Tuesday, September 23, 2008

PAS yang UNIK,PELIK,AJAIB..

PAS yang UNIK,PELIK,AJAIB..


Pertembungan demi pertembungan pendapat dan pandangan dikalangan pimpinan-pimpinan PAS mutakhir ini menjadikan saya rasa semakin ‘kenal’ PAS.PAS semakin menjadi sebuah ‘parti politik’ (political party) yang seharusnya bergerak dengan ‘cara’ dan ‘kaedah’ parti politik bukan sehanya-hanya bergerak sekadar Jemaah Islam.

Beza antara sebuah Jemaah Islam yang terjun ke dunia politik sangat berbeza dengan Jemaah Islam yang hanya berlegar di ruang tarbiah,dakwah tanpa ada satu usaha besar dan bersungguh-sungguh untuk terjun ke medan politik siasah.

PAS merupakan satu-satunya sebuah Jemaah Islam di Malaysia ini yang terjun ke dunia merebut kuasa politik secara ’directly’ dengan bertanding dalam pilihanraya.Sebab itu,PAS ini sebenarnya sangat ‘unik’,’pelik’,’ajaib’ dan seolah-olah banyak masalahnya bilamana PAS mula bergabung dalam keluarga besar Pakatan Rakyat kini.Ini kerana PAS pada asalnya dan selamanya adalah Jemaah Islam sedangkan parti-parti yang lain tidak seperti PAS.Mungkinkah PKR boleh dikatakan Jemaah Islam?DAP dah tentu ‘out of service’ dah..jd,mmg PAS sangat ‘unik’ dan hanya ‘satu’ parti yang mcm PAS ni di Malaysia.

Justeru,bila bergerak sebagai Jemaah Islam dan juga dalam masa yang sama merupakan sebuah parti politik,sudah tentu memerlukan kepada satu ‘keupayaan’ yang luar biasa dikalangan penggerak-penggerak parti,dikalangan pendokong-pendokongnya dan juga penyokong-penyokong akar umbinya.Perlu ada satu ‘kesediaan’ minda untuk bergerak sebagai Jemaah Islam dalam kerangka sebuah parti politik.Bergerak dalam ‘nature’ sebenar parti politik yang sudah tentu memerlukan kepada pelbagai strategi,idea-idea bernas,penggerak2 yang berkaliber,mendapatkan sokongan majority rakyat,menawarkan service yang terbaik dalam usaha untuk mendapatkan kuasa untuk melaksanakan agenda.

Dalam segenap aspek,untuk menggerakkan PAS sebagai sebuah parti politik ini,sudah tentu adatnya akan berlaku pelbagai pandangan dan percambahan pendapat.Even dalam hal kecil sekalipun,biasa berlaku khilaf sebegini.Inilah yang nampaknya sedang berlaku kini apatah lagi dalam soal melakukan ijtihad besar dalam usaha untuk mengambil alih kuasa pentadbiran negara Malaysia yang tercinta ini.Justeru,perbezaan pandangan yang mungkin kita lihat berlaku dikalangan pimpinan PAS mutakhir ini seperti Dato’ Mustapha Ali,TG Nik Aziz,YB Khalid Samad, adalah perkara biasa yang wajar berlaku dalam sebuah parti politik.Cumanya,ianya seolah-olah mendapat publisiti yang meluas,dicanang-canang,dibesar-besarkan dan digembar-gemburkan pula.Seolah-olah ada pihak yang tengah berseronok melihat ini semua berlaku.Padahal,semua memberi pandangan atas ‘stand’ peribadi sendiri tidak kisah lah apa saja jawatan mereka dalam parti tetapi selagimana mereka tidak mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mewakili parti atau mana-mana bahagian atau jabatan dalam parti maka seharusnya dianggap sebagai satu pandangan peribadi.Dalam negara demokrasi(walaupun tak la subur sgt) seperti di Malaysia ini,apa salahnya memberikan pandangan peribadi?Even mereka berasal dari satu parti yang sama,tetapi selagimana pandangan itu bukanlah bercanggah dengan keputusan dasar parti yang telah diputuskan,maka kita seharusnya melihat ianya sebagai satu benda yang positif yang sihat yang tengah berlaku.

