terjadi. Antaranya mungkin kerana saya sebenarnya tidak pernah ada pengalaman menjadi moderator dalam forum seperti itu, apatah lagi dibarisi dengan panelis hebat seperti Profesor Madya Dr. Mariani Binti Md Nor (Pensyarah Fakulti Pendidikan UM) , Encik Kamal Affendi Hashim (Penganalisis Jenayah) dan Puan Norlina Alwi, (YDP Yayasan Darul Iman Malaysia). Saya jadi gugup.

Apatah lagi, semalaman tersebut saya tak berkesempatan untuk tidur kerana pada malam sebelumnya saya terpaksa menghadiri mesyuarat penting membincangkan bakal line-up kepimpinan Maruf Club yang akan datang yang mesyuaratnya hanya tamat jam 5 pagi. Sudah la saya kurang bersedia, saya pula tidak tidur pada malamnya. Sepanjang memandu ke UM pada pagi tersebut, rasa macam terawang-awang tidak jejak ke bumi. Saya bukan tak cukup tidur, tapi saya tak tidur langsung malam tersebut.

Hendak dijadikan cerita juga, saya mendapat emel dari pihak komiti program bahawa forum tersebut bermula pada jam 9.30 pagi. Jadi saya bertolak dalam pukul 8.45pagi dengan harapan sempat untuk interview para panelis dan bersedia sedikit sebanyak di sana. Ruapanya yang terjadi dan hakikatnya, forum tersebut patutnya bermula pada jam 9 pagi. Bila dihubingi oleh AJK program ketika saya dalam perjalanan, saya jadi semakin kalut dan gelabah. Saya cuba bertenang sedayanya. Sampai di sana, macam-macam perasaan ada dalam diri. Akhirnya saya menjerit dalam hati, "xpe, redah je ! Tawakkal ! ".


Begitulah lebih kurang pengalaman yang saya lalui. Penuh dengan pelbagai ragam dan rencam pagi tersebut. Dengan masa yang cukup sempit, cacamerba rasanya saya kendalikan forum tersebut. Tak terurus jadinya. Nasib baik ahli panel memang hebat-hebat belaka, sedikit sebanyak menutup kelemahan saya yang begitu major. Saya berazam dan berjanji dengan suami saya untuk buat yang terbaik, tetapi setakat itu sajalah yang saya mampu dengan pelbagai ujian teknikal yang melanda.

Petang itu saya agak 'down' sebenarnya. Tapi suami saya tak henti-henti memotivasikan diri saya, memberi semangat dan dorongan. Saya jadi sangat gembira. Pengalaman seperti ini cukup bermakna buat saya, banyak pengajaran yang saya dapat. Saya dalam usaha untuk membentuk diri, meningkatkan kualiti dan prestasi, justeru, saya tak boleh menyerah lagi. Terlalu banyak lagi benda yang perlu dipelajari dan diselami dirasai. Teringat saya pada satu kata-kata motivasi yang saya baca dalam buku muakhah saya, Shahidat.

"Do not just learn from experience, but learn POSITIVE"

Kalau saya sekadar nak ambil pengalaman, saya mesti rasa serik dah nak jadi moderator. Tapi, bila saya ambil semuanya sebagai sesuatu yang POSITIF, saya kembali bersemangat. Saya bukan sekadar nak jadi moderator, saya nak jadi ikon ORATOR terbaik muslimat suatu hari nanti !

Antara pengalaman berharga yang saya dapat dalam kenangan di forum ini adalah apabila dapat mengenali satu persatu personaliti panelis hebat yang terlibat dalam forum ini. Dalam bilik menunggu, saya mengenali dengan lebih dekat Dr Mariani, seorang pensyarah yang cukup hebat, cukup aktif menjadi mentor kepada PAKK ( Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak) di UM. Beliau juga beberapa kali telah muncul di kaca TV bercakap tentang psikologi. Beliau menceritakan bagaimana dengan keadaan beliau yang menghadapi masalah kesihatan, namun masih mampu cemerlang dalam pelajaran dan kini cemerlang dalam kerjaya dan rumahtangga.

Puan Norlina pula telah menyebabkan saya dan audience yang hadir menangis mendengar cerita beliau yang berusaha untuk membesarkan dan mendidik hampir 43 orang kanak-kanak yang merupakan anak kepada pesakit HIV AIDS. Ceritanya cukup sayu dan pilu. Saya terfikir betapa Agungnya Allah yang mengurniakan perasaan 'keibuan' yang sebegitu hebat kepada Puan Norlina. Disebalik pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada beliau, beliau terus tabah. Beliau minta kepada suami beliau untuk mengandung anak yang ke-6 semata-mata supaya beliau dapat menyusukan salah seorang anak pesakit HIV AIDS yang beliau pelihara yang ketika itu masih kecil. Begitulah 'kaya'nya perasaan Puan Norlina, hebatnya pengorbanan beliau.

En Kamal Affandi pula seperti yang kita kenal di kaca TV, memang pakar menganalisis jenayah. Dalam masa yang sama juga, beliau juga pakar membuat lawak. Di bilik menunggu, pecah perut saya dibuatnya. Cukup kelakar sampai saya terkonfius, betul ke dia ni penganalisis jenayah? ;-)


Di kesempatan ini, jutaan penghargaan dan terima kasih penuh kasih dan cinta buat suami tersayang yag terlalu banyak memberi tunjuk ajar, semangat dan dorongan. Saya cukup bertuah memiliki beliau. Pada saya, susah nak jumpa muslimin yang mengikuti jalan tarbiah ini, yang redho dan sokong isterinya menjadi 'public figure'. Suami saya bukan sekadar redho dan izinkan malah beliau kini sedang 'membentuk' saya ke arah itu. Kata-kata yang selalu dituturnya, "abg nak ayg jadi negarawan", "abg nak ayg jd hebat macam Senator Mumtaz". Ya Allah, kekalkan kami terus bersama dalam ketaqwaan dalam jalan perjuangan ini.

Tidak dilupa, khusus buat adinda saya yang saya yakin beliau juga bakal menjadi insan hebat di masa depan, adik Shah Rizul Ayuni Zulkiply, Pengarah FEMINA 09 merangkap Setiausaha MPPUM atas kesudian menjemput saya. Mohon maaf sangat atas segala kekurangan. Maaf juga kerana tidak mampu terlibat secara 'full' dalam FEMINA, tuntutan yg lebih awla mendesak. Saya sangat kecewa tidak dapat lama berada di FEMINA. Saya cukup-cukup menyanjung tinggi usaha yang telah dilakukan oleh semua pencetus idea dan penggerak FEMINA. Pada saya, ini sesuatu yang menakjubkan. Letak ketepi sebentar segala kelemahan, kerana yang dasarnya FEMINA cukup hebat.


Terima kasih juga pada sahabat seperjuangan yang disayangi, Izzatie merangkap Timb Pengerusi SIGMA kerana sudi menemani saya ke sana dan bersama-sama di FEMINA. Terima kasih juga kepada Kak Fasihah, Pengerusi SIGMA atas layanan yang diberikan.

Tidak dilupa kepada semua adik-adik penggerak FEMINA yang sempat kita berkenalan hari tu. Liyana, Iffah, Maryam dan ramai lagi yang tak mampu disebutkan semua. Alhamdulillah, memang cukup bermakna saya ke FEMINA.

6 comments:

sha'ari said...

semoga akak tabah menmpuh tiap2 dugaan yg dtg..kuatkan semangat akk kerana suami akk sntisa membantu..beruntung akk krna mempunyai suami yg mmpnyai fikrah yg sama..

:: siMpLe-sHida :: said...

salam perjuangan ;)
ehehe.. masyaAllah kronologi kembara yg memerlukan kayuhan yg padu..mabruk.. enti sudah pun mencapai tetangga yg hmpir ats..

mandat antara siswi.isteri dan daie bukan mudah utk digandingkan bersama apetah lg dipikul setara dgn masa.namun, begitulah jalan yg bernama d.a.k.w.a.h

carilah definisi senang, mudah, mewah, langsung tiada dlm kamus d.a.k.w.ah itu..

justeru.. teruskan perjuangn dik.. ;) hrpn..titipan doa...barakah senantiasa melampias menyarung jubahmu..tudungmu.. dan disulam tenunam sabar..

okey, nuthin to talk.. sje drop by some simple kalam. slmt berjuang!
barakallahu laki..

** insyaallah nk jumpe dik, one day.. ada hal nk bincng..ehhe..

Syahida Majid said...

"Pada saya, susah nak jumpa muslimin yang mengikuti jalan tarbiah ini, yang redho dan sokong isterinya menjadi 'public figure'"

Sangat betul. Jangan kata public figure dalam program-program, gambar dalam blog, facebook pun tak izinkan siar. Aiyoh, cemana nak lepas jadi menteri..

Tahniah, sememang setinggi syukur akak perlu kepadaNya, kerana dapat suami sebegitu. Doakanlah muslimat-muslimat lain. Fobia nak kawin...

qudwaH_Humaira' said...

subhanallah...

semoga thabat dalam perjuangan..ana ingin berkongsi pengisian slot pada semalamnya, iaitu forum yang panelisnya ras adiba, kak mastura(mantan-nisa'), dan puan jasmin baba..

kesimpulan "what women need in life".adalah ilmu.

keyakinan ana pada kak nurul adalah pada cermatnya akak menyimpul hujah dipenghujung forum..

insya ALLAH..ada peluang lagi, ana akan jemput.dont worry !thumbs up!

ana minta maaf atas kekurangan..sungguh kesudian akak menerima lamaran ana memberi erti bagi FEMINA.

Faridzul Nasaruddin said...

Kena trima kasih kat ana nih. ana yg bg nama n no nti kat adik2 muslimat UM ;)

Muhd Syafiq Mat Jap said...

insyaAllah...nanti ana minta muslimat UTHM pulak jemput akak beraksi di sini...abg syaari dah mulakan langkah dah...akak bila lagi???ayuh...menggegarkan johor...hehe