Tetapi mungkin ramai yang akan mengatakan bahawa perkara yang menjadi percanggahan kini telah melibatkan perkara dasar parti.Mungkin dalam soal ’hubungan dengan Pakatan Rakyat’ atau pun sebenarnya cuma taktikal tarikh 16 September?Perlu diteliti dan dikaji serta diamati subjek matter yang menjadi pertelingkahan itu sebenarnya sebelum dengan cepatnya membuat judgment.Kita seharusnya tidak boleh dan tidak perlu cepat melatah,melihat percanggahan ini sebagai satu perpecahan besar yang akan berlaku,justeru mula melabel-label erbakan,erdorgan dan sebagainya di dalam PAS ini.Apa yang berlaku adalah pertembungan cara berfikir dan mentafsir,bukan pertembungan antara dua kumpulan.Jangan kita membentuk-bentukkan kumpulan itu,setelah pastinya memang akan ada golongan-golongan yang berniat jahat untuk melaga-lagakan pimpinan-pimpinan PAS maka kita secara tak langsungnya mengiktiraf kumpulan-kumpulan ini dan kemudiannya menyokong usaha jahat ini.

PAS akan sentiasa di landasan yang betul dan benar selagimana dasarnya dan identitinya sebagai sebuah Jemaah Islam tidak berubah.Ini keyakinan berdasarkan jaminan Allah Taala.PAS terus bertahan sebagai sebuah parti politik setelah mengalami proses turun naik yang sudah berkali-kali namun masih kekal tidak seperti parti-parti lain seperti Semangat 46 dan lain-lain bukan kerana ianya sebuah parti politik tetapi kerana PAS merupakan sebuah Jemaah Islam.Dalam usrah semenjak di sekolah lagi,saya selalu di ingatkan agar jangan melihat PAS sekadar sebuah parti politik tapi lihatlah PAS sebagai sebuah Jemaah Islam.kerana itulah sebenarnya PAS.Justeru,walaubagaimana berlaku percanggahan pendapat dan pertelingkahan pandangan dalam PAS ianya boleh disatukan dengan metodologi Jemaah Islam.Cuma PAS perlukan semua pandangan dan pendapat ini untuk bergerak dengan lebih progresif dan dinamik sebagai sebuah parti politik.Jangan disekat peranan yang perlu dimainkan ini sewenang-wenangnya dengan alasan Jemaah Islam yang perlu wala’,taat dan sebagainya.Sebaliknya,berhati-hati lah dan berteliti lah.

Apa yang wajar dilakukan,semua ahli PAS yang faham PAS sebagai Jemaah Islam,seharusnya faham apa yang perlu dibuat.Ahli PAS yang hanya kenal PAS sebagai parti politik juga boleh terus menyokong PAS sebagai parti dan janga
n berbelah bahagi.Yakinlah dengan PAS keranadasar Islam nya.Wallhu'alam..sekadar pandangan peribadi saya..

1 comment:

dr_w said...

Perjuangan PAS sebagai satu jemaah Islam yang terlibat secara langsung dalam politik kepartian akan gagal sekiranya PAS hanya menonjol dalam aspek politik-siasah semata-mata dan mengabaikan prinsip sebagai gerakan-jemaah Islam yang sinonim dengan dakwah dan tarbiyah....

Apatah lagi sekiranya ahli PAS hanya sibuk mem'bantai ahli UMNO dan lupa bahawa ahli UMNO itu juga mad'u yang perlu didekati seperti mana PAS mendekati ahli DAP.....

Jemaah@gerakan Islam lain yg fokus kpada aspek dakwah dan tarbiyah bukanlag mengabaikan atau meninggalkan aspek siasah-politik cuma mereka tidak terlibat aktif dlm politik kepartian...

Perlu ada di Malaysia gerakan@jemaah Islam yang aktif dlm politik kepartian dan perlu juga ada yg terlibat dalam dakwah dan tarbiyah yang tidak terlibat secara aktif dlm politik kepartian...

Setiap gerakan Islam sama-sama memainkan peranan masing-masing.Inilah strategi mengangkat martabat dan mendaulatkan Islam di Malaysia.

sebab itu tidak peliklah gerakan Islam yang fokus kepada dakwah dan tarbiyah itulah yang membekalkan -mengkader-mencetak pemimpin yg kemudiaanya aktif dlm politik kepartian tersebut